Pages

31 October 2007

Coffee swiss roll

Bahan-bahan:
5 biji telur
90gm gula kaster
1 camb instant coffee (nescafe) + 1 camb air panas
100gm tepung
60gm mentega cair atau minyak jagung

120gm butter cream - lihat resepi disini
1 camb instant coffee (nescafe) + 1 camb air panas
80gm chopped roasted walnut/hazelnut - optional

cara:
  • masukkan telur dan gula dlm mixing bowl dan pukul sehingga kembang dan gebu
  • masukkan campuran coffee dan dikacau perlahan2 sambil dituangkan tepung yg telah diayak kedlm adunan
  • kemudian masukkan mentega cair dan kacau dengan spatula sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dlm swiss roll tray size 10"x14" dan bakar pada suhu 200C selama 8-10 min
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuak
  • campurkan butter cream dengan campuran coffee sehingga sebati
  • letakkan sponge cake ke atas kertas gris dan sapukan campuran butter cream di atas. taburkan roasted walnut/hazelnut dan gulungkan
  • simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1-2 jam sebelum dipotong

Butter cream

Bahan-bahan:
115gm gula aising
115gm mentega
115 gm shortening
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar susu segar

cara:
  • pukul mentega dan shortening
  • masukkan esen vanilla dan gula sedikit demi sedikit
  • bila dah ringan masukkan susu segar dan gaulkan sebati

source: zaliana

Asam tumis ikan tenggiri

Bahan-bahan:
1 kg ikan tenggiri
2 sudu teh rempah kari ikan
1/2 sudu teh halba campur
2 helai daun kari
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu teh kerisik
1 helai daun limau purut
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
15 batang cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu teh belacan
1 ketul kunyit hidup

cara:
  • panaskan kuali dan tumiskan semua bahan yg dikisar dan daun kari hingga naik bau
  • kemudian masukkan rempah kari ikan dan air asam jawa. gaulkan hingga sebati dan biarkan ia mendidih menjadi pekat
  • selepas itu, masukkan kerisik, halba campur dan ikan tenggiri. kacau sekali lagi dan biarkan ikan masak. masukkan garam secukup rasa
  • akhir sekali masukkan daun limau purut dan dan bendi mengikut citarasa masing2

29 October 2007

New York cheesecake resepi I

Bahan-bahan:
Base:
125gm tepung
50gm butter
1/4 camt baking powder
50gm gula
1 biji telur - size kecil

Bahan2 kek:
600gm philadephia cream cheese - suhu bilik
120gm gula
30gm tepung
4 biji telur - size sederhana
125gm sour cream
1 camb parutan lemon - parut guna garpu lagi senang
1 camt esen vanilla

Bahan2 gel (campurkan semua bahan2):
2 camb jam apricot
80-80gm air
1/2 camt serbuk agar2
1/2 camt instant jelly

cara:
  • untuk base: pukul butter dan gula sehingga menjadi krim. masukkan telur dan pukul hingga sebati
  • masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak bersama ke dalam adunan dan kacau rata. ketepikan dan rehatkan selama 20 min
  • tekankan doh ke dalam loyang springform size 9". bakar pada suhu 175C selama 15 min. keluarkan dari oven dan sejukkan
  • utk kek: pukul cream cheese dan gula sehingga berkrim dan gebu. masukkan parutan lemon dan esen vanilla dan pukul rata
  • masukkan telur satu persatu sehingga habis
  • masukkan tepung dan sour cream ke dlm adunan dan kacau sebati
  • tuangkan adunan cheese ke dlm base dan steam bake adunan selama 1 jam 10 min dengan suhu 175C atau sehingga masak
  • setelah masak biarkan kek di dlm oven dan tutupkan api oven dan biarkan sehingga kek sejuk
  • simpan di dlm fridge dan sapukan dengan apricot gel di atas cheesecake tadi
  • kalau rajin bolehlah dihiaskan dengan cream di atasnya

Mihun goreng resepi I

Bahan-bahan:
300gm mihun - direndam
200gm udang basah
100gm udang kering - direndam & ditumbuk
sedikit taugeh & sawi
2-3 sudu besar cili kisar - kepedasan bergantung pada masing2
3 ulas bawang putih - diketuk
1 sudu besar taucu - ditoskan airnya
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap masin
1 biji cili merah - dihiris
1 biji buah tomato - dipotong berbaji
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dlm kuali. tumiskan bawang putih, cili kisar dan udang kering
  • masukkan tauchu, udang, taugeh, sawi, sos tomato, sos cili, kicap, garam secukup rasa dan sedikit air. gaulkan hingga rata
  • akhir sekali, masukkan buah tomato dan mihun dan goreng hingga rata
  • hidangkan bersama2 dengan cili jeruk

27 October 2007

Nasi tomato resepi I

Bahan-bahan:
500gm beras - basuh dan tuskan
700-800ml air - terpulang pada jenis beras yg digunakan
4 camb minyak - kalau suka boleh jugak guna minyak sapi
4 cm kulit kayu manis
3 kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 labut bawang besar - dicincang
1/3 cawan sos tomato
1/4 cawan bawang goreng
gajus goreng
kismis hitam goreng
hirisan daun bawang & daun saderi

Bahan2 kisar:
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 labu bawang besar
1" halia

cara:
  • panaskan minyak, tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis selama 1-2 min
  • masukkan bahan2 kisar, kacau hingga wangi
  • masukkan sos tomato, kacau 2 min. bubuh beras dan gaul rata
  • kemudian bubuh air dan garam. masak hingga kering airnya
  • bila sudah masak, taburkan dengan bawang goreng, gajus, kismis, daun bawang dan daun saderi

Laksa sarawak

Bahan-bahan:
3 camb minyak
2 liter air rebusan ayam & udang
3 camb pes rempah sarawak - ada dijual di pasaraya atau ikut saja resepi dibawah
1 camb stok kiub ayam
400ml santan - dari 1 biji kelapa
garam, gula secukupnya

Pes rempah sarawak (dikisar halus menjadi pes):
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
5 biji buah keras
18-20 tangkai cili kering - dibuang biji & direndam lembut
2 cm lengkuas
4 batang serai
1 1/2 cm kiub belacan - guna belacan biasa pun boleh
1/2 cawan kacang tanah - digoreng tanpa minyak
1/2 cawan bijan - digoreng tanpa minyak

Bahan2 sampingan:
3 keping dada ayam - direbus & disiat
400gm udang - dicelur & kupas kulitnya
100gm taugeh - dicelur
1 biji timun - dihiris memanjang
6-7 biji limau kasturi - boleh jugak guna lemon pada yg tinggal diperantauan
5 biji telur - digoreng dadar & dihiris memanjang
1 paket bihun - dicelur
sambal belacan

Bahan2 kisar:
40gm bawang putih
20gm lengkuas
20gm halia
2 batang serai
1 biji bawang besar

Sambal belacan:
10-15 biji cili padi - bergantung pada kepedasan masing2
1" belacan
sedikit perahan air limau / lemon
garam, gula secukup rasa

cara:
  • rebus dada ayam dalam periuk sehingga masak dan empuk
  • angkat dan dicarik2
  • dalam air rebusan yg sama masukkan udang dan rebus sekejap jgn lama
  • angkat dan toskan
  • panaskan minyak, tumis bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan air rebusan, pes rempah laksa, stok ayam, santan, garam serta gula
  • kacau hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga terbit minyak
  • sajikan dengan bahan2 sampingan
  • sambal belacan: tumbuk semua bahan2 dan gaul sebati

source: puan norzailina nordin

Dalca tumis darat

resepi dari k.nis @ mak dara

Bahan-bahan:
1/2 kilo tetelan (daging yg banyak lemak) - boleh jugak guna daging, potong ikut suka
1 cawan kacang dhal - cuci & toskan
1 biji ubi kentang - potong ikut suka
2 biji karot - dikupas & dipotong bulat2
3 batang kacang panjang - dipatah2kan
1 biji terung - potong ikut suka
1 cawan santan pekat
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
4 biji bawang putih
9 biji bawang merah
1" halia
3 sudu makan rempah kari daging

Bahan2 penumis:
3 tangkat daun kari
3 biji bawang merah - dihiris
3 helai cili kering - dikerat2kan
rempah tumis: bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih & buah pelaga
2 camb minyak sapi

cara:
  • rebus tetelan dan kacang dhal sehingga separuh empuk
  • masukkan ubi kentang dan karot masak hingga empuk
  • masukkan rempah tumis dan bahan2 kisar. kacau hingga sebati dan renihkan seketika
  • tuangkan santan, masukkan asam keping dan garam. kacau hingga sebati
  • apabila mendidih sedikit, masukkan kacang panjang dan terung. tunggu hingga benar2 mendidih lagi sambil dikacau supaya santan tidak pecah
  • tutup api. panaskan kuali kecil dengan minyak sapi. tumiskan daun kari, bawang kecil dan cili kering hingga wangi
  • tuangkan bahan tunis ini ke dalam lauk dalca tadi sambil digaul perlahan2
  • hidangkan bersama nasi atau roti atau roti paratha

Mee hailam resepi I

Bahan-bahan:
600gm mee kuning
100gm daging - dihiris nipis
100gm isi ayam - dihiris nipis
100gm udang
250gm sawi - potong kecil
100gm bunga kubis - dihiris
100gm kobis - dihiris
2 biji telur
1 biji cili merah - dimayang
1 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih - diketuk
garam - jika perlu

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi
  • masukkan daging dan air. biarkan sehingga lembut
  • bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. kacau rata
  • masukkan kicap, soso tomato, serbuk lada hitam dan mee kuning. kacau rata
  • masukkan bahan2 sayuran dan telur. biarkan telur keras dan kacau perlahan2
  • angkat dan hidangkan dengan daun sup dan daun bawang

source: k.hanieliza

25 October 2007

Marble blueberry cake

Bahan-bahan:
200gm fresh blueberries
20gm gula
2 biji telur
1/2 camt esen vanilla
125gm butter
170gm self-raising flour - diayak
125gm gula
2 camb gula perang

cara:
  • masukkan 20gm gula dan 1/2 blueberries ke dalam mangkuk kecil dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga jusnya keluar
  • tutupkan api dan campurkan balance blueberries dan kacau hingga sebati. ketepikan dan biarkan sejuk
  • pukul telur dan masukkan esen vanilla dan butter. kacau rata
  • campurkan gula dan tepung dlm mixing bowl yg lain dan buatkan lubang ditengah dan tuangkan adunan telur tadi dan kacau hingga sebati
  • tuangkan 3/4 adunan tadi ke dlm blueberries dan kacau sedikit
  • sudukan adunan blueberries dan adunan biasa dengan diselang-selikan ke dalam loyang bulat berukuran 9"
  • gunakan chopstick sambil dikacau atas bawah supaya terbentuknya marble tapi jgn terlalu dikacau sgt
  • taburkan sedikit gula perang di atas adunan dan dibakar pada suhu 180C selama 50-60 min
  • biarkan sejuk sebelum dipotong

24 October 2007

Chocolate cake resepi I

Bahan-bahan (loyang bulat size 7"):
Bahan2 A:
60gm serbuk koko
125gm air panas
180gm fine sugar

Bahan2 B:
130gm unsalted butter
35gm gula
130gm self-raising flour
3 biji telur
1/8 camt garam
1/2 camt esen vanilla

cara:
  • satukan bahan2 A dan biarkan sejuk
  • pukul butter dan gula sehingga gebu dan putih
  • masukkan garam dan esen vanilla
  • pecahkan telur satu persatu dan gaul hingga sebati
  • kemudian tuangkan cairan koko tadi dan gaulkan adunan hingga sebati dan sambil dimasukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata
  • bakar pada suhu 174C selama 60 min
  • untuk hiasan bolehlah ditaburkan dengan gula aising

Buttermilk doughnut


Bahan-bahan:
2 cawan tepung roti
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur size besar
1 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
1/4 camt nutmeg powder
1 cawan buttermilk
3 camb mentega cair
1 camt esen vanilla

for coating:
gula kaster/halus campurkan sedikit dengan serbuk kulit kayu manis dan digaul rata

cara:
  • pukul gula dan telur sehingga gebu
  • masukkan buttermilk, mentega cair dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati
  • tuangkan kedua2 jenis tepung yg telah diayak bersama dengan soda bikarbonat, baking powder dan nutmeg powder. kacau hingga sebati
  • adunan mmg lembik sedikit dan masukkan ke dlm freezer bag/bekas tutup kedap dan simpan dlm fridge utk semalaman
  • taburkan papan canai dengan tepung supaya adunan tadi tidak melekat dan senang untuk dicanaikan. dough will be sticky, dust with flour
  • canaikan adunan dlm 1/4 inci dan tekapkan dengan acuan donut. jgn canaikan adunan tebal sgt sbb bila goreng nanti donut akan naik jadi gebu. lepas ditekap dgn acuan donut bolehlah ditarik2 sikit doh dan baru dimasukkan ke dlm kuali









  • gorengkan donut hingga keperangan. salutkan dengan campuran gula kaster dengan serbuk kulit kayu manis yg telah di masukkan ke dlm freezer bag dan gaulkan hingga donut bersalut rata
note: donut nie mmg rasa lembut dan gebu tapi buat donut nie tahap kesabaran kena tinggi sbb doh mmg lembik n sticky so kena sapu tepung banyak sikit

22 October 2007

Tri-colour marble cake

Bahan-bahan:
250gm butter
1 camt esen vanilla
250gm gula kastor
3 biji telur
330gm self-raising flour
180ml susu
2 camb serbuk koko
2 camb susu - extra
sedikit pewarna pink

cara:
  • pukul butter, esen vanilla dan gula hingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu
  • tuangkan tepung dan susu diselang-selikan dan kacau sebati
  • bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • ayakkan serbuk koko dan masukkan ke dalam satu bahagian adunan dan masukkan 2 camb susu sambil dikacau sebati
  • tuangkan sedikit pewarna pink ke dalam aduanan satu lagi sambil dikacau rata
  • adunan yg balance tu dibiarkan
  • tuangkan 3 adunan berselang seli dlm loyang bulat size 8inci dan kalau suka boleh jugak gunakan chopstick utk dikacau adunan atas bawah
  • bakar adunan dengan suhu 175C selama 1 jam
  • bila cake sudah masak biarkan sejuk dan bolehlah dipotong
note: cake nie mmg lembut dan gebu walaupun tidak menggunakan ovallette

21 October 2007

Tart gulung nenas


Bahan-bahan (dptlah dlm 80 biji bergantung pada size tart):
525gm tepung gandum
30gm tepung jagung
60gm gula kaster
375gm butter
3 biji kuning telur
1 camb esen vanila

Inti nenas:
2 biji nenas - size sederhana/besar diparut atau boleh juga guna food processor. buang empulur yg tengah tapi option tak nak buang pun boleh gak
300gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
sedikit pewarna kuning - optional

Untuk glis:
2 biji kuning telur

cara:
  • untuk jem: nenas yg telah diparut tadi ditapiskan dan masukkan ke dlm kuali non-stick dan semua bahan2 jem
  • kacau selalu dengan api kecil hingga agak kering airnya. angkat dan ketepikan kulit kayu manis dan bunga cengkih
  • biar sejuk sebelum digunakan. selalunya ia mengambil masa 1 - 1 1/2 jam
  • untuk pastri: masukkan tepung gandum bersama tepung jagung yg telah diayak ke dalam mixing bowl dan gula. gaul rata hingga sebati
  • masukkan butter dan gaul rata lagi
  • dengan membuat lubang di tengah adunan, tuangkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata hingga sebati
  • canaikan doh dan jgn terlalu nipis sgt dan terap pula menggunakan penggulung tart bergigi.















  • potong memanjang dan isikan dengan inti nenas
  • susun di atas baking tray dan sapukan dengan kuning telur
  • bakar pada suhu 180C selama 20-25 min atau hingga kekuningan

source: k.nis

8 October 2007

Biskut badam rangup

Bahan-Bahan:
150 g mentega
125 g gula aising
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60 g sebiji)
1/2 camca teh esen vanilla
100 g tepung gandum*
100 g tepung kastard*
75 g tepung jagung (cornstarch)*(*disatukan dan diayak)
50 g serbuk badam
50 g tepung gandum (extra)

Untuk Hiasan:
1 kuning telur
Badam cincang secukupnya

cara:
  • pukul mentega dan gula aising hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla
  • terus memukul hingga gebu
  • sementara itu gaul serbuk badam bersama tepung yang telah diayak, kemudian masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega, gunakan speed perlahan
  • jika adunan kelihatan terlalu lembik, masukkan sedikit lagi tepung (50 g, extra), hingga adunan tidak melekit
  • ambil 1/3 doh tadi dan canai 1/2 cm tebal, terap dengan acuan kegemaran dan susun atas dulang pembakar, sapu kuning telur dan tabur badam cincang, tekan sedikit supaya badam melekat
  • bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C selama 10 - 12 minit
  • sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara

source: mat gebu

Kangkung goreng belacan

lihat resepi disini

7 October 2007

Rempeyek resepi I

Bahan-bahan:
650ml santan - dari 1 1/2 biji kelapa
170gm tepung beras
1 camt garam
3 camb jintan putih ) digoreng kering &
3 camb ketumbar ) ditumbuk halus
minyak untuk menggoreng terendam
300gm kacang tanah - dibersihkan & disejat

cara:
  • satukan 5 bahan pertama hingga adunan tidak bergentel
  • celupkan acuan rempeyek di dalam minyak panas. angkat acuan dari minyak panas tadi
  • taburkan sedikit kacang tanah di dalam bancuhan, gunakan senduk kecil untuk menuangkan bancuhan ke dalam acuan
  • celupkan kembali acuan ke dalam minyak dan goyangkan sedikit supaya kuih tertanggal
  • terbalikkan dan biar kuih masak
  • api jangan terlalu kuat kerana kacangnya nanti sukar untuk rangup
  • bila keemasan, angkat dan sejatkan minyaknya sebelum disimpan
note: jika tiada acuan, gunakan kuali leper dan kuali biasa. panaskan sedikit minyak di dalam kuali leper. ambil bancuhan berkacang, tuangkan ke dalam kuali leper. goreng atas api perlahan. bila separuh masak, angkat dan terbalikkan ke dalam kuali biasa (yg dipenuhi minyak). goreng hingga keemasan

source: puan norzailina nordin

Biskut bangkit sagu

Bahan-bahan:
500gm tepung sagu/ubi
250gm gula
2 biji kelapa - dlm 600ml santan
4 biji telur
sedikit esen rose

cara:
  • terlebih dahulu goreng dulu tepung tanpa minyak hingga ringan. sejukkan dan tapiskan dan ketepikan
  • kelapa diperah tanpa dicampurkan dengan air dan diambil santannya
  • masukkan santan dlm periuk dan masak sampai pekat
  • kemudian masukkan gula dan masak sehingga jadi likat. angkat dan sejukkan
  • sementara tu telur dipukul sehingga kembang dan tuangkan ke dlm santan dan kacau sebati
  • masukkan sedikit esen rose
  • ambil tepung yg telah digoreng tadi dan tuangkan sedikit demi sedikit santan dan uli sehingga menjadi doh
  • tutup doh dengan kain dan simpan semalaman
  • balance santan bolehlah disimpan untuk digunakan lagi kalau doh agak keras selepas di simpan semalaman
  • esoknya bolehlah diadun doh mengikut bentuk yg disukai dan boleh diketip utk dptkan bentuk bunga
  • bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak
note: untuk mendapatkan bangkit yg cantik dan gebu santan tu hendaklah di masak betul2

5 October 2007

Ayam masak kicap

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil atau ikut suka
2 biji tomato - dipotong 4
3 camb kicap pekat - kalau tak ada kicap pekat guna 2 camb kicap masin dan 1 camb kicap manis
2 camb sos tomato
sedikit air - untuk dptkan kuah
serbuk kunyit
garam

Bahan2 mayang:
1 biji bawang besar
2 biji cili merah atau boleh jugak guna cili benggala
2 biji bawang putih
2cm halia - lebihkan pun tak apa sbb lagi banyak lagi bertambah wangi dan sedap

cara:
  • lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam dan goreng 3/4 masak dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 hirisan sehingga wangi
  • masukkan kicap, sos tomato dan sedikit air utk mendapatkan kuah
  • bila mendidih masukkan ayam goreng, buah tomato dan gaul sehingga sebati

Biskut coklat oat

Bahan-bahan:
125gm butter
90gm gula aising
1 biji kuning telur
1/2 camt esen vanilla
130gm tepung gandum - diayak
20gm serbuk koko - diayak
50gm kelapa kering - dikisar atau guna coconut powder
40gm serbuk gajus / almond
50gm tepung jagung

Hiasan:
kuning telur untuk disapu atas biskut
oat segera

cara:
  • pukul butter dan gula sehingga sebati
  • masukkan kuning telur dan esen vanila, pukul rata
  • satukan dengan semua bahan2 yg lain dan uli sehingga menjadi doh
  • canai setebal 4mm dan terap dengan acuan pilihan. dlm gambar guna acuan biskut dahlia
  • aturkan di atas baking tray dan sapukan dengan kuning telur dan ditaburkan oat
  • bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak

4 October 2007

French doughnut

Bahan-bahan:
180gm air
180gm susu segar
100gm butter
1/2 camt garam
240gm tepung gandum
60gm gula
1 camt esen vanilla
4 biji telur

Untuk dusting:
100gm very fine sugar dicampurkan dengan 1 camt cinnamon power (optional kalau suka letak cinnamon)

cara:
  • satukan air, susu, butter, gula dan garam di dlm mangkuk dan masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehingga mendidih
  • tuangkan tepung dan tutupkan api. kacau adunan cepat2 sehingga menjadi doh
  • panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk dan padamkan api
  • tuangkan doh ke dalam mixing bowl dan masukkan telur sebiji2 dan kacau cepat2
  • bila adunan dah jadi sebati masukkan dlm piping bag dengan mengguna nozzle bentuk star











  • doh mmg lembut dan pipekan ke atas greaseproof paper yg telah disapukan dengan shortening supaya senang utk dituangkan ke dlm kuali
  • kalau tidak boleh jugak pipekan terus ke dlm kuali dan masak sehingga keperangan atau masak
  • celupkan donut ke dlm cinnamon sugar

note: kalau tak berapa jelas boleh refer cara disini

Sambal sotong

resepi

3 October 2007

Masak kari mamak style

Bahan-bahan:
1 kg lamb, daging atau 1 ekor ayam - kalau guna ayam dipotong 12
2 labu bawang besar - dihiris
1 pelepah daun kari
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 biji buah tomato - dihiris
sedikit daun ketumbar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sm halia - ditumbuk

Bahan2 campuran:
1 1/2 cawan air
1 cawan yogurt asli
minyak
1 1/2 camb rempah kari daging
1 camb serbuk cili
1/2 camb serbuk kunyit
1 camt serbuk ketumbar
1 camt garam masala
garam secukup rasa

cara:
  • rebus lamb/daging/ayam dengan air, bawang putih dan halia hingga empuk
  • panaskan minyak, tumis bawang besar, kulit kayu manis, bunga cengkih, bung lawang, buah pelaga dan daun kari hingga keemasan
  • masukkan tomato, bahan2 campuran, tambah air rebusan kalau ada dan masak hingga mendidih
  • bila kuahnya hampir pekat, bubuh lamb/daging/ayam dan daun ketumbar
  • masak lagi hingga betul2 pekat baru diangkat

Samosa

Bahan-bahan:
Kulit samosa










atau kulit popia









kalau guna kulit popia mesti di potong seperti dlm gambar supaya senang untuk dilipat dan gunakan 2 sheet









Campuran pelekat:

3 camb tepung gandum
5 camb air

Resepi inti 1 (dari mak dara):










1 biji ubi kentang yg besar - dipotong dadu kalau guna yg kecil guna 2 biji
200gm daging/ayam cincang
1 biji bawang besar - dipotong dadu
1 biji carot - disagat
2 camb rempah kari daging
1 camb rempah beriani
air
lada sulah
daun ketumbar - dimayang
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bawang besar sehingga wangi
  • masukkan daging cincang, lada sulah dan kedua2 rempah dan gaul sebati
  • masukkan ubi kentang, air dan biarkan ubi kentang empuk
  • setelah itu masukkan pula carot dan kacau lagi hingga sebati
  • bila air dah hampir2 kering barulah di perasakan dengan garam. jgn lupa masukkan daun ketumbar
  • biarkan inti sejuk baru di letakkan di atas samosa atau kulit popia
samosa yg sudah siap diisikan inti & dilipat












lihat disini cara2 utk melipat samosa

Resepi inti 2:
1 labu bawang besar - dicincang
200gm daging cincang
3 camb rempah kari daging
1-2 camt serbuk cili - lebihkan jika suka pedas
150-200ml air
sayur campur
gula & garam secukup rasa

cara:
  • untuk inti: tumis bawang besar dlm minya panas hingga wangi
  • masukkan daging, kacau hingg berubah warnanya
  • bubuh rempah kari dan air. anggaran air adalah sama paras dengan daging
  • kacau di atas api sederhana hingga agak kering
  • masukkan sayur campur dan kacau sebati dan perasakan dengan gula dan garam
  • ambil kulit samosa dilipat tiga segi dan diisikan dengan inti dan sapukan dengan pelekat macam buat popia goreng

2 October 2007

Biskut kelapa

Bahan-bahan:
100gm butter
100gm gula kaster
2 biji kuning telur
1 camt esen vanilla
200gm tepung gandum
50gm kelapa parut kering - dikisar halus atau guna coconut powder
1 biji putih telur - dipukul sedikit
kelapa parut kering - utk ditaburkan atas kuih

cara:
  • pukul butter dan gula hingga sebati
  • masukkan kuning telur dan esen vanilla, gaul rata
  • bubuh tepung dan kelapa parut dan adun menjadi doh
  • canai setebal 4mm dan terap dengan acuan bentuk yg disukai
  • susun atas baking tray, sapukan putih telur dan taburkan sedikit kelapa parut diatasnya
  • bakar pada suhu 175C selama 20-25 min atau hingga masak
note: kalau doh terlalu lembik bolehlah ditambahkan sedikit tepung tapi jgn banyak sgt sbb kalau buat adunan yg banyak doh akan menjadi keras sewaktu menunggu utk dibakar

source: puan norzailina nordin

1 October 2007

Ikan siakap masak 3 rasa resepi II

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1 camb tepung jagung
1 biji telur putih
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dipotong kiub
2 biji cili merah - dihiris halus
1/2 cili benggala - dipotong kiub
3 camb sos tomato
2 camb plum sauce
3 camb sos cili Thai
1-2 camt kicap atau sos ikan
150ml air
1 camt tepung jagung dicampur dengan - bahan pemekat
1 camb air - bahan pemekat
1 camt jus limau nips
hirisan cili padi - jika suka
4 camb minyak
gula & garam secukup rasa
hirisan daun ketumbar

cara:
  • perap ikan dengan tepung jagung, putih telur dan garam selama 30 min
  • goreng ikan dlm minyak panas hingga garing dan masak. kalau boleh dengan minyak terendam
  • panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi
  • masukkan semua bahan lain kecuali bahan pemekat
  • bila kuah mendidih, baru masukkan campuran pemekat
  • kacau rata hingga pekat kemudian tuangkan ke atas ikan
  • hiriskan daun ketumbar dan taburkan atas ikan
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin