Pages

13 July 2008

Cream bread


Bahan-bahan (6 biji):
200gm tepung roti
30gm gula pasir
1/4 camt garam
1/2 biji telur - 18gm
1/4 camt instant/dry yeast
100gm fresh cream
40gm susu segar
20gm mentega

almond flakes - for deco
1/2 biji telur - untuk sapuan atas roti

cara:

1. kalau guna bread machine - masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega dan tekan setting dough. selepas 10 min barulah dimasukkan mentega dan tunggu siap
2. kalau guna mixer - masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega dan pukul dalam 10-15 min. kemudian barulah dimasukkan mentega dan pukul lagi sehingga doh menjadi sebati dan elastik
3. selepas itu keluarkan dan bentukkan bulat. letak ke dalam mixing bowl yang telah digris dan tutup dengan cling wrap. biarkan doh naik dua kali ganda
4. nie utk kedua2 kaedah (machine & mixer) - keluarkan doh dan letakkan ke atas papan canai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 6x60gm setiap satu
5. kemudian bentukkan semula doh menjadi bola dan biarkan ianya rehat selama 15 min
6. ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk sosej sepanjang 50cm dan bentukkan menjadi bunga. buat sehingga habis. boleh bentukkan ikut suka
7. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan ianya naik sekali lagi

8. setelah itu bolehlah disapukan dengan telur dan taburkan dengan almond flakes

9. bakar pada suhu 175-190C selama 18 min atau sehingga masak dan keperangan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin