Pages

31 December 2007

Asam pedas ikan siakap masak peranakan

Bahan-bahan:
2 ekor ikan siakap - sederhana besar
10 keping kepah - dibiarkan kulitnya
1 cawan cili kisar
2 kuntum bunga kantan - dibelah 2
1 tin kecil nenas - yg telah dipotong kecil2
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
1/2 cawan air
gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
6 biji bawang merah
1/2 cm halia
1 keping hirisan lengkuas
3 biji buah keras
belacan sebesar ibu jari
1/2 inci kunyit hidup

cara:
  • lumurkan ikan siakap yg telah dibersihkan terlebih dahulu dengan garam dan tepung jagung. goreng sehingga garing. ketepikan
  • panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan bahan2 tumbuk sehingga wangi. masukkan cili kisar dan terus menumis sehingga terbit minyak
  • masukkan nenas bersama2 dengan sedikit air nenas (kalau guna nenas dlm tin) dan kacau sehingga sebati. tuangkan 1/2 cawan air dan masukkan jugak kepah. biarkan mendidih
  • setelah itu masukkan bunga kantan dan air asam jawa dan perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa
  • bolehlah dituangkan kuah ke atas ikan siakap tadi dan hidangkan dengan nasi panas

note: rasa kuah masam2 manis dengan campuran sedikit air nenas. boleh jugak digantikan nenas dengan bendi pada sapa2 yang tidak makan/suka nenas

source: mat gebu (diubah sedikit)

30 December 2007

Chocolate chips muffin

Bahan-bahan (12):
250gm tepung
2 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
2 camb serbuk koko
175gm gula kastor
200gm chocolate chips
250ml susu
90ml minyak sayur
1 biji telur - saiz besar
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 200C dan letakkan paper cases ke dalam muffin tray sebanyak 12 keping. ketepikan

2. ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam mixing bowl dan masukkan gula dan 150gm chocolate chips

3. sementara itu satukan susu, minyak, telur dan esen vanila ke dalam jug dan whiskkan sedikit. tuangkan ke dalam adunan tepung dan gaulkan sebati

4. setelah itu penuhkan 3/4 adunan ke dalam muffin cases tadi dan taburkan lebihan chocolate chips ke atasnya sebelum dibakar selama 20 min atau sehingga masak

29 December 2007

Nasi pilaf

Bahan-bahan:
2 kg beras basmati - dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam kemudian toskan airnya
375gm mentega
2 batang kulit kayu manis
4 biji bunga lawang
6 biji bunga cengkih
4 helai daun padan - disiat2kan & disimpul
3 biji bawang besar - dicincang halus
kismis & bawang goreng - utk ditaburkan di atas nasi
daun ketumbar & daun pudina - utk ditaburkan di atas nasi kalau tak ada pun tak ape
garam secukup rasa
air secukupnya

cara:

  • panaskan periuk non-stick dengan mentega
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. gaul rata
  • setelah itu masukkan bawang besar yang telah dicincang tadi dan gaul lagi sehingga wangi
  • masukkan beras dan gaul dengan menggunakan sudip kayu tapi kacau dengan perlahan2 supaya beras tidak patah
  • goreng sebentar beras tadi supaya ianya sebati dengan bahan2 tumisan. kacau dengan teknik pusingan jam supaya nasi akan menjadi berderai sebiji2 dan tidak melekat diantara satu dengan lain
  • setelah itu bolehlah dimasukkan air separas beras dan agak2lah macam masak nasi biasa
  • jangan lupa taburkan sedikit garam dan biarkan nasi sehingga benar2 masak
  • boleh jugak diubahkan ke dalam rice cooker
  • taburkan kisimis, daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng ke atas nasi dan hidangkan bersama2 lauk seperti ayam masak bali (lihat resepi disini)

source: k.nis

28 December 2007

Mayo tuna buns

Bahan-bahan (20 biji):
Doh:

300ml air sejuk
60gm mentega
10gm (1 1/2 camt) garam
1 biji telur
480gm tepung roti
120gm tepung gandum (all purpose flour)
20gm tepung susu
110gm gula
4 camt yis

Inti:
400gm flaked tuna/salmon/sardine/inti karipap/sambal ikan bilis
100gm (1/2 biji) bawang besar - cincang kalau nak lebihkan pun boleh
120gm (1/2 cawan) mayonis
1 camt jus lemon
secubit garam
secubit white/black pepper
1 biji telur - utk disapukan ke atas roti sebelum dibakar











cara:

  • untuk membuat inti: satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. simpan di dalam fridge terlebih dahulu sebelum hendak digunakan nanti
  • untuk membuat roti: masukkan ke semua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting. biarkan ianya di dalam BM selama 25 min sahaja bukan 1 1/2jam
  • setelah itu keluarkan doh dan letakkan di dalam mangkuk yang besar dan tutup. biarkan selama 50-60min sehingga doh naik dua kali ganda. letakkan mangkuk tadi di dalam oven dan setelah itu letakkan juga 2 cawan air panas di sebelah mangkuk tadi dan tutupkan oven. tidak perlu on kan oven
  • selepas itu keluarkan doh dan tumbukkannya untuk keluarkan angin. ulikan lagi doh dengan menggunakan tangan selama 1 min
  • bahagi2kan doh seberat 60gm bentukkan bulat atau triangle. biarkan doh rehat selama 10 min lagi
  • setelah itu bolehlah dicanaikan doh, isikan inti tuna tadi, tutupkan semula dan bentukkan menjadi bola
  • aturkan roti di atas baking tray yg telah digriskan dengan sedikit mentega dan tutupkan. biarkan roti tadi naik sekali lagi di dalam oven selama 45 min (ulangi kaedah meletakkan 2 cawan air panas)
  • sebelum dibakar bolehlah disapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit dan bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga keperangan
  • bolehlah dihidangkan untuk sarapan pagi & petang

note: waktu untuk membuat roti nie memang mengambil masa yang lama sekurang2nya 2 jam. roti memang lembut. jika hendak membuat hanya 1/2 adunan bolehlah gunakan telur yang bersaiz kecil

26 December 2007

Light chocolate mousse

Bahan-bahan (6):
1/2 cawan boiling water
2 camt gelatin
2 camb serbuk koko - kalau boleh ayakkan
4 biji telur - asingkan putih & kuning
1/3 cawan (75gm) gula kaster

cara:
  • satukan gelatin dan air panas ke dalam jug. kacau dengan menggunakan garpu supaya gelating benar2 larut
  • masukkan pula 1 1/2 camb serbuk koko dan kacau sebati dan ketepikan. biarkan sejuk pada suhu bilik dalam 10 min
  • sementara itu dengan menggunakan electric mixer pukul putih telur sehingga gebu cam terbentuknya tanduk
  • masukkan gula sedikit demi sedikit (1 camb) dan pukul lagi sehingga jadi macam krim/mayonis
  • setelah itu masukkan pula kuning telur satu persatu dan pukul lagi dengan kelajuan yang paling maximum
  • perlahan2 tuangkan gelatin tadi ke dalam adunan (pastikan ianya berada pada suhu bilik) dan pukul lagi sehingga ianya sebati
  • bolehlah dituangkan ke dalam remekin/cawan/gelas dan letakkan di dalam fridge sekurang2nya 4 jam sebelum dihidangkan. kalau nak cepat masukkan dalam freezer
  • taburkan lebihan serbuk koko di atas mousse atau boleh jugak diletakkan cream dan hidangkan

note: semasa memukul putih telur letakkan secubit cream of tartar supaya mousse akan jadi lebih gebu dan lembut. chocolate mousse nie senang dan very simple. rasa tidak terlalu manis sangat just nice dan sesuai untuk dihidangkan sebagai dessert

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin