Pages

9 July 2008

Red bean spiral pau

Bahan-bahan (5 gulung):
Bahan2 A:
500gm tepung pau
100gm gula pasir
1/4 camt garam

Bahan2 B:
250ml air suam
1 packet (11gm) dry/instant yeast
1 camt gula pasir

50gm shortening - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik

Inti:
kacang merah direndam dan direbus dengan 1 camb minyak dan 1/2 cawan gula pasir sehingga empuk
kertas untuk lapik pau - disapu dengan sedikit mentega

cara:

1. campurkan bahan2 B sehingga sebati dan biarkan sehingga berbuih
2. kemudian campurkan bahan2 A dan masukkan bahan2 B, uli sehingga sebati dan tidak melekat di dalam mixing bowl
3. selepas itu masukkan pula shortening yang telah dicairkan tadi dan uli sehingga tidak melekat di tangan. jangan risau jika doh pada mulanya nampak berminyak
4. bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mixing bowl yang telah digris. tutup dengan cling wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45 min ke 1 jam (seperti gambar A)
5. kalau nak tau doh dah naik taburkan sedikit tepung atas doh dan tekan dengan jari. jika ada kesan dalam maksudnya doh sudah naik
6. keluarkan dari mixing bowl dan letakkan atas pencanai. tumbuk2kan doh dan uli lagi doh
7. potong doh 5 x 180gm (setiap satu). lapikkan atas pencanai dengan plastik dan letakkan satu potongan doh dan lapikkan satu lagi plastik di atas doh. canaikan menjadi bentuk rectangle sebesar 6"x8" (seperti gambar B)
8. kemudian sapukan 3 camb inti kacang merah dan ratakan tapi jangan keseluruhan doh (seperti gambar C)
9. tanggalkan plastik yang atas dan gulungkan doh seperti swiss roll atau sushi (seperti gambar D)
10. gulungkan sedikit kedua2 hujung doh (seperti gambar E) dan letakkan doh ke atas kertas yang telah digris dengan mentega (seperti gambar F)
11. biarkan doh rehat selama 30 min sebelum dikukus dengan api yang tinggi selama 10 min
12. setelah pau masak biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin