Pages

25 July 2010

Kari ayam resepi II

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam saiz sederhana - potong kecil
1 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang - potong 4
3 sudu besar rempah kari bancuh dengan 1/2 cawan air - jadikan paste
2 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
2 sudu besar kerisik
1 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 penumis:
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang

bahan2 kisar:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia

cara:
  • panaskan minyak
  • tumiskan bahan2 penumis, bahan2 kisar dan daun kari sehingga wangi
  • masukkan rempah kari, cili kisar dan kacaukan rata sehingga pecah minyak
  • kemudian masukkan ayam, air dan biarkan ayam separuh empuk lebih kurang 15 min
  • selepas itu masukkan ubi kentang dan biarkan ianya empuk lebih kurang 10 min
  • masukkan santan, kerisik, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • setelah ayam dan ubi kentang empuk
  • padamkan api dan hidangkan bersama nasi putih atau roti jala atau roti canai

source: k.ida, 1001

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin