Pages

5 August 2010

Ikan masak asam tumis

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap - dipotong 4 atau boleh juga guna ikan apa2 yang disukai
125ml air asam jawa - diambil dari 1 sudu besar asam jawa diperah dengan 1/2 cawan air
1 cawan air
6 batang bendi - dibuang tangkai
segenggam daun kesum
garam dan gula secukup rasa
1/4 cawan minyak

bahan2 kisar:
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar belacan
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 helai daun limau purut

cara:
  • panaskan minyak di dalam kuali atau periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
  • tambah air asam jawa, air serta bendi dan renihkan selama 10 min
  • masukkan ikan dan daun kesum
  • renihkan lagi selama 5-10 min atau sehingga ikan masak
  • akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
  • setelah masak padamkan api
  • hidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: chef wan

2 August 2010

Yogurt chiffon cake

Bahan-bahan:
bahan2 A:
4 biji telur kuning
30gm gula kastor
110gm plain yogurt
20gm jus lemon
2 camb minyak masak
40gm tepung gandum
40gm tepung jagung
1 camt baking powder

bahan2 B:
4 biji putih telur
30gm gula kastor

cara:
  • ayakkan kedua2 tepung, baking powder dan ketepikan
  • kemudian satukan semua bahan2 A yang lain di dalam mangkuk adunan
  • pukul dengan menggunakan hand whisker sehingga sebati
  • kaupbalikkan campuran tepung tadi sebanyak 3 kali sehingga sebati
  • selepas itu pukul putih telur sehingga berbuih
  • kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga kental (pastikan apabila diterbalikkan mangkuk, adunan tidak jatuh)
  • kaupbalikkan adunan putih telur tadi ke dalam adunan tepung sehingga sebati
  • tuangkan adunan ke dalam tin chiffon cake
  • bakar pada suhu 170C selama 40 min atau sehingga masak
  • setelah masak padamkan api oven dan biarkan kek didalamnya selama 5 min
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin kek
  • potong dan hidangkan

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu 'memegang' kek yang di dalam proses mengembang naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu, ringan dan berongga

source: yani, myr (cara diubah sedikit)

1 August 2010

Laksa johor resepi III

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti - direbus
1 batang timun
Taugeh secukupnya
Daun kesum secukupnya - dihiris
sambal belacan secukupnya
Lobak jeruk secukupnya
Limau sambal secukupnya

Bahan2 untuk kuah:
300gm ikan tenggiri - dalam 2 keping saiz besar
250gm udang
2 batang serai - dititik
2 ulas bawang putih - diketuk
1/2 inci halia - diketuk
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan santan pekat
2 keping asam gelugor/keping
1 tangkai daun selasih
garam dan gula secukup rasa

bahan2 kisar:
10 helai cili kering
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu kecil serbuk/biji ketumbar
2 sudu kecil serbuk/biji jintan manis
2 sudu kecil serbuk/biji jintan putih

cara:
  • campurkan bahan2 kisar dengan rempah kari ikan, serai dan ketepikan
  • rebuskan udang, ikan tenggiri bersama2 dengan bawang putih dan halia sehingga lembut
  • biarkan sejuk dan kisarkan bersama2 dengan sedikit air rebusan dan daun selasih
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar yg telah dicampurkan dengan rempah kari dan serai sehingga wangi dan garing
  • masukkan santan, 1/2 atau 1 cawan air rebusan (bergantung pada kepekatan masing2) dan kacau rata
  • biarkan sehingga mendidih
  • kemudian masukkan isi ikan, udang yang telah dikisar dan kacaukan rata
  • akhir sekali masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan rata
  • apabila kuah dah betul2 mesra bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan bersama2 dengan spaghetti dan bahan2 sampingan

source: k.tie

31 July 2010

Muffin cokelat kukus

Bahan-bahan (16 biji bergantung pada saiz):
250gm tepung superfine/tepung halus/tepung kek
75gm serbuk koko
1 camt soda bikarbonat
secubit garam
250gm mentega - pada suhu bilik
350gm gula aising
3 biji telur
1 cawan air panas

papercups secukupnya

cara:
  • ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan
  • pukul mentega dan gula aising sehingga kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung berselang-seli dengan air panas sebanyak 3 kali sambil dipukul atau dikaupbalikkan sehingga sebati
  • tuangkan 3/4 penuh adunan ke dalam papercups dan kukus selama 15-20 min atau sehingga masak
  • hidangkan

source: chef zubaidah

28 July 2010

Nasi beriani telur

Bahan-bahan:
8 biji telur rebus - belah 2
2 cawan beras basmati - cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar - potong dadu halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga hitam
4 biji buah pelaga hijau
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk jintan putih/halus
2 1/2 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan minyak sapi dalam periuk
  • tumiskan bawang besar, bawang putih, daun bay, kulit kayu manis dan kedua2 buah pelaga sehingga wangi
  • masukkan telur rebus
  • kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih/halus dan gaulkan rata
  • masukkan pula beras dan kacaukan perlahan2 sehingga sebati
  • tuangkan air, garam dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga masak
  • boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak kacaukan nasi perlahan2 supaya ianya tidak pecah
  • hidangkan dengan lauk pauk yang lain

source: muna

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin