Pages

10 August 2007

Banana muffin




Bahan-bahan (10-12 standard muffin case):
150ml minyak
150ml susu segar
150ml gula kastor
100g telur - satu biji telur besar
250g tepung gandum
15g baking powder
80g pisang ranum (satu biji kecil) - dilecek

cara:
  • campurkan 4 bahan pertama hingga sebati
  • masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  • bubuh pisang, kacau sehingga sebati
  • isikan ke dalam muffin cases yg diletak dlm muffin tin dan bakar pada 190C selama 20 min

7 August 2007

Pecal jawa


Bahan-bahan (satu family):
300gm tauge - dibuang ekor
100gm kacang panjang - dipotong 5sm
80gm kangkung - dipotong 5sm
4 keping tauhu - digoreng, dipotong kiub

Bahan-bahan dihiris:
2 biji timun
1 biji nenas
1/2 biji betik separuh masak

Bahan kuah:
300ml air panas
180gm kacang tanah - digoreng
15-20 tangkai cili kering - direndam
2 sudu makan petis
garam & gula secukup rasa

cara:
  • celur tauge, kacang panjang dan kangkung secara berasingan. toskan. letak didlm pinggan bersama bahan2 hiris
  • kisar kacang tanah dan cili kering hingga lumat. letak di dlm mangkuk
  • campurkan semua bahan kuah yg lain. kacau sehingga sebati
  • semasa menghidang, gaul sayur-sayuran dengan kuah
  • dah boleh sapedek dan jgn lupa baca bismillah

Kurma ayam

Bahan-bahan (satu family):
1 ekor ayam - dipotong 10 atau ikut suka
minyak utk menumis
4-5 camb rempah kurma
1 ltr santan - dari 1 biji kelapa
2 keping asam keping
ubi kentang - dipotong wedges
buah tomato - dipotong 4
cili hijau atau cili merah - dibelah 2 jgn putus

Bahan penumis:
kulit kayu manis
bunga lawang
buah pelaga

Bahan kisar:
bawang merah/kecil
bawang putih
bawang besar
buah keras

cara:
  • panaskan minyak, masukkan bahan penumis. kacau 1-2 minit
  • bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi
  • masukkan rempah kurma dan sedikit air. bila terbit bau, bubuh pula ayam dan kacau 3-4 min atau hingga kering airnya
  • tuangkan santan dan asam keping. kacau hingga menggelegak dan ayam separuh empuk
  • bubuh pula ubi kentang. kacau sampai ayam empuk
  • bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat

6 August 2007

Banana nut chocolate chip muffin


minggu nie bukan minggu setiausaha tau tapi minggu rajin2 ler ke dapur wahai kaum ibu dan jugak kaum hawa. pada sapa2 yg dok melangok je depan pc tu bawak2 ler bertobat nanti asben cari lain baru padan muka pc ahak.

jangan konpuse lak resepi nie ngan resepi banana chocolate chip muffin ya sbb resepi kali nie ada kelainan walaupun rupa gambo ala2 kembar tak seiras. banyak songeh tul aku nie ler

Bahan-bahan (12 biji standard muffin cup):
2 biji pisang sederhana - dibuang kulit
2 biji telur size besar
1 cawan gula perang
1/2 cawan marjerin atau butter - dicairkan dahulu
1 camt esen vanila
2 1/4 cawan tepung gandum
2 camt baking powder
1/2 camt serbuk kulit kayu manis
1/2 camt garam
1 cawan chocolate chips
1/2 cawan kacang walnut - dicincang

cara:
  • blendkan dahulu pisang sehingga jadi macam puree
  • pukul pisang yg telah diblend bersama2 dengan telur, gula, butter dan juga esen vanila sehingga sebati
  • campurkan tepung, baking powder, serbuk kulit kayu manis dan garam di dalam mangkuk lain
  • campurkan chocolate chips dan walnut dan kacau sehingga sebati
  • buatkan lubang ditengah2 dan tuangkan adunan butter tadi ke dalam adunan chocolate chips dan kacau sehingga betul2 sebati
  • sudukan lebih kurang 2 1/2 inch ke dalam muffin cup cases
  • bakar kepada suhu 180C selama 25-30 min atau sehingga masak
  • biarkan sejuk sedikit dan bolehlah dialihkan ke atas wire rack
  • selamat mencuba puan2 lepas tu jgn lupa kasi laporan disini

Sayur petola tumis air

Sayur petola tumis air nie mmg sedap dimakan bersama2 dengan nasi panas, ikan masin dan juga sambal belacan mau makan 3 pinggan nie. camno nak diet nie k.nis ooooiiiii

Bahan-bahan:
Sayur petola - dibuang kulit dan dipotong ikut suka hati nak lebar mana
Suhun - direndam
Tauhu kering - direndam
2 biji telur
Air
Ikan bilis - rendam dan ditumbuk
3 biji bawang kecil - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk


cara:
  • tuangkan minyak di dlm periuk dan setelah panas tumiskan bahan2 tumbuk sehingga naik bau
  • masukkan air - nie ikut suka banyak manalah
  • masukkan sayur petola dah suhun
  • jgn lupa pecahkan telur sebiji2
  • setelah itu masukkan tauhu kering
  • akhir sekali masukkan ler garam dan perasa kalau suka
  • bila makan tu jgn lupa baca bismillah kalau mak mertua jgn pulak buat dunno je ajak2 ler makan sekali
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin