Pages

Showing posts sorted by relevance for query sausage. Sort by date Show all posts
Showing posts sorted by relevance for query sausage. Sort by date Show all posts

16 December 2007

Quick sausage rolls

Bahan-bahan (12):
2-3 keping frozen puff pastry atau roti canai segera - biarkan pada suhu bilik
3/4 cawan parutan cheddar cheese
12 ketul sausage
1 biji telur - dipukul sedikit
1 camb bijan

cara:
  • panaskan oven pada suhu 220C. Letakkan baking paper ke atas baking tray dan ketepikan
  • potong pastry sheets kepada dua dan canaikan supaya menjadi 4 segi
  • taburkan cheese ke atas pastry sheet dan letakkan sausage ke atasnya
  • sapukan telur dibahagian hujung pastry sheet dan gulungkannya supaya ianya melekat
  • belah2kan atas sausage roll dan sapukan telur di bahagian atasnya
  • setelah itu bolehlah ditaburkan bijan dan bakar selama 18-20 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan bersama2 dengan cili sos

27 January 2008

Sausage & mushroom penne pasta

preparation time: 5 mins
cooking time 15 mins

Bahan-bahan (4 org):
350gm dried penne pasta
1 camb olive oil
3 batang sausage - dihiris
100gm button mushrooms - dihiris
200gm udang
1 ulas bawang putih - crushed
400gm diced/crashed tomatoes - boleh beli dalam can atau jar
parutan parmesan atau apa2 cheese yg disukai secukupnya
garam & pepper secukupnya

cara:

1. jerangkan periuk yang telah berisi dengan air dan garam sehingga separuh mendidih
2. rebuskan pasta (mengikut instruction pada packaging) dalam masa 10-15 min atau sehingga lembut sambil dikacau sekali sekala supaya pasta tidak melekat pada mangkuk
3. setelah itu tapiskan pasta tadi dan ketepikan
4. panaskan minyak dan gorengkan sausage dan udang dalam 3-4 min. masukkan bawang putih dan mushroom dan kacau lagi sehingga mushroom lembut sedikit
5. tuangkan tomato dan kacau sehingga kuah mendidih dan pekat sedikit. setelah itu bolehlah dimasukkan pasta tadi dan kacau sebati
6. bolehlah diperasakan pasta tadi dengan garam dan pepper secukupnya
7. setelah itu bolehlah dihidangkan dan taburkan parutan cheese ke atas pasta

12 January 2008

Scrambled egg toast cups

satu lagi resepi untuk breakfast yang simple dan senang

Bahan-bahan (12):
12 keping white bread atau wholegrain - buang crusts
60gm mentega - suhu bilik
8 biji telur
1 cawan krim atau susu
1/4 cawan daun kucai - cincang (optional)
sausage - dicincang/hiris nipis (optional)

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C
  • dengan menggunakan rolling pin, rollkan roti supaya menjadi nipis sedikit. sapukan kedua2 belah roti dengan 1 camb mentega dan masukkan ke dalam muffin pan
  • bakar selama 15-18 min atau sehingga keperangan
  • sementara itu panaskan kuali dengan 1 camb mentega dengan api yang sederhana besar
  • masukkan 4 biji telur, 1/2 cawan krim atau susu, garam dan peper ke dalam jug dan pukul sehingga sebati
  • tuangkan adunan telur tadi ke dalam kuali dan kacau selama 1 min dengan api yg kecil
  • kalau suke bolehlah ditaburkan daun kucai atau boleh jugak ditaburkan cincangan sausage dan kacau lagi sehingga telur masak
  • sudukan telur tadi ke dalam roti yg telah dibakar tadi dan taburkan sedikit pepper sebelum dihidangkan panas2
  • setelah itu ulangi step 4 & 5

note: scrambled egg boleh jugak digantikan dengan inti tuna, sardin atau inti karipap

21 June 2009

Sausage rolls





Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
10gm gula pasir
1 camt garam
30gm unsalted butter (pada suhu bilik)
220gm campuran 1 biji telur dan susu segar

egg wash - 1 biji telur + 2 camt air, kacau
12 biji sosej
slices cheese - jika suka
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti setelah dibakar

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 45gm
  • bentukkan semula menjadi bulat dan lakukan sehingga habis (gambar No. 1)
  • setelah itu rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk oval (gambar no. 2 & 3)
  • letakkan satu sosej ke atas doh (gambar no. 4)
  • kemudian potongkan kepada 5 bahagian kiri dan kanan (gambar no. 5)
  • tutupkan sosej tadi seperti bentuk plait (gambar no. 6) dan lakukan sehingga habis (gambar no. 7)
  • boleh juga diletakkan slices cheese di atas sosej (gambar no. 8) dan tutupkan semula sosej
  • susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 9)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan (gambar no. 10)
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 11)
  • setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan bakar pada suhu 200C selama 8 min, kemudian turunkan pada suhu 190C selama 5 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil supaya permukaan roti sentiasa lembut
  • sedap dimakan untuk minuman petang

source: dd

9 July 2008

Stuffed crust pizza



Bahan-bahan (2 1/2" pizza):
3 1/4 cawan tepung roti (high protein flour)
1 camt garam
1 cawan air
1 1/2 camt instant yeast
4 camb extra virgin olive oil

topping:
500gm mozarella cheese - separuh diparut dan separuh dipotong panjang macam lidi
1 cawan tomato pasta sauce
green capsicum - dihiris memanjang
buah tomato - dihiris bulat
button mushroom - dihiris
chicken breast - dipotong kiub dan digoreng sekejap
sausage - dihiris dan digoreng sekejap
2 camb extra virgin olive oil
garam dan pepper

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting
2. setelah siap keluarkan dan tumbuk2kan
3. canaikan menjadi bentuk pizza (step 1) dan letakkan ke atas pizza pan yang telah digris


4. susunkan mozarella cheese yang dipotong memanjang di tepi doh dan kelimkan (step 2 & 3)



5. cucuk2kan doh dengan garfu dan spreadkan 1 camb olive oil ke atasnya (step 4)


6. selepas itu spread 4 camb tomato pasta sauce dan susunkan segala topping. kemudian sprinkle salt and pepper ke atas doh (step 5)


7. bakar pizza dengan suhu 190C selama 15 min. kemudian keluarkan dari oven dan taburkan mozarella cheese ke atasnya dan bakar lagi selama 12 min atau sehingga masak

20 December 2008

Cheesy sausage prata

Bahan-bahan:
beberapa keping roti prata frozen
beberapa ketul sosej
beberapa keping american cheese - optional

1 biji telur - dipukul sedikit
1 sudu besar susu segar

cara:
  • ambil sekeping roti prata yang telah lembut
  • letakkan sekeping cheese
  • kemudian letakkan sosej di atas cheese tadi
  • dan gulungkan roti prata bersama2 dengan cheese dan sosej seperti swiss roll
  • hiriskan bahagian atas roti tadi dan sapukan dengan campuran telur dan susu segar
  • bakar pada suhu 180C selama 40 min atau sehingga masak
  • setelah masak bolehlah dipotongkan dan hidangkan panas2
  • sesuai sebagai hidangan pagi dan petang

18 May 2008

Finger buns

Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size):
490gm (3 1/4 cawan) tepung gandum atau tepung roti
70gm (1/3 cawan) gula kastor
30gm (1/4 cawan) susu tepung
2 camt (7gm) yis
65gm (1/3 cawan) sultanas / mixed fruits
50gm mentega - dicairkan
1 biji telur - dipukul sedikit
310ml (1 1/4 cawan) air suam
sedikit tepung untuk mengguli

1 biji telur kuning + 1 camb air - untuk sapuan atas roti
hundreds and thousands, dessicated coconut atau melted chocolate - untuk deco atas roti

Bahan2 icing:
230gm (1 1/2 cawan) gula aising
15gm mentega tanpa garam - dicairkan
3-4 camt air
2 titik pewarna merah

cara:

1. ayakkan tepung gandum (kalau guna tepung roti tidak payah ayak). masukkan gula, tepung susu, yis dan sultanas. kacau rata
2. buat lubang di tengah2 tuangkan mentega cair, telur dan air. kacau sehingga sebati sambil diuli dengan tangan. uli doh sehingga elastik dan tidak melekat di tangan lebih kurang 5-10 min
3. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris terlebih dahulu dengan sedikit minyak. tutup mangkuk dengan kain lembab atau cling film dan biarkan doh naik 2 kali ganda lebih kurang 45min - 1 jam
4. kaedah lain, masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap dalam 1 1/2 jam
5. setelah doh naik keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya keluarkan angin. bahagikan doh kepada 12 biji dan rollkan setiap satu seperti bentuk sausage sepanjang 14 cm. ulangi sehingga habis
6. kemudian susunkan setiap satu ke atas tray yang telah dialas dengan parchment paper atau digris. jarakkan 5cm di antara satu dan biarkan ianya naik sekali lagi dalam 20-25 min
7. setelah doh naik sapukan dengan kuning telur yang telah dicampurkan dengan air dan bakar pada suhu 190C selama 12-15 min atau sehingga keperangan
8. untuk membuat aising: satukan gula aising, mentega cair dan air, kacau sehingga sebati. masukkan 2 titik pewarna merah dan kacau lagi. setelah itu sapukan ke atas roti yang telah dibakar dan taburkan bahan2 deco
9. hidangkan ketika masih lagi suam

10 June 2007

Pizza ayam dan sausage

Bahan-bahan (1 keping):
200 gm tepung roti
1 sudu gula
sedikit garam
1 sudu kecil yis
125 ml air
1 sudu butter
1 sudu susu tepung

Bahan2 utk topping:
2 keping dada ayam
2 ulas bawang putih
serbuk lada sulah
mayonis
sos cili dan sos tomato
cheese
mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
black pepper

cara:
  • bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit.
  • tutup doh tersebut dgn kain yg lembab
  • canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut.
  • Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit
  • utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan.
  • kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak.
  • masukkan garam dan serbuk lada sulah
  • Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian.
  • tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple.
  • taburkan cheese mengikut citarasa masing2
  • masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas

source: minami, myr

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin