Pages

25 July 2008

Masalah baking

Masalah yang sering dihadapi:

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu diingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi.

Jangan sekali menggunakan cawan kopi atau cawan tetapi gunalah cawan sukatan metrik dan janganlah menggunakan camca teh atau camca makan di rumah tetapi gunalah camca sukatan.

Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengah-tengahnya.

Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

Kek terlalu lembab dan leper:
- terlampau banyak cecair
- bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya
- lemak dan gula tidak dipukul secukupnya
- adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

Kek merekah di atas:
- ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah-tengah ketuhar
- kekurangan cecair
- acuan tin terlalu kecil

Kek yang mendap di tengahnya:
- ukuran acuan tin tidak betul
- sukatan bahan tidak tepat
- ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat
- pintu ketuhar dibuka terlalu awal

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin