Pages

19 January 2010

Nasi ayam istimewa resepi II

Bahan-bahan:
bahan2 untuk nasi:
3 pot/cawan beras - dicuci dan ditoskan
1 sudu besar minyak sapi
sehelai daun pandan - dicarik atau disimpulkan
setitik pewarna kuning
garam secukup rasa
air rebusan ayam secukupnya

bahan2 kisar:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 untuk ayam:
seekor ayam - dipotong ikut suka
2 sudu makan serbuk lada sulah
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan jus lemon atau sos plum
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan minyak zaitun / masak - digunakan jika bakar di dalam oven
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

bahan2 untuk sup:
air rebusan ayam
sedikit serbuk lada hitam
1 ketul stok ayam
garam secukupnya
sedikit daun sup dan daun bawang

bahan2 tumbuk:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

bahan2 untuk sambal cili:
3 batang cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukupnya
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
air masak secukupnya

bahan2 untuk kicap:
5 sudu besar kicap manis
1 sudu makan tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya - kepekatan dan kecairan bergantung pada selera masing2

bahan2 untuk kicap pedas:
7 biji cili padi
1 ulas bawang putih
sedikit kicap manis dan kicap masin
sedikit jus limau kasturi / lemon / nipis
sedikit air masak

cara:
  • untuk membuat nasi: panaskan minyak sapi
  • tumiskan bahan2 kisar berserta daun pandan sehingga wangi
  • masukkan pewarna kuning dan kacaukan rata
  • kemudian masukkan ke dalam rice cooker bersama dengan beras
  • akhir sekali masukkan air rebusan ayam dan garam secukup rasa
  • tanaklah seperti memasak nasi biasa
  • untuk membuat ayam: ayam direbus dengan sedikit garam sehingga separuh masak
  • angkat dan toskan sehingga kering
  • air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi
  • kemudian gaulkan ayam dengan semua bahan selama 1 jam atau pun lebih
  • selepas itu gorengkan sehingga masak dan garing
  • jika suka boleh jugak dibakar di dalam oven dengan melengserkan dulang pembakar dengan sedikit minyak zaitun / masak
  • susunkan ayam dan tutupkan dengan kertas foil
  • bakar pada suhu 180C selama 30 min
  • selepas itu keluarkan dulang pembakar dan renjis2kan sedikit ayam dengan bahan perapan dan bakar semula selama 10 min atau sehingga masak
  • untuk membuat sup: panaskan air rebusan ayam dan masukkan semua bahan kecuali daun sup dan daun bawang
  • sesudah masak barulah ditaburkan dengan daun sup dan daun bawang
  • untuk membuat sambal cili: kisar semua bahan sehingga lumat
  • untuk membuat kicap: masakkan air dan kicap sehingga mendidih
  • masukkan air tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat
  • untuk membuat kicap pedas: kisar semua bahan sehingga lumat
  • hidangkan nasi ayam bersama2 dengan kuah sup, sambal cili, kuah kicap, daun salad, timun, dan buah tomato

source: dayangjack

2 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Akak..

Tgk bahan²nya memang berderet² tapi tetap masuk list untuk dicuba satu hari nanti...insyaAllah...

noreen said...

mmg nampak banyak bahan tapi tak susah buat yg penting berbaloi sbb sodap bangat

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin