Pages

1 July 2008

Mock bees sting bread


Bahan-bahan (8 biji size macam dalam gambar):
Bahan2 A:
250gm tepung roti
40gm gula aising
1/2 camt garam
1 camb tepung susu

Bahan2 B:
90ml air suam
1 biji telur
1 1/2 camt instant yeast

Bahan2 C:
40gm unsalted butter

Bahan2 untuk glazing:
1 biji telur - dipukul sedikit
raisins dan gula kastor

cara:

1. kalau ada bread maker masukkan kesemua bahan2 A, B dan C, lepas tu tekan button setting untuk dough tunggu sehingga siap
2. kalau guna mixer, masukkan bahan2 A dan pukul sehingga sebati. kemudian masukkan pula bahan2 B pukul lagi sehingga terbentuknya doh. akhir sekali masukkan bahan2 C pukul lagi sehingga doh menjadi elastik dan tidak melekat di tangan
3. kemudian keluarkan dari mixing bowl dan bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan balik ke dalam mixing bowl tadi yang telah digriskan terlebih dahulu. tutupkan dengan cling wrap atau tuala dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45 min ke 1 jam
4. setelah siap (kaedah bread maker dan mixer) keluarkan doh tadi letakkan ke atas pencanai dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin
5. selepas itu bahagikan doh untuk setiap satu ditimbang seberat 60gm dan bentukkannya menjadi bulat. susunkan ke atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu dan jarakkan di antara satu doh ke doh yang lain sebesar 1 atau 2 jari
6. setelah siap biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 min ke 1 jam
7. sapukan dengan telur yang telah dipukul terlebih dahulu dan taburkan raisins dengan menekankannya sedikit. kemudian taburkan pula gula kastor dan bakar pada suhu 190C selama 20 min
8. setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan roti sejuk di atas wire rack

note: kalau suka bentuk roti yang besar, doh yang telah siap ditumbuk2 tadi bolehlah dibahagikan dua dan bentukkan semula menjadi bentuk bulat yang besar

22 June 2008

Cranberry cupcakes


Bahan-bahan (12 biji bergantung pada size muffin cases):
110gm mentega
200gm gula kastor
200gm tepung gandum
1 camt baking powder
100gm dried cranberries
200ml plain yogurt
2 biji telur
1 camt esen vanila

cara:

1. panaskan oven pada suhu 175C. susunkan 12 muffin cases ke dalam muffin tray dan ketepikan
2. satukan yogurt dengan cranberries dan biarkan selama 30 min
3. sementara itu pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
4. masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
5. kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
6. setelah itu tuangkan campuran yogurt dan cranberries ke dalam adunan sambil dikacau rata
7. ayak tepung bersama2 dengan baking powder ke dalam adunan dan kaubalikkan supaya sebati
8. masukkan adunan ke dalam muffin cases dan bakar selama 20-25 min atau sehingga masak

Hot chocolate

Bahan-bahan (serve 4-6):
1/4 cawan serbuk koko kurang manis
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
3 cawan susu segar
1 cawan whipping cream atau 1 cawan susu segar
secubit garam
1/2 camt esen vanila
marshmallows - optional
parutan chocolate - optional

cara:
  • masukkan serbuk koko dan gula di dalam mangkuk tahan panas
  • kacau rata
  • setelah itu masukkan pula air panas dan kacau dengan menggunakan hand whisker dengan api yang perlahan
  • kemudian masukkan susu, whipping cream, garam dan kacau sehingga sebati dengan api sederhana panas
  • kacau sehingga wap keluar tetapi jangan sampai mendidih
  • tutupkan api dan masukkan esen vanila
  • kacau rata
  • untuk mendapatkan frothy pukul hot chocolate dengan mixer selama 1 min
  • tuangkan ke dalam mug dan masukkan marshmallows dan parutan chocolate kalau suka
  • hidangkan panas

21 June 2008

Custard raisins sweet bun


Bahan-bahan:
75gm tepung roti
75gm tepung kek
1 camt instant yeast
60gm susu segar
1/2 biji telur
30gm gula pasir
25gm mentega

Bahan2 custard:
1 camb custard powder
1/2 camb gula pasir
85gm susu segar
10gm mentega
1 camt esen vanila

20gm raisins / mixed fruits
1/2 biji telur - dipukul untuk sapuan atas roti

cara:

1. untuk custard: masukkan kesemua bahan2 custard ke dalam mangkuk tahan panas dan kacau dengan api perlahan sehingga pekat. tutupkan api dan biarkan sejuk. coverkan dengan cling film
2. masukkan semua bahan2 roti di dalam mixing bowl sehingga sebati. uli sehingga menjadi doh, elastik dan tidak melekat di tangan
3. boleh juga dipukul semua bahan dengan menggunakan mixer
4. setelah siap masukkan ke dalam mangkuk yang telah digris dan biarkan doh naik sehingga 2 kali ganda dalam 45 min ke 1 jam
5. atau kaedah lain masukkan semua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting doh. biarkan doh siap
6. setelah siap tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin dan biarkan doh rehat selama 15 min
7. kemudian canaikan doh menjadi oblong shape dan sapukan dengan custard, taburkan raisins. gulungkan seperti swiss roll dan potong ikut ketebalan masing2
8. susunkan ke atas pan yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi
9. sapukan bun dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau sehingga keperangan
10. setelah masak sapukan dengan mentega agar bun menjadi kilat

doh yang telah naik kali ke dua sebelum dibakar di dalam oven

doh yang telah di potong dan disusun di atas pan yang telah digris

doh yang telah digulung seperti swiss roll

doh yang telah dicanai dan disapu dengan custard dan raisins

16 June 2008

Beriani daging resepi II

Bahan-bahan:
1kg daging lembu atau kambing - dipotong ikut suka
1 sudu besar pes halia dan bawang putih
4 tangkai lada hijau - dikisar
4 tangkai lada merah - dikisar
1 cawan yogurt/tairu
150gm minyak sapi/minyak sayur/minyak jagung
4 sudu makan rempah beriani
1 tin kecil tomato paste atau puree
4 biji buah tomato - dihiris
1 cawan bawang goreng
1/2 cawan badam kisar - digaul sedikit dengan air supaya menjadi pes
4 cawan air
sedikit daun pudina dan daun ketumbar - dihiris
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 untuk ditumis:
3 labu bawang besar - dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

cara:

1. gaulkan daging dengan pes bawang putih, halia dan cili kisar. ketepikan selama 15 min
2. panaskan minyak, masukkan bahan2 untuk menumis. kacau sehingga bawang garing
3. kemudian masukkan daging dan gaul lagi supaya sebati
4. masukkan pula rempah beriani, tomato puree, daun pudina, daun ketumbar, buah tomato dan bawang goreng
5. tumis hingga bangkit baunya. tuangkan pula yogurt dan air, tutup periuk dan biarkan sehingga daing empuk sambil dikacau sekali sekala
6. bila kuahnya tinggal separuh sahaja, kecilkan api dan masak sehingga kuahnya pekat
7. akhir sekali masukkan badam, garam dan gula secukup rasa. masak lagi hingga mendapat kepekatan yang diinginkan dan sehingga daging betul2 empuk
8. bolehlah dihidangkan bersama2 dengan nasi beriani atau nasi tomato
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin