Pages

31 July 2008

Ayam masak rendang berlada

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
500ml santan
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 helai daun kunyit - dihiris halus atau disimpulkan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
20 tangkai lada kering
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 batang serai

cara:

1. panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
2. masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa
3. gaul ayam dengan bahan tumisan tadi sehingga sebati. biarkan ianya mendidih sehingga ayamnya betul2 masak
4. akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. gaulkan rata
5. taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

Raisins buns

Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
50gm gula pasir
3gm garam
35gm kuning telur (2 biji)
8gm tepung susu
25gm unsalted butter
137gm air
112gm raisins

olive oil - untuk sapuan atas roti
gula pasir - untuk taburan atas roti

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali raisins ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan raisins dan tunggu sehingga siap
2. keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min (proses ini memang penting untuk setiap roti supaya senang untuk dicanaikan)
3. setelah itu bahagikan2 doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola
4. susunkan ke atas baking tray dan potongkan seperti gambar dibawah
5. kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam (pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah di letakkan di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua gelas air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan ianya naik dalam 45min ke 1 jam)
6. taburkan gula pasir ke atas setiap buns dan bakar bakar pada suhu 200C (bergantung pada oven masing2) selama 5 min. kemudian turunkan suhu oven pada 190C selama 10 min atau sehingga keperangan
7. keluarkan dan sapukan permukaan bun dengan olive oil (olive oil digunakan supaya permukaan roti sentiasa lembut untuk beberapa hari)

29 July 2008

Lasagne resepi I

Bahan-bahan (3-4 org):
Lasagne sheets - penggunaan ikut size caserole dish yang akan digunakan
Parutan mozarella cheese secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

Bahan2 inti daging/ayam:
450gm daging/ayam kisar
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 camb cili kisar
2 helai bay leaf - fresh atau dried sekadar untuk mendapatkan bau
1 camt serbuk lada hitam
1 tin crushed tomato
1 camb rempah kari daging
2 camb tomato puree
1 tin cendawan butang atau fresh - dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1cm halia

Bahan2 utk white sauce:
600ml susu segar
3 camb tepung gandum
1/2 camt serbuk lada hitam
secubit garam

cara:

1. panaskan air mendidih, campurkan 1 camt minyak dan celurkan kepingan lasagne sehingga lembut (atau ikut peraturan pada packaging cara2 untuk merebus). angkat dan susunkan sekeping2 di atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu supaya lasagne tidak melekat. jangan ditindihkan diantara satu sama lain kerana ianya akan melekat
2. inti: panaskan kuali, tumiskan bahan2 tumbuk, tomato puree dan cili kisar sehingga wangi. masukkan pula rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaulkan sebati
3. setelah itu masukkan pula daging cincang dan kacau sehingga daging berubah warna. kemudian masukkan crushed tomato, cendawan butang dan serbuk lada hitam. masak sehingga mendidih
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. masak sehingga daging empuk dan kuahnya sedikit kering. dah masak angkat dan ketepikan
5. white sauce: masukkan susu, serbuk lada hitam, garam dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas dan kacaukan dengan menggunakan whisk dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
6. cara2 penyediaan lasagne: griskan dahulu caserole dish supaya selepas masak senang untuk dikeluarkan. letakkan beberapa sudu inti daging ke dalam caserole dish dan ratakan. kemudian tutupkan dengan sekeping lasagna sheet dan taburkan parutan cheddar cheese. tuangkan white sauce di atasnya dan letakkan sekeping lagi lasagna sheet. ulangi proses ini sehingga beberapa lapis dan akhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan mozarella cheese
7. bakar pada suhu 175C selama 30-35 min

source: mat gebu

27 July 2008

Green chicken curry

Bahan-bahan:
2 camb minyak masak
2 camb green curry paste
3 cawan santan
4 helai daun limau purut - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 1/2 camb sos ikan
2 camt gula
500gm ayam
1 biji terung - dipotong bulat
2 camb basil leaves

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan curry paste sehingga wangi dalam satu minit
2. kemudian masukkan santan, limau purut, cili, sos ikan dan gula. kacau sebati
3. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan ayam dan terung
4. biarkan sehingga ayam empuk
5. akhir sekali taburkan basil leaves dan gaul rata
6. hidangkan dengan nasi putih

26 July 2008

How to Buy and Store Chicken

Look for plump birds with smooth, unblemished skin, in secure packaging. When buying birds that are not packaged, buy them from a clean and reputable shop. Do not accept a bird that has changed color or has an unpleasant odor.

It should look slightly pink rather than grey, and it should be slightly warm if it has just been slaughtered. Chicken is highly perishable. Always check the ‘sell-by’ date on the package label.

When buying chicken don’t plan to go anywhere after that – go home directly and refrigerated the chicken immediately. Never leave it in your car for more than 1 hour except in an ice chest.

Chicken is difficult to keep fresh in a home refrigerator, so if you do not plan to cook it within two days of purchase it is wise to freeze it. Promptly discard raw chicken if there is even a hint of an odor.

Rubbing plain (all purpose) flour or lime juice on chicken that has begun to spoil will never make it safe to eat. After handling raw chicken, be sure to wash your hands, countertops, cutting board and knives in hot, soapy water.
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin