Pages

3 August 2008

Nasi ayam istimewa resepi I

Bahan-bahan:
Bahan-bahan nasi dan sup:
500gm beras basmathi - dibasuh dan ditoskan
50gm kulit ayam
3 ketul kiub pati ayam
air secukupnya untuk masak nasi dan sup
3 sudu besar marjerin untuk menumis
garam dan bahan perasa secukupnya
1 batang karot - dipotong bulat
bawang goreng
daun sup - dihiris
1-2 helai daun pandan - disimpul
5 biji bawang merah - dikisar
5 biji bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia

cara:

1. panaskan periuk dengan marjerin, tumis semua bahan2 yang dikisar hingga kekuningan
2. masukkan air, kiub pati ayam, kulit ayam, garam dan bahan perasa. biarkan sehingga mendidih dan tutupkan api
3. beras yang telah ditos tadi masukkan ke dalam rice cooker, tuangkan kuah sup tadi secukupnya dan daun pandan
4. onkan rice cooker dan biarkan nasi masak
5. masukkan karot ke dalam kuah sup tadi dan biarkan sehingga karot empuk. taburkan bawang goreng dan daun sup. hidangkan

Bahan-bahan perap ayam:
1 ekor ayam - dipotong 4 atau ikut suka
5 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar kicap cair
6-8 biji cili padi - dikisar/ditumbuk (boleh tambahkan kalau suka pedas)
4 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada sulah
sedikit garam

cara:

1. satukan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan masukkan ayam. gaulkan sehingga sebati
2. perapkan ayam selama 1 jam
3. kemudian kukuskan ayam tadi dan gorengkan sehingga masak kekuningan

Bahan-bahan sos:
3 biji bawang putih - dikisar
1/2 sudu kecil bahan perasa
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
8 tangkai cili kering - dikisar
5 biji cili merah - dikisar
5 sudu besar sos cili
5 sudu sos tomato
1 sudu besar gula

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih hingga garing
2. masukkan bahan2 yang lain dan biarkan mendidih seketika

Sambal tumis petai


Bahan-bahan:
1kg udang
3 papan petai - diambil isinya
1/2kg bawang besar - dihiris
2 sudu makan santan
air asam jawa secukupnya
garam dan gula secukupnya
minyak untuk menumis

Bahan-bahan kisar:
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan

cara:

1. panaskan kuali, tumiskan bahan2 kisar hingga wangi
2. kemudian tuangkan air asam jawa dan masak pada api sederhana hingga naik minyak
3. selepas itu, masukkan petai, udang dan bawang besar. kacau rata
4. akhir sekali, masukkan santan dan perasa secukupnya. kacau sehingga udang masak
5. hidangkan bersama2 dengan nasi putih

2 August 2008

Mee goreng pattaya

Bahan-bahan (2 orang):
150gm mee kuning
50gm isi ayam - dipotong kecil
50gm udang
50gm sotong - dipotong bulat
2 sudu makan cili kisar
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 tangkai sawi - dipotong
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos tiram
2 biji telur - dipukul
garam secukup rasa
3 sudu makan minyak

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan cili kisar sehingga garing
  • masukkan ayam, udang, sotong dan sawi. masak selama 2 min
  • kemudian masukkan kicap pekat, sos tiram dan mee. apabila cukup masak, angkat dan ketepikan
  • panaskan sedikit minyak dan dadarkan telur hingga masak
  • letakkan mee di dalamnya dan lipat menjadi bungkusan empat segi

Garlic bread resepi I


Bahan-bahan (6 biji):
150gm tepung roti
50gm tepung kek
15gm gula kastor
1/4 camt garam
1/2 camt instant yeast
130gm susu segar
15gm unsalted butter

garlic filling:
30gm mentega - pada suhu bilik
2-3 ulas bawang putih - chopped
1 camt daun parsley kering

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas doh

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine kecuali mentega dan tekankan untuk setting doh. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan mentega dan biarkan sehingga doh siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin. proses ini penting
3. bahagiakan setiap doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola kecil. rehatkan selama 15 min
4. setelah itu canaikan setiap doh menjadi bentuk bulat dan gulungkan seperti swiss roll supaya menjadi longish oval shape or torpedo shape
5. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
6. sementara menunggu doh siap bolehlah disediakan garlic filling. satukan kesemua bahan dan gaulkan sebati. ketepikan
7. dengan menggunakan pisau yang tajam potong tengah2 roti tetapi jangan sampai terputus dan sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit. pipekan garlic filling ke atas doh dan bakar pada suhu 180C selama 12-15 min

note: cara untuk membentuk doh ikut pada cara masing2

1 August 2008

Mee sup

Bahan-bahan (2 org):
300ml air rebusan ayam
250gm mee kuning
udang basah - ikut suka berapa banyak
sotong - ikut suka berapa banyak dan dipotong bulat2
1 sudu teh minyak bijan
1 ulas bawang putih - dicincang
3 biji cencawan butang - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
sayur sawi (ikut suka berapa banyak) - dipotong ikut suka
1/2 batang karot - dipotong ikut suka
garam & serbuk lada sulah secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
bawang goreng

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang putih hingga garing
  • masukkan udang, sotong, stok ayam, minyak bijan dan garam. kacau sekali-sekala hingga mendidih
  • masukkan mee, cendawan, cili merah, karot dan sawi. masak sehingga karot lembut
  • bubuh mee dan supnya ke dalam mangkuk. taburkan bawang goreng dan lada sulah secukup rasa
  • hidangkan panas2 dengan cili jeruk
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin