Pages

3 August 2009

Karipap rangup

Bahan-bahan (45-50 biji):
500gm tepung gandum - diayak
1/2 sudu besar garam
94gm marjerin/butter/shortening/vegetable fat - boleh letak 1/2 butter & 1/2 shortening
1 biji telur
1/2 cawan ais
250ml air

inti karipap secukupnya

cara:
  • masukkan tepung yang telah diayak ke dalam mangkuk adunan yang besar. ketepikan
  • kemudian masukkan ais dan garam ke dalam air
  • kacaukan rata dan ketepikan
  • pecahkan telur ke dalam tepung tadi dan gaulkan rata sehingga menjadi serbuk roti
  • ketepikan
  • sementara itu panaskan butter/marjerin/shortening dengan api sederhana panas sehingga kesemua cair dan hampir mendidih
  • angkat dan tuangkan ke dalam adunan tepung tadi
  • gaulkan dengan menggunakan hujung jari sehingga menjadi serbuk roti
  • setelah itu tuangkan campuran air tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan (campuran air tidak digunakan kesemuanya cukup sekadar adunan menjadi doh)
  • kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 1 jam. tutupkan mangkuk adunan tadi dengan kitchen towel
  • setelah itu bahagikan doh tadi kepada dua bahagian
  • ambil satu bahagian doh tadi dan canaikan menjadi nipis (ketebalan kulit bergantung pada selera masing2)
  • kemudian gulungkan bahagian paling panjang seperti swiss roll
  • potong doh tadi sebanyak 20-25 biji dan ulangi lagi proses ini sehingga habis
  • ambil satu biji doh kecil tadi dan canaikan menjadi bentuk bulat
  • isikan 1 sudu besar inti dan kelimkan bahagian tepi atau boleh juga menggunakan acuan karipap
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu bolehlah digoreng dengan api yang sederhana panas sehingga garing dan keperangan
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang
  • karipap atau doh bolehlah disimpan di dalam freezer
  • apabila hendak menggoreng bolehlah keluarkan dan biarkan sekejap sebelum digoreng
  • karipap sentiasa garing

note: pada penggemar karipap ini adalah salah satu resepi karipap yang sedap, mudah dan sentiasa garing - this is a keeper

source: nasuha, myr

Kepak ayam panggang nenas

Bahan-bahan:
1/2 kilo kepak ayam - dalam 7 keping

Bahan2 perap:
100gm nenas - diparut halus
2 sudu besar madu
1 sudu besar kicap manis
6 biji bawang besar - dikisar/tumbuk
1/2 inci halia - dikisar/ditumbuk
garam secukup rasa
segenggam daun ketumbar - dihiris halus
sedikit minyak zaiton

cara:
  • perapkan ayam dengan bahan2 perap selama 1 jam atau lebih
  • panggang dengan menggunakan api grill sehingga masak dan kering
  • balik2kan ayam supaya kedua2 belah kepak nampak masak sama rata
  • sedap dimakan panas2 dengan nasi atau diratah begitu saja

source: k.nis

1 August 2009

Creme de coffee



Bahan-bahan (8 biji):
Bahan2 doh:
240gm tepung roti
60gm tepung kek
55gm gula kastor
5gm (1 camt) garam
10gm susu tepung
2 camt instant yeast
1/2 biji telur
150ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter
10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

almond flakes - untuk taburan atas roti

Bahan2 inti coffee cream:
60gm gula pasir
20gm susu tepung
15gm tepung jagung
1 biji telur
1/4 camt esen vanila
150ml susu segar
10gm mentega
8-10gm instant coffee granules - nescafe atau ape2 brand

cara:
  • cara memasak inti: satukan gula, susu tepung, tepung jagung, telur dan esen vanila di dalam mangkuk
  • kacaukan dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati dan ketepikan
  • panaskan susu, mentega dan coffee granules ke dalam mangkuk dan kacaukan sehingga sebati
  • kemudian tuangkan separuh adunan ke dalam adunan tepung tadi dan kacaukan rata
  • tuangkan semula adunan tadi ke dalam adunan susu dan kacau sehingga likat dan pekat
  • angkat dan biarkan sejuk barulah disimpan di dalam fridge sementara menunggu doh siap (inti boleh dibuat sehari sebelumnya)
  • masukkan semua bahan doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap selama 1 1/2 bergantung pada jenis BM
  • kemudian keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan semula doh menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • kemudian bahagikan doh kepada 8 bahagian dengan setiap satu seberat 70gm
  • ambil satu doh dan bentukkan menjadi bulat kecil dan lakukan sehingga habis (gambar no. 1)
  • kemudian ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangle (gambar no. 2)
  • ambil inti dan letakkan ke atas doh (gambar no. 3)
  • kemudian potongkan kepada 6 bahagian (gambar no. 4)
  • gulungkan bahagian inti tadi (gambar no. 5)
  • setelah itu tutupkan dengan potongan 6 (gambar no. 6 & 7)
  • susunkan di atas loyang yang telah digris atau dilapikkan dengan non-stick paper (gambar no. 8)
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min ke 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan atau atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh (gambar no. 9)
  • setelah itu sapukan doh dengan egg wash dan taburkan dengan flakes almond
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 15min atau sehingga masak dan keperangan
  • sedap dimakan untuk minuman petang

Yogurt cake

Bahan-bahan:
110gm yogurt perasa biasa
3 biji telur
150gm gula perang
200gm tepung gandum
1 camt baking powder
50gm mentega cair

cara:
  • griskan tin kek either square size atau loaf pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul telur dengan gula perang sehingga kembang
  • kemudian masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul dengan kelajuan yang perlahan
  • masukkan yogurt dan mentega cair sambil dipukul sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam tin kek dan hentakkan sedikit tin supaya mengeluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 190C selama 30 min atau sehingga masak
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

note: kek memang sedikit berat tapi lembut

Masak lemak cili api daging

Bahan-bahan:
500gm daging
1 liter air
2 cawan santan pekat - dari 1 biji kelapa
2 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 helai daun kunyit - disiat2kan
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
10-15 tangkai cili padi - kepedasan bergantung pada selera masing2
3cm halia
2 biji bawang merah
3cm kunyit hidup

cara:
  • daging dihiris nipis
  • kemudian direbus dengan 1 liter air dan serai sehingga lembut dan air rebusan tinggal sama banyak dengan daging
  • kemudian masukkan bahan2 kisar, santan, asam keping, daun kunyit, garam dan gula secukupnya
  • masak sehingga mendidih dan kuah pekat
  • hidangkan bersama2 dengan nasi putih dan ulam2an

note: daging boleh digantikan dengan perut

source: k.hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin