Pages

8 January 2008

Orange muffin

Bahan-bahan (12 muffin bergantung pada size):


75gm mentega tanpa garam - cairkan dan biarkan pada suhu bilik
250gm tepung naik sendiri
25gm serbuk badam (ground almond)
1/2 camt soda bikarbonat
1 camt baking powder
75gm gula kastor
1 biji limau - parut kulit
100ml jus limau
100ml susu segar
1 biji telur

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C. letakkan 12 paper cases ke dalam muffin tray dan ketepikan

2. ayakkan tepung, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mixing bowl dan masukkan jugak serbuk badam, gula dan parutan kulit limau. kacau sebati

3. sementara itu satukan jus limau dan susu ke dalam jug dan masukkan telur, pukul sedikit. akhir sekali masukkan mentega cair

4. tuangkan ke dalam adunan tepung dan kacau dengan menggunakan garpu supaya sebati. jangan kacau terlalu lama nanti muffin akan jadi keras

5. sudukan ke dalam paper cases tadi dan bakar selama 20 min atau sehingga masak

6. setelah masak keluarkan dari muffin tray dan letakkan ke atas wire rack supaya sejuk sedikit sebelum dihidangkan

note: kalau rasa suhu oven 200C tu terlalu panas boleh lah dikurangkan kepada 180C

6 January 2008

Daging masak merah

Bahan-bahan:
1/2 kg daging - direbus sehingga lembut
2 biji cili merah - dihiris
2 biji cili hijau - dihiris
8-10 biji cili padi - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris bulat2
4 biji bawang putih - dihiris
4 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan gula
sedikit serbuk lada putih
air rebusan daging

cara:
  • daging yg telah direbus dan hiris tadi digoreng sehingga garing sedikit. ketepikan
  • dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan semua bahan2 hiris dan goreng sehingga naik bau
  • masukkan pula sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. kacau sehingga sebati
  • setelah itu masukkan sedikit air rebusan daging tadi. agak2 airnya jika hendak kuah pekat atau kuah lebih
  • masukkan daging goreng tadi dan gaul rata
  • perasakan kuah dengan dimasukkan sedikit serbuk lada putih dan gula
  • kacau semua bahan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan

Butter cake


Bahan-bahan (6 potong/keping):
125gm mentega - suhu bilik
1/2 cawan (115gm) gula kastor
1 camt esen vanila
2 biji telur - dipukul sedikit
1 1/4 cawan (140gm) tepung naik sendiri - ayak
1/4 cawan buttermilk atau susu segar
2 camt air panas
gula aising - untuk ditaburkan di atas kek

cara:
  • panaskan oven pada suhu 170C
  • griskan tin kek yang bulat bersaiz 7" (20cm base) dan letakkan baking paper. taburkan sedikit tepung dan ketepikan
  • pukul mentega, gula dan esen vanila di dalam mixing bowl yang sederhana besar sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur sedikit demi sedikit sambil di pukul lagi sehingga sebati
  • setelah itu tuangkan adunan ke dalam mixing bowl yang besar
  • masukkan pula separuh tepung yang telah diayak tadi berselang seli dengan 1/2 buttermilk sambil dikacau rata (tepung-buttermilk-tepung-buttermilk)
  • tuangkan air panas ke dalam adunan dan kacau lagi supaya sebati sebelum dimasukkan ke dalam tin kek
  • hentakkan sedikit tin kek dan di bakar selama 30-35 min atau sehingga masak
  • setelah kek masak biarkan di dalam tin selama 10 min sebelum di letakkan di atas wire rack supaya sejuk
  • bolehlah ditaburkan sedikit gula aising sebelum dihidangkan

note: kek nie senang dan simple untuk dibuat dan tidak mengambil masa yang lama. tekture kek pun begitu lembut dan size kek tidak besar. adunan nie cukup setakat utk 2 org tapi boleh doublekan bahan2 utk membuat kek yang lebih besar

4 January 2008

Kuzi ayam

tima kasih za

Bahan-bahan (6-8 org):
Bahan2 A (digoreng/sangai):
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
6 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga - sila buang kulit dan ambil bijinya sahaja
1 kuntum
2 kuntum bunga lawang

Bahan2 B:
800 gram - 1kg ayam
sedikit saffron
2 ulas bawang putih
1 sudu besar garam
1 inci halia
Minyak sapi untuk menggoreng

Bahan2 C:
150 gram bawang besar
20 gram kepingan badam
1/2 cawan kacang tanah
40 gram kismis
1 ketul hati ayam-rebus dahulu

Bahan2 D:
3 hiris lengkuas
2 hiris halia
1 batang serai
1 biji limau nipis
2 ulas bawang putih
200 ml susu sejat
Sedikit saffron
1/2 cawan sos tomato
700 ml air
1 1/2 sudu teh garam
2 sudu teh gula

cara:
  • kisar2/tumbuk bahan2 A yang telah digoreng/sangai tadi dengan halus. pastikan bahan tu dalam anggaran seberat 10gm. ketepikan
  • untuk bahan2 B: tumbukkan bawang putih, halia dan sedikit saffron dan lumurkan pada ayam yang telah dilumurkan dengan garam terlebih dahulu. perapkan seketika. setelah itu digoreng separuh masak dengan menggunakan minyak sapi atau boleh dicampurkan sedikit minyak masak
  • untuk bahan2 C: semua bahan2 hendaklah digoreng dengan menggunakan sedikit minyak sapi dengan goreng mengikut turutan bawang besar, badam, kacang tanah, kismis dan hati ayam yang telah direbus terlebih dahulu dan potong dadu. ketepikan
  • setelah itu tumbuk badam bersama2 dengan bawang goreng dan ketepikan. tumbuk kasar kacang tanah goreng tadi dan ketepikan
  • untuk bahan2 D: tumbuk atau hiriskan lengkuas, bawang putih dan halia. ketpikan
  • campurkan bahan2 A tadi dengan sos tomato, susu, saffron, limau nipis, badam & bawang goreng, kacang tanah dan gaulkan sebati. ketepikan
  • panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan2 tumbuk (lengkuas, halia, bawang putih) dan jugak serai yg telah di ketuk sedikit
  • setelah itu masukkan pula campuran bahan2 A tadi dan masukkan sedikit air. kacau sehingga mengelegakkan dan barulah di masukkan garam dan gula secukup rasa
  • bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan kacaukan supaya sebati
  • masukkan baki air (bergantung pada kepekatan/kecairan kuah yg dikehendaki), hati goreng, kismis dan kacang tanah tumbuk

note: proses membuat kuzi ayam nie mmg banyak step tapi memang sedap jika di makan bersama2 dengan nasi panas dan juga roti. caber boleh dicari di kelantan atau di mana2 kedai india tapi kalau tak ada pun tak apa

2 January 2008

Lemon meringue cheesecake


preparation time: 30 mins
cooking time: 70 mins

Bahan-Bahan (untuk 10 org):
250gm nice/digestive biscuits
140gm mentega - dicairkan
500gm philadelphia cream cheese - pada suhu bilik
300gm sour cream
155gm gula kaster
1 camb parutan kulit lemon - jangan ambil kulit yang putih
2 camb jus lemon
3 biji telur

bahan2 meringue:
3 biji putih telur
155gm gula kaster

cara:

  • letakkan baking paper ke dalam springform pan bersaiz 22cm (8") dan ketepikan. masukkan biskut ke dalam food processor dan kisar sehingga halus
  • setelah itu tuangkan mentega cair yang telah disejukkan terlebih dahulu (pada suhu bilik) ke dalam food processor dan kisar lagi sehingga sebati dengan biskut
  • keluarkan dan masukkan ke dalam springform pan dan tekan supaya ianya sekata. tutupkan springform pan tadi dengan cling film dan simpan di dalam fridge dalam 1 jam supaya bahagian base keras sedikit
  • sementara itu panaskan oven pada suhu 160C. di dalam food processor yang bersih satukan cream cheese, sour cream, gula, parutan lemon dan jus lemon dan kisar sehingga sebati. masukkan pula telur dan kisar lagi
  • bolehlah dituangkan adunan cream cheese ke atas biscuit base dan hentakkan sedikit springform pan sebelum di bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak
  • setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 2 jam atau sehingga sejuk dan renggangkan sedikit pintu oven. ini untuk mengelakkan kek dari pecah
  • bolehlah di simpan kek di dalam fridge selama 4 jam. sementara itu di dalam mixing bowl pukul telur putih sehingga menjadi gebu dan bertanduk dan tuangkan sedikit demi sedikit gula (sekurang2nya 1 camb) dan ulangi sehingga habis. pukul sehingga ianya menjadi sebati dan sedikit keras
  • panaskan semula oven pada suhu 200C. bolehlah di sapukan meringue tadi ke atas kek dan bakar selama 5-8 min atau sehingga sedikit keperangan. kek tadi hendaklah di simpan dahulu di dalam fridge sekurang2nya 2-3 jam sebelum boleh di potong

note: cara2 membuat cheesecake nie tidak perlu bake secara waterbath tapi kalau nak pun boleh jugak. just masukkan air panas ke dlm roasting pan atau ape2 pun boleh then masukkan springform pan tadi dan bakar seperti cara2 di atas. cheesecake nie mmg senang dan simple. kalau tak mau letak meringue pun boleh jugak.

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin