Pages

24 July 2010

Bread cake

Bahan-bahan:
Bahan2 doh:
220gm tepung roti
1.5 camb serbuk koko - diayak
1/2 camt garam
5.5 camb gula kastor
1 camt yis
1/2 cawan air
40gm mentega

bahan2 kek:
bahan2 A:
20gm tepung gandum
20gm tepung jagung
2 camb gula kastor
3 biji telur kuning
2 camb minyak canola atau minyak masak
2 camb air
1 camt pandan emulco atau pandan paste

bahan2 B:
3 biji telur putih
1/2 camt cream of tartar
2.5 camb gula kastor

cara:
  • untuk membuat roti: masukkan semua bahan ke dalam Breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM
  • keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan semula doh tadi menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min
  • selepas itu canaikan doh tadi menjadi rectangular
  • kemudian gulungkan seperti swiss roll dan letakkan di dalam loyang kek empat segi yang telah digriskan terlebih dahulu
  • jika ingin mengunakan chiffon pan cake selepas dicanaikan doh tadi menjadi rectangular kemudian digulung seperti swiss roll
  • selepas itu cantumkan bahagian kedua2 hujung dan letakkan di dalam loyang chiffon yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • untuk membuat kek: campurkan bahan2 A ke dalam mangkuk adunan dan kacaukan sehingga sebati dan ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga menjadi kental (pastikan apabila diterbalikkan mangkuk adunan tidak jatuh)
  • kaupbalikkan adunan ke dalam adunan kuning telur sebanyak 3 kali sehingga sebati
  • kemudian tuangkan adunan ke atas doh yang telah naik 2 kali ganda
  • bakar pada suhu 180C selama 30 ke 40 min atau sehingga masak
  • selepas masak keluarkan dari oven dan biarkan ianya betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan
  • boleh juga di masakkan kek dulu di bahagian bawah dan diletakkan doh di bahagian atas

source: baking quinn blogspot

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin