Bahan-bahan (5 orang):
600gm ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan asam jawa di campurkan dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan jusnya
1/4 cawan susu rendah lemak
garam dan gula secukup rasa
Bahan2 tumbuk atau kisar:
8 biji cili merah
2 ketul sebesar ibu jari kunyit hidup
8 biji bawang merah
Bahan2 dihiris halus:
2 batang serai
3 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
cara:
1. ayam dicuci bersih dan ditoskan
2. gaulkan ayam bersama2 dengan bahan2 kisar dan bahan2 hiris, kemudian perap selama 15 min
3. masukkan bawang besar, jus asam jawa, susu, garam dan gula secukup rasa ke dalam ayam yang telah diperap tadi. gaul sehingga sebati
4. masukkan campuran ke dalam kertas aluminium. balut kemas dan bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 30-45 min atau sehingga ayam benar2 masak
5. hidangkan semasa panas bersama2 dengan nasi putih
0 comments:
Post a Comment