Pages

25 September 2010

Kuih bakar durian

Bahan-bahan (70-80 biji):
260gm tepung gandum
240gm gula
500ml santan pekat
250ml air (campur dgn santan)

6 biji telur saiz besar - dipukul sedikit
300-350 gm isi durian
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam atau secukup rasa
sedikit pewarna kuning

secubit serbuk vanilli - optional

cara:

  • lecekkan isi durian bersama gula di dalam mangkuk adunan
  • masukkan minyak sapi dan gaul rata
  • seterusnya masukkan santan berselang seli dengan tepung sambil dikacau sehingga rata dan sebati
  • masukkan pula telur, garam, pewarna kuning dan serbuk vanillik
  • kacaukan rata dan sebati supaya tidak berketul-ketul
  • panaskan acuan tembaga kuih bakar/bahulu cermai di atas api
  • griskan acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan
  • dan mulalah membakar kuih sehingga masak
  • jika membakar menggunakan oven bakarlah pada suhu 180C selama 20-30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

19 September 2010

Roti jala resepi II

Bahan-bahan:
240gm tepung gandum
1/2 camt garam
2 biji telur - dipukul sedikit
150ml susu cair
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
minyak untuk mengris

cara:

  • ayakkan tepung ke dalam mangkuk adunan
  • masukkan garam, telur, pewarna kuning, susu cair, air secukupnya dan pukulkan sehingga rata
  • bancuh sampai larut adunan
  • pastikan bancuhan tidak begitu pekat atau cair
  • kemudian tapiskan
  • panaskan kuali leper (non-stick) dengan sedikit minyak
  • kemudian letakkan adunan ke dalam botol acuan dan putarkan mengikut corak yang disukai
  • biarkan sebentar dan kemudian angkat
  • lakukan sehingga habis adunan digunakan
  • ambil sekeping roti jala tadi dan gulungkan
  • susunkan ke dalam piring dan hidangkan bersama2 dengan kuah kari atau kuah durian

source: k.nis

15 September 2010

Kek lapis aiskrim soda

Bahan-bahan:
300gm mentega
120gm gula halus
1/2 camt ovalette
6 biji telur saiz besar
250gm susu pekat - kalau tak suka berapa manis boleh kurangkan kepada 220gm
100gm horlicks
1 1/2 camt esen aiskrim soda
1 camt pewarna biru
50gm jem raspberry
1 camt esen raspberry - optional
1 camt pewarna pink
160gm tepung hongkong/gandum/kek

cara:

  • griskan loyang berukuran 7"x7" dan lapikkan dengan kertas minyak/parchment paper di dasarnya
  • ketepikan
  • pukul mentega, ovalette dan gula dengan kelajuan yang tinggi sehingga kembang lebih kurang 7-8 min
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati lebih kurang 4-5 min
  • kemudian perlahankan kelajuan mixer lalu masukkan susu pekat dan horlicks
  • pukul lagi sehingga rata lebih kurang 2-3 min
  • selepas itu masukkan pula tepung dan pukul lagi sehingga sebati atau boleh jugak dikaupbalikkan tepung sehingga sebati
  • setelah itu bahagikan adunan kepada 3 bahagian
  • campurkan satu bahagian adunan dengan esen aiskerim soda dan pewarna biru
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu bahagian lagi dicampurkan dengan jem raspberry dan pewarna pink
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna
  • panaskan ketuhar dengan api atas bawah (grill mode)
  • bubuh 2 senduk atau 5 camb adunan warna asal dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • kemudian keluarkan loyang tekan2kan permukaan kek supaya keluarkan angin
  • masukkan pula adunan warna biru dan bakar lagi sehingga masak dan seterusnya warna pink pula
  • biarkan kek berselang-seli warnanya (asal-biru-pink)
  • lakukan sehingga habis semua adunan dibakar
  • untuk bahagian akhir sekali tukarkan kepada mode baking dan bakarlah selama 10-15 min supaya kek tahan lama

source: bro rozzan

5 September 2010

Mihun hong kong

Bahan-bahan:
1 bungkus mihun - direndam
300gm udang
300gm isi ayam - dipotong kecil
300gm daging - dipotong nipis-nipis
300gm sawi - dipotong lebih kurang 2 inci
2 batang karot - dihiris
3 biji buah tomato - dibelah 6
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
garam secukup rasa
minyak

bahan-bahan kisar:
1 inci halia
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih

cara:

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  • masukkan karot, daging, ayam, lada sulah, lada hitam, kiub ayam, udang dan sedikit air
  • kacaukan rata
  • apabila semua sudah empuk barulah dimasukkan mihun, sawi dan buah tomato
  • bubuh garam secukup rasa dan digaul rata
  • padamkan api dan sedia untuk dihidangkan

source: puan rubiah suparman

4 September 2010

Kek lapis pandan mutiara

Bahan-bahan:
300gm mentega
250gm tepung hongkong atau tepung kek
200gm gula kastor
200ml susu sejat
1/4 cawan air
1 paket (50gm) santan serbuk
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 1/2 camb ovalette
1 camt pandan paste

16 batang biskut jejari (fingers biscuits) - kalau berada di UK boleh gunakan chocolate fingers

cara:

  • satukan susu sejat, air dan kacaukan sebati
  • ketepikan
  • satukan tepung bersama santan serbuk dan gaulkan rata
  • ketepikan
  • pukul mentega sehingga putih dan ketepikan
  • kemudian di dalam mangkuk adunan yang lain pukul gula dan ovalette sehingga sebati
  • masukkan kuning, putih telur dan putar lagi sehingga kembang
  • selepas itu perlahankan speed mixer dan masukkan campuran tepung berselang-seli dengan campuran susu sehingga habis sambil dipukul sebati
  • masukkan mentega dan pandan paste
  • dengan menggunakan spatula gaulkan sehingga sebati
  • ketepikan
  • griskan tin kek berukuran 8"x8"x3" dan alaskan dasarnya dengan kertas minyak
  • sudukan 5 camb adunan ke dalam tin dan bakarkan pada grill mode selama 5 min atau sehingga keperangan
  • lakukan sehingga 5 lapisan
  • pastikan sebelum di letakkan lapisan seterusnya tekan2kan dahulu kek supaya mengeluarkan angin
  • pada lapisan kelima susunkan 8 batang biskut dan bakar lagi
  • kemudian diikuti dengan lapisan biasa sebanyak 4 kali dan lapisan ke 10 di susunkan biskut lagi
  • pada lapisan terakhir tukarkan mode oven kepada baking dan bakarlah selama 15 min
  • pastikan kek betul-betul sejuk sebelum dipotong secara melintang untuk mendapatkan potongan biskut berbentuk bulat-bulat

source: mat gebu

3 September 2010

Ayam fika

Bahan-Bahan:
2 ekor ayam - potong 10 atau ikut suka (boleh juga di gantikan dengan 1½ kilo daging lembu atau kambing - dihiris ikut suka hati)
1 cawan bawang besar - kisar
1 sudu makan halia - kisar
½ sudu makan bawang putih - kisar

bahan-bahan rempah disangai wangi dan kisar kering:
3 sudu makan rata ketumbar biji
2 sudu makan jintan kasar
2 sudu makan jintan halus

15 batang lada merah
1 sudu teh garam masala
4 biji tomato - potong 4
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
2 helai daun pandan - disimpul
1 cawan tairu (yogurt)
10 biji badam - di kisar
5 biji buah pelaga - dipecah-pecahkan
5 kuntum bunga cengkih
1 jari kayu manis
1 tin kecil tomato puree
2 batang lada merah - belah jangan putus
2 batang lada hijau - belah jangan putus
4 cawan air
½ cawan minyak sayur
garam dan gula secukup rasa

cara:

  • goreng lada merah dengan sedikit minyak selama 5 minit
  • kemudian kisar hingga halus
  • setelah itu campurkan dengan rempah yang dikisar kering serta garam masala
  • ketepikan
  • panaskan minyak dalam periuk dan tumis daun pandan hingga wangi
  • masukkan buah pelaga, kayu manis dan bunga cengkih sehingga wangi
  • kemudian masukkan bawang besar kisar dan biarkan sehingga layu dan kekuningan
  • masukkan pula halia dan bawang putih kisar
  • masak lagi hingga wangi
  • setelah itu masukkan pula rempah cili dan tumiskan selama 10 minit
  • pastikan dikacau sekali sekala supaya tidak hangus
  • biarkan sehingga rempahnya garing barulah dimasukkan daun pudina, daun ketumbar, garam dan gula secukup rasa
  • masak lagi sehingga naik baunya
  • masukkan ayam dan gaul rata supaya ayam dan rempah betul-betul sebati
  • tuangkan secawan air dan masak lagi selama 5 minit
  • gaulkan rata
  • jika terlalu pekat tambah lagi airnya
  • masukkan badam kisar, tairu dan tomato puree
  • biarkan sehingga ayamnya empuk dan kuahnya pekat
  • masukkan tomato, lada hijau dan lada merah
  • kacau rata
  • setelah ayamnya empuk, kecilkan api dan biarkan minyaknya naik
  • padamkan api
  • perlahan-lahan senduk minyaknya dan buang
  • semasa menghidang taburkan sedikit hirisan daun ketumbar
  • enak di makan dengan sebarang jenis roti atau nasi

source: puan asmah laili

2 September 2010

Kari ikan gaya goa

Bahan-bahan (4-6 orang):
600gm ikan tenggiri - dipotong kepingan
2 labu bawang besar - dicincang/kisar
3 ulas bawang putih - dicincang/kisar
1 inci halia - dicincang/kisar
3 biji buah tomato - dipotong baji
3 biji cili hijau - dibuang biji
2 sudu besar biji sawi
4 sudu besar cili kisar
500ml (2 cawan) pati santan - diperah daripada 2 biji kelapa
125ml (1/2 cawan) air asam jawa
garam secukup rasa
250ml (1 cawan) minyak masak

Bahan-bahan serbuk rempah:
3 sudu besar serbuk ketumbar
3 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk kunyit

cara:

  • kisarkan buah tomato, cili hijau dan bahan-bahan serbuk rempah sehingga halus
  • ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi sehingga wangi
  • masukkan pula bahan kisar, cili kisar dan pati santan
  • kacau sehingga sebati
  • kemudian didihkan dan renihkan selama 2 minit
  • cairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat
  • tambahkan air asam jawa dan ikan
  • kacau dan renihkan selama 15 min atau sehingga ikan masak
  • perasakan secukupnya dengan garam
  • setelah siap bolehlah dipadamkan api
  • sedia untuk dihidangkan

source: chef wan

1 September 2010

Ayam kicap pak said

Bahan-bahan:
Bahan-bahan A:

1 ekor ayam, beratnya 1.5 kg - potong 10 atau kecil ikut citarasa masing-masing
200ml kicap manis
2 sudu makan cuka
2-3 cawan air
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan-bahan B:
3 biji bawang besar - dihiris bulat
5 biji bawang putih - dihiris
2 jari halia - dihiris panjang-panjang seperti batang mancis

Bahan-bahan C (ditumbuk halus):
1 biji buah pala
1 sudu makan lada hitam biji
1 jari kayu manis
15 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
10 biji buah pelaga

cara:

  • lumur ayam dengan sedikit garam
  • panaskan minyak dan gorengkan ayam tetapi jangan terlalu garing
  • angkat dan ketepikan
  • dengan mengunakan sedikit minyak bekas menggoreng ayam, tumis semua bahan-bahan B sehingga bawangnya layu
  • masukkan pula bahan-bahan C dan tumis lagi sehingga naik aromanya
  • selepas itu masukkan kicap, air dan cuka (jika perlu bolehlah ditambahkan sedikit garam)
  • gaulkan rata
  • setelah mendidih barulah dimasukkan ayam goreng tadi
  • balik-balikkan dan masak sehingga pekat sedikit kuahnya dan rempahnya meresap ke ayam
  • angkat dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih

source: puan asmah laili

30 August 2010

Biskut pandan classic

Bahan-bahan:
1 1/2 cawan (340gm) butter
1 cawan (110gm) gula icing
2 biji kuning telur
1 camb esen vanilla
3 cawan tepung jagung
1 cawan (110gm) tepung gandum
sedikit garam halus
1 camt pes pandan
1 camt pewarna hijau epal
2 biji kuning telur untuk sapuan – tambahkan jika tidak cukup
cocoa crunch secukupnya untuk hiasan - boleh digantikan dengan cashew nuts atau almond

cara:

  • ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
  • pukul gula icing dan butter sehingga kembang dan ringan
  • masukkan kuning telur, esen vanila, pes pandan, pewarna hijau dan pukul lagi sehingga rata
  • perlahankan speed mixer
  • masukkan tepung dan pukulkan sebati sehingga menjadi doh yang lembut
  • canaikan dan terap mengikut citarasa sendiri (ketebalan biskut ikut citarasa sendiri)
  • sapukan kuning telur dan letakkan 1 biji cocoa crunch di tengah2
  • bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak
  • biarkan sejuk barulah disimpan di dalam bekas kedap udara
  • bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga masak

source: zubaidah orix

29 August 2010

Tepung goreng pisang

Bahan-bahan:
10 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung ubi kayu
1/2-1 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1/2 sudu kapur makan di campur dengan air - tapiskan (agak2 penggunaan air)
Garam secukup rasa

cara:

  • gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • pastikan adunan jangan terlalu cair atau pekat
  • celupkan pisang yang telah dipotong serong ke dalam adunan
  • panaskan minyak yang banyak
  • kemudian gorengkan pisang sehingga garing dan keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sedia untuk dihidangkan

source: norazie

28 August 2010

Ikan panggang percik

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap yang besar - dicuci bersih dan dikelar2
3 cawan santan pekat - dari 3/4 biji kelapa yang diparut
1 biji limau nipis - ambil jusnya
garam dan gula secukup rasa
2 helai daun pandan
daun pisang
aluminium foil
minyak

bahan-bahan sambal percik - dikisar:
2cm halia
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm kunyit hidup
2 batang serai
3 helai daun limau purut
5 biji buah keras
4 biji cili padi
7 biji cili hidup

cara

  • panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi
  • masukkan santan dan masak perlahan-lahan sehingga kuah pekat
  • kemudian masukkan jus limau, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • apabila kuah sudah pekat bolehlah dipadamkan api
  • letakkan ikan yang beralas daun pisang dan daun pandan di atas aluminium foil
  • sapukan kuah percik rata-rata di atas ikan
  • bungkus rapat-rapat dan bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak
  • setelah itu bolehlah dihidangkan dengan nasi putih

source: chef wan

27 August 2010

Keropok lekor resepi IV


Bahan-bahan:
1kg ikan selayang/ kembung
5-10 ulas bawang putih
500gm tepung ubi/kanji - jangan masukkan tepung kesemua sekali
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
Garam secukup rasa
Perasa
Air

cara:

  • asingkan isi ikan dari tulang
  • kemudian kisar isi ikan bersama bawang putih dan sedikit air (kasar atau halus adunan bergantung pada selera masing2)
  • masukkan adunan ke dalam mangkuk
  • selepas itu masukkan sedikit garam, perasa, serbuk penaik dan kedua2 tepung
  • gaulkan sehingga tidak melekat pada tangan
  • tambahkan tepung kanji sekiranya adunan lembik dan pastikan adunan tidak terlalu keras atau terlalu lembik
  • kemudian sapukan sedikit minyak pada tangan
  • ambil sedikit adunan dan hempas2kan ke atas meja atau papan pencanai banyak kali supaya adunan menjadi mampat dan lembut
  • setelah itu barulah diuli menjadi panjang
  • lakukan sehingga habis
  • didihkan air bersama sedikit minyak agar keropok tidak melekat apabila direbus
  • masukkan keropok tadi
  • keropok lekor akan terapung di permukaan air apabila sudah masak
  • bila dah timbul angkat dan toskan
  • sejukkan dan potong ikut citarasa masing2
  • goreng dan siap untuk dihidangkan

source: 14sept, myr

26 August 2010

Banana chocolate moist cake

Bahan-bahan:
2 biji telur - saiz B
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1/2 cawan serbuk koko
1 1/2 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
1 1/2 cawan susu cair
3/4 cawan pisang emas yang telah dilenyek
1/2 camt esen pisang/esen vanila

cara:

  • ayakkan tepung dengan soda bikarbonat, baking powder, serbuk koko dan ketepikan
  • pukulkan telur sehingga kembang selama 2 min
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang
  • masukkan minyak masak dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan campuran tepung, pisang dan susu secara berselang-seli sebanyak 3 kali sehingga habis sambil dipukul sehingga sebati
  • masukkan pula esen pisang atau esen vanilla dan pukul sebati
  • tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • bakar pada suhu 160C selama 1 jam atau sehingga masak

note: resepi asal dari chocolate moist cake, chef asma

source: jurnal resepibdaria

25 August 2010

Hati ayam masak kicap

Bahan-bahan:
500gm hati ayam
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili kisar

1 labu bawang bangla - dipotong 4 atau 6
1 batang cili merah - dihiris serong
1 batang cili hijau - dihiris serong
3 biji bawang putih - dikisar/tumbuk
1 inci halia - dikisar/tumbuk
2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk lada putih/sulah
1 sudu makan tomato sos
1 sudu besar kicap manis
Daun bawang - dihiris sepanjang 2 inci
garam secukup rasa

cara:

  • bersihkan hati ayam dan lumurkan dengan serbuk ketumbar, cili boh dan serbuk kunyit
  • ketepikan
  • panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih dan halia sehingga wangi
  • masukkan hati ayam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih/sulah
  • gaulkan dan tutup kuali selama 5 minit
  • buka kuali dan balik2kan hati dan tutup lagi kuali selama 5 minit
  • kemudian buka penutup kuali dan masukkan cili hiris, bawang, daun bawang, tomato sos dan kicap manis
  • masukkan garam sedikit
  • balik2kan lalu matikan api sesudah hati ayam menjadi empuk
  • boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering
  • sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih

source: rossya

24 August 2010

Kuih lapis cendol

Bahan-bahan (loyang saiz 7"):
Bahan-bahan A:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan gula pasir
3 cawan santan
1/2 sudu kecil garam

1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 4 sudu besar gula merah

1 cawan cendol
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan kukusan
  • gaulkan semua bahan-bahan A ke dalam mangkuk sehingga sebati
  • kemudian tapiskan
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian dan kacaukan rata
  • satu bahagian lagi dimasukkan cendol dan 1/2 cawan air supaya kedua2 adunan sama banyaknya
  • jadikan 2 bahagian gula merah dan 2 bahagian adunan cendol
  • masukkan 1 adunan cendol ke dalam loyang yang telah disapukan dengan sedikit minyak
  • kukuskan selama 5-10 min
  • kemudian masukkan pula 1 adunan gula merah dan kukuskan lagi selama 5-10 min
  • lakukan sehingga habis
  • untuk bahagian terakhir adunan kukuskan selama 10-15 min
  • pastikan penutup kukus dilapik dengan kain atau aluminium foil supaya air kukusan tidak menitik ke atas adunan
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • tunggu sehingga kuih betul-betul sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

23 August 2010

Kari sardin

Bahan-bahan:
1 tin ikan sardin - toskan sosnya
2 tangkai daun kari
3 biji ubi kentang - dipotong 4 atau 6
2 biji buah tomato - dibelah 4 atau 6
5 biji cili padi hijau
2 sudu besar asam jawa diramas dengan 1 cawan air
1 sudu kecil tumis ikan
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
4 sudu besar rempah kari ikan

cara:

  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar dan tumis ikan sehingga wangi
  • masukkan daun kari dan kacaukan rata
  • kemudian masukkan ubi kentang dan gaulkan sebati
  • masukkan pula air asam jawa dan kacaukan rata
  • masaklah sehingga ubi kentang lembut
  • selepas itu barulah dimasukkan ikan sardin dan kacaukan perlahan2 supaya ikan tidak pecah/terburai
  • akhir sekali masukkan buah tomato, cili padi, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • padamkan api dan sedia dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

source: k.nis

Sambal belacan resepi II

Bahan-bahan:
1 cawan cili padi
1/4 cawan gula pasir
garam secukup rasa
1 sudu besar belacan - dibakar/digoreng tanpa minyak
1 biji buah tomato
1/2 labu bawang besar - dibakar/digoreng tanpa minyak
1/2 biji lemon - diambil jusnya
sedikit air masak - optional

cara:

  • kisar semua bahan sehinga halus
  • sedia untuk dihidangkan

note: pada yang tinggal di UK tak perlulah diletakkan 1 cawan cili padi sebab cili padi yang dijual di oriental shop memang terlalu pedas

source: yani, myr

22 August 2010

Cendol resepi III

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 sudu kecil kapur + air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan - kalau stok tak banyak bolehlah dicampurkan dengan sedikit paste pandan dan pewarna hijau
3 cawan air
secubit garam

cara:


  • kisar daun pandan dengan 2 cawan air sehingga halus
  • kemudian tapiskan dan ambil jusnya
  • ketepikan
  • satukan kesemua tepung, air kapur, garam, 1 cawan air ke dalam mangkuk dan tuangkan jus air pandan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan tidak berbentil-bentil
  • tapiskan adunan ke dalam periuk tahan panas (non-stick pan)
  • masaklah dengan api sederhana panas sehingga berkilat/likat dan tidak melekat di periuk
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya ianya sekata masaknya
  • setelah siap padamkan api
  • sediakan mangkuk besar berisi dengan ais dan air sejuk
  • masukkan adunan ke dalam acuan muruku dan tekankan terus ke dalam air tadi
  • lakukan sehingga habis
  • biarkan ianya menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut
  • jika hendak disimpan di dalam fridge pastikan cendol tadi di simpan bersama air

note: apabila adunan sudah masak/siap cepat-cepat masukkan ke dalam acuan dan tekankan terus ke dalam air sejuk. jangan biarkan adunan menjadi sejuk kerana jika ditekankan ke dalam acuan adunan tadi akan menjadi lembik dan terburai ke dalam air dan tidak menjadi keras

source: jurnal resepibdaria (cara telah diubahkan sedikit)

21 August 2010

Mee kuah

Bahan-bahan:
500gm mee kuning
1 mangkuk kecil isi ayam - dipotong kecil
1 mangkuk kecil daging - dipotong/hiris kecil
1 mangkuk sotong - dipotong kecil/bulat
1 mangkuk udang
1 cekak sawi - dipotong
1 mangkuk kecil taugeh
3 keping tauhu goreng - dipotong kecil
1 mug air panas - banyaknya kuah bergantung pada selera masing2
3 ulas bawang putih - ditumbuk/cincang halus
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar tomato sos
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap masin
sedikit lada sulah
1 kiub pati ayam
bawang goreng secukupnya
daun bawang - dihiris
minyak

cara:

  • panaskan minyak di dalam kuali
  • tumiskan bawang putih, cili kisar, tomato sos dan kiub pati ayam sehingga wangi
  • masukkan daging, isi ayam, sedikit lada sulah dan kacaukan rata
  • biarkan sebentar
  • kemudian masukkan pula sotong, udang , sedikit lada sulah dan kacaukan rata
  • biarkan sebentar sehingga semua bahan masak dan daging empuk
  • kacau sekali sekala supaya tidak hangus
  • apabila daging sudah empuk masukkan sawi, tauhu goreng, taugeh, kicap masin, kicap manis dan mee
  • kacaukan rata
  • akhir sekali tuangkan air panas dan kacaukan rata
  • apabila semuanya sudah sebati bolehlah dipadamkan api
  • keluarkan mee dahulu dan letakkan di dalam mangkuk
  • kemudian tuangkan kuah di atasnya
  • taburkan daun bawang dan bawang goreng di atasnya
  • sedia untuk dihidangkan

source: resepi istana perak

Kari ayam bangladesh

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (boleh digantikan dengan 1 kg lamb) - dipotong kecil
25gm serbuk kari ayam
100ml santan
1/2 cawan air asam jawa
1 biji buah tomato - dipotong baji
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

bahan2 tumbuk/kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm halia

cara:

  • jika menggunakan lamb bolehlah direbuskan dahulu sehingga lembut
  • kemudian tos dan ketepikan
  • gaulkan ayam/lamb rebus tadi dengan rempah kari dan bahan2 tumbuk/kisar sehingga rata
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan ayam/lamb ke dalamnya
  • perlahan2 balik2kan ayam/lamb tadi supaya ianya sekata garingnya
  • setelah garing bolehlah dikecilkan api seketika
  • kemudian masukkan santan, air asam jawa, buah tomato dan kacaukan perlahan2 supaya sebati
  • jika menggunakan ayam bolehlah di letakkan buah tomato kemudian supaya ianya tidak begitu lembik
  • tutupkan kuali sebentar dan kecilkan api
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • biarkan ayam masak barulah dipadamkan api
  • sedia untuk dihidangkan

source: kak sue @ nenie (cara telah diubah mengikut cara sendiri)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin