1 July 2008
Mock bees sting bread
Bahan-bahan (8 biji size macam dalam gambar):
Bahan2 A:
250gm tepung roti
40gm gula aising
1/2 camt garam
1 camb tepung susu
Bahan2 B:
90ml air suam
1 biji telur
1 1/2 camt instant yeast
Bahan2 C:
40gm unsalted butter
Bahan2 untuk glazing:
1 biji telur - dipukul sedikit
raisins dan gula kastor
cara:
1. kalau ada bread maker masukkan kesemua bahan2 A, B dan C, lepas tu tekan button setting untuk dough tunggu sehingga siap
2. kalau guna mixer, masukkan bahan2 A dan pukul sehingga sebati. kemudian masukkan pula bahan2 B pukul lagi sehingga terbentuknya doh. akhir sekali masukkan bahan2 C pukul lagi sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat di tangan
3. kemudian keluarkan dari mixing bowl dan bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan balik ke dalam mixing bowl tadi yang telah digriskan terlebih dahulu. tutupkan dengan cling wrap atau tuala dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min ke 1 jam
4. setelah siap (kaedah bread maker dan mixer) keluarkan doh tadi letakkan ke atas pencanai dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin
5. selepas itu bahagikan doh untuk setiap satu ditimbang seberat 60gm dan bentukkannya menjadi bulat. susunkan ke atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu dan jarakkan di antara satu doh ke doh yang lain sebesar 1 atau 2 jari
6. setelah siap biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
7. sapukan dengan telur yang telah dipukul terlebih dahulu dan taburkan raisins dengan menekankannya sedikit. kemudian taburkan pula gula kastor dan bakar pada suhu 190C selama 20 min
8. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan roti sejuk di atas wire rack
note: kalau suka bentuk roti yang besar, doh yang telah siap ditumbuk2 tadi bolehlah dibahagikan dua dan bentukkan semula menjadi bentuk bulat yang besar
2 comments:
macam sedap aje roti tu...senang ke nak buat dia
khairina ... salam perkenalan ... semua roti cara2 membuatnya sama except for the ingredients ... kalau ada bread machine senang je atau pun boleh jugak guna mixer
Post a Comment