Pages

20 July 2008

Mee udang tomato


Bahan-bahan (3 orang):
300gm mee kuning - dicuci dan celur selama 30 saat
2 biji tauhu - digoreng dan dihiris
taugeh - dicelur sekejap
bawang goreng
hirisan daun sup/daun bawang
300gm udang sederhana besar
3 biji ubi kentang (250gm) - direbus dan dilecek
1 camb gula perang
1-2 ketul kiub ayam atau 1 liter stok ayam
1 1/2 camb cili kisar
4 biji telur
garam secukup rasa

Bahan2 sos:
3/4 cawan sos tomato
2 camb sos cili
1 camb sos tiram

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar size besar
10 ekor udang - rendamkan sekejap ke dalam air panas dan toskan
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis halia

cara:
  • panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak
  • kemudian masukkan pula bahan2 sos, gaul rata
  • tuangkan air dan masukkan kiub ayam (kalau guna stok tak perlu kiub), kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan pula kentang lecek, gula dan garam secukup rasa. kacau dan biarkan mendidih
  • perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu sehingga telur masak dan timbul
  • masukkan udang dan biarkan masak sehingga 2-3 min lagi. kepekatan kuah bergantung pada diri sendiri jika nak cair atau pekat
  • cara dihidangkan: isi mee secukupnya, letak taugeh, tauhu goreng dan kuah bersama2 dengan telur
  • sebelum dihidangkan taburkan bawang goreng dan daun bawang
  • makan panas2

source: mat gebu

4 comments:

KHAIRINA said...

mee ni macam ala-ala mee rebus, saya nak cuba la...

noreen said...

hi khairina ... rase cam mee bandung senang n sedap

Anonymous said...

I dah try last wkend.. mmg sedap & semua org pun suka... tapi mee kuning takde, ganti dgn mee spagheti

Anonymous said...

hi noreen, nk tny dlm bhn kisar tu ada udang...udang segar ke udang kering tu?

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin