Pages

29 July 2008

Lasagne resepi I

Bahan-bahan (3-4 org):
Lasagne sheets - penggunaan ikut size caserole dish yang akan digunakan
Parutan mozarella cheese secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

Bahan2 inti daging/ayam:
450gm daging/ayam kisar
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 camb cili kisar
2 helai bay leaf - fresh atau dried sekadar untuk mendapatkan bau
1 camt serbuk lada hitam
1 tin crushed tomato
1 camb rempah kari daging
2 camb tomato puree
1 tin cendawan butang atau fresh - dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1cm halia

Bahan2 utk white sauce:
600ml susu segar
3 camb tepung gandum
1/2 camt serbuk lada hitam
secubit garam

cara:

1. panaskan air mendidih, campurkan 1 camt minyak dan celurkan kepingan lasagne sehingga lembut (atau ikut peraturan pada packaging cara2 untuk merebus). angkat dan susunkan sekeping2 di atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu supaya lasagne tidak melekat. jangan ditindihkan diantara satu sama lain kerana ianya akan melekat
2. inti: panaskan kuali, tumiskan bahan2 tumbuk, tomato puree dan cili kisar sehingga wangi. masukkan pula rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaulkan sebati
3. setelah itu masukkan pula daging cincang dan kacau sehingga daging berubah warna. kemudian masukkan crushed tomato, cendawan butang dan serbuk lada hitam. masak sehingga mendidih
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. masak sehingga daging empuk dan kuahnya sedikit kering. dah masak angkat dan ketepikan
5. white sauce: masukkan susu, serbuk lada hitam, garam dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas dan kacaukan dengan menggunakan whisk dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
6. cara2 penyediaan lasagne: griskan dahulu caserole dish supaya selepas masak senang untuk dikeluarkan. letakkan beberapa sudu inti daging ke dalam caserole dish dan ratakan. kemudian tutupkan dengan sekeping lasagna sheet dan taburkan parutan cheddar cheese. tuangkan white sauce di atasnya dan letakkan sekeping lagi lasagna sheet. ulangi proses ini sehingga beberapa lapis dan akhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan mozarella cheese
7. bakar pada suhu 175C selama 30-35 min

source: mat gebu

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin