Pages

5 September 2009

Biskut mama carries

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 biji kuning telur
170gm mentega
55gm gula aising
55gm tepung jagung
225gm tepung gandum
1 sudu makan tepung susu
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan2 B:
55ml putih telur
140gm gula aising
1 sudu teh tepung jagung

cokelat emulco secukupnya

cara:
  • pukul mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang
  • masukkan kuning telur dan pukul rata
  • setelah itu masukkan pula tepung jagung, tepung gandum dan tepung susu
  • uli sehingga sebati dan menjadi doh
  • canaikan doh setebal 1cm dan terapkan dengan acuan yang disuka
  • kalau tak mau doh melekat ketika dicanaikan potong dua plastik freezer dan letakkan doh dan canaikan
  • susunkan ke atas baking tray yang telah dilapikkan dengan non-stick paper atau digriskan
  • sementara itu pukul putih telur dengan gula aising sehingga menjadi pekat
  • masukkan tepung jagung dan kacau rata
  • sapukan gula aising ke atas biskut tadi dan celupkan lidi koktel ke dalam cokelat emulco
  • bentukkan corak yang disukai
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian bakar pada suhu 175C selama 15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • biarkan sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: k.rossya

3 September 2009

Ayam pandan

Bahan-bahan:
1/2kg ayam atau chicken breast - dipotong kecil
2 sudu besar santan pekat - optional
1 sudu besar madu
garam, gula dan pak aji (jika suka) secukupnya
daun pandan secukupnya
lidi secukupnya

Bahan2 tumbuk/kisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu kecil ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
5 biji cili padi - kepedasan bergantung pada selera masing2

cara:
  • gaulkan bahan2 tumbuk/kisar dengan ayam, madu, santan, garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • perapkan sekejap
  • kemudian ambil satu helai daun pandan dan buatkan poket (cara macam buat ketupat palas)
  • letakkan seketul ayam yang diperap tadi dan balutkan ayam
  • cucukkan dengan lidi supaya apabila digoreng tidak akan terbuka
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian gorengkan sehingga garing dan ayam masak (pastikan kuali ditutup jika boleh kerana minyak akan meletup2)
  • angkat dan toskan di atas kitchen towel supaya menyerap minyak
  • hidangkan panas2 dengan sos cili

source: che iza, myr

Rempeyek resepi II

Bahan-bahan:
100gm tepung beras
100gm tepung jagung
200ml air atau lebih bergantung pada kecairan adunan

Bahan2 kisar kering:
1 sudu besar udang kering
1/2 sudu besar ketumbar biji
1/2 sudu besar jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis

2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
garam dan gula secukup rasa
kacang tanah secukupnya
ikan bilis - optional

cara:
  • ayakkan tepung beras dan tepung jagung
  • kemudian satukan semua bahan ke dalam tepung kecuali kacang tanah dan ikan bilis
  • kacaukan sehingga sebati
  • pandai2lah sesuaikan kecairan adunan
  • panaskan minyak yang banyak secukupnya dengan api yang besar
  • cara menggoreng I: ambil sesenduk adunan dan leretkan di tepi dinding sebelah dalam kuali tetapi jangan masuk terus ke dalam minyak
  • segera taburkan kacang tanah dan ikan bilis sebelum adunan mengeras
  • biarkan sehingga kepingan rempeyek lekang dan meluncur sendiri ke dalam minyak
  • goreng sehingga kacang masak dan kepingan rempeyek garing
  • cara menggoreng II dengan menggunakan senduk bulat: ambil sesenduk adunan, taburkan kacang tanah dan ikan bilis
  • dan tuangkan ke dalam kuali dan pastikan adunan tidak jatuh di satu tempat tetapi di seluruh kuali
  • goreng sehingga kacang masak dan kepingan rempeyek garing
  • angkat dan letakkan di atas kitchen towel supaya menyerap lebihan minyak jika ada

source: k.rinnchan

Ikan kembung masak kuali

Bahan-bahan:
1/2kg ikan kembung atau ikan apa2 yang disuka
4 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil halba
1/3 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
perasa (pak aji) - optional
sedikit air - jika perlu

Bahan2 kisar:
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai

cara:
  • ikan yang telah dibersih dilumurkan dengan garam dan serbuk kunyit
  • kemudian goreng sehingga garing dan ketepikan
  • biarkan sedikit minyak di dalam kuali yang sama
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga naik bau
  • masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan pula air asam jawa dan halba
  • kacau rata
  • jika tumisan agak2 kering bolehlah ditambahkan sedikit air
  • selepas itu masukkan santan dan ikan
  • gaulkan rata
  • akhir sekali masukkan garam, gula dan bahan perasa secukupnya
  • biarkan renih sekejap dan tutupkan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk2 yang lain

note: lauk ini lebih elok dimakan keesokkan harinya kerana rempahnya akan lebih sebati

source: che iza, myr

2 September 2009

Kuih keria

Bahan-bahan (lebih kurang 8-10 biji):
2 biji ubi keledek - saiz sederhana
1 cawan tepung gandum
secubit garam

bahan2 untuk menyira:
1 cawan air
1 cawan gula pasir

cara:
  • keledek dibuang kulit dan dipotong kecil2
  • rebus sehingga empuk. kalau yang tinggal di UK ubi keledek jangan direbus tapi dikukus kerana keledek di Malaysia dan di UK tidak sama
  • selepas itu lecek keledek tadi
  • campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga tidak melekat ditangan
  • jangan letak tepung terlalu banyak sangat nanti kuih akan menjadi keras bila digoreng
  • adunan keledek dan tepung juga tidak perlu terlalu sebati bercampur. cukup sekadar boleh dipegang dan dibuat gegelang seperti donut
  • selepas itu canaikan adunan tadi dengan menekan2kan dengan tangan dengan ketebalan ikut selera masing2 dan terapkan dengan menggunakan acuan donut
  • susunkan ke atas dulang yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung atau dilapikkan dengan non-stick paper supaya kuih tidak melekat
  • panaskan minyak dan gorengkan kuih keria sehingga keemasan
  • ketepikan
  • untuk menyira: tuangkan air dan gula ke dalam kuali
  • masak sehingga larut dan mendidih dengan api sederhana panas
  • biarkan larutan berbuih sehingga keseluruhannya nampak keputih-putihan dan kelihatan bertali2 jatuh apabila dilelehkan dari senduk (proses ini mengambil masa sedikit)
  • jangan terlalu lama seperti hendak membuat gula hangus
  • bila ini terjadi gula akan bertukar keperang2an dan ia tidak akan mengeras dalam bentuk gula berwarna putih sebaliknya akan melekit dan mengeras seperti kaca
  • masukkan kuih keria yang telah digoreng tadi ke dalam kuali dan terus kacau sehingga gula mengeras dan berwarna putih
  • padamkan api dan teruskan mengkaupbalikkan kuih ceria
  • segera keluarkan dari kuali dan hidangkan

source: k.rinnchan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin