Pages

28 July 2009

Spicy baked chicken

Bahan-bahan:
6 keping chicken breast atau chicken leg atau ikut suka masing2
daun kari
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu kecil serbuk kari
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chicken stock granules
garam dan gula secukupnya
2 sudu besar minyak masak

Bahan2 kisar:
3 batang serai
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

cara:
  • satukan kesemua bahan dengan ayam dan perapkan selama 4-5 jam atau semalaman
  • kemudian bakar pada suhu 180C selama 20-30 min
  • pastikan terbalikkan ayam sekali supaya masak ianya masak sekata
  • hidangkan dengan nasi lemak atau nasi putih

source: muna - diubah sedikit

Marble butter cake

Bahan-bahan:
100gm butter - pada suhu bilik
80gm gula kastor
1/4 camt garam
1/2 camt esen vanila
2 biji telur - pada suhu bilik
2 camb susu segar
100gm tepung kek
30gm tepung jagung
1 camt baking powder

10gm serbuk koko
5gm gula aising
2 camb susu segar

cara:
  • griskan loaf pan bersaiz 17cm x 6.5cm dan ketepikan
  • ayakkan tepung kek, tepung jagung dan baking powder. ketepikan
  • setelah itu ayakkan pula serbuk koko dan gula aising
  • kemudian masukkan 2 camb susu segar dan kacaukan sehingga sebati. ketepikan
  • pukul mentega, gula, esen vanila dan garam sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sehingga sebati
  • tuangkan 2 camb susu segar dan pukul lagi sehingga rata
  • setelah itu masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dipukul pada kelajuan yang rendah sehingga sebati
  • kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian biarkan pada warna asal dan satu lagi di campurkan dengan campuran serbuk koko tadi
  • tuangkan kedua2 adunan ke dalam loaf pan berselang seli
  • ambil chopstick dan bentukkan menjadi marble
  • hentakkan sedikit loaf pan untuk mengeluarkan angin yang berlebihan
  • kemudian bakar pada suhu 170C selama 40-50 min atau sehingga masak
  • setelah itu keluarkan dari oven dan biarkan sehingga sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: florence - diubah sedikit

26 July 2009

Kuih lapis cendol

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
1 1/2 cawan (170gm) tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan (115gm) gula pasir
3 cawan santan
1 sudu kecil garam

1/2 cawan air gula merah - larutkan 1/2 cawan air panas dengan 3 sudu besar gula merah atau masakkan sehingga gula merah cair

1 cawan cendol
1/2 cawan air

cara:
  • panaskan kukusan terlebih dahulu dan pastikan penutup dilapik dengan aluminium foil atau kain supaya air tidak menitik ke atas kuih
  • sapukan sedikit minyak ke dalam loyang dan ketepikan
  • gaulkan semua bahan2 A dan tapiskan
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • masukkan air gula merah ke dalam satu bahagian adunan dan biarkan warna asal ke dalam satu bahagian
  • tambahkan cendol dan 1/2 cawan air ke dalam adunan warna asal supaya kecairannya sama dengan adunan gula merah tadi
  • bahagikan setiap adunan sama banyak
  • jadikan adunan gula merah 2 bekas dan adunan cendol 2 bekas
  • tuangkan 1 bekas adunan cendol ke dalam loyang dan kukuskan selama 5-8 min
  • kemudian tuangkan pula 1 bekas adunan warna asal dan kukus lagi selama 5-8 min
  • lakukan sehingga habis
  • untuk lapisan terakhir kukuskan selama 10 min
  • setelah masak keluarkan dari kukus dan biarkan betul2 sejuk barulah dipotong dan dihidangkan

source: k.hanieliza

Sweet potato buns

Bahan-bahan (12 biji):
300gm tepung roti
2 camt instant yeast
1/4 camb susu tepung
1/4 camt garam
70gm gula kastor
60gm sweet potato (keledek) lecek (direbus dahulu)
1/2 biji telur - dipukul sedikit
135ml air sejuk
30gm mentega atau unsalted butter

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas telur

Bahan2 untuk custard cream:
1 camb tepung gandum
1 camb tepung custard atau tepung jagung
4 camb gula kastor atau gula pasir
1 cawan (250ml) susu segar
1 biji telur atau 2 biji kuning telur
secubit garam
1 camb mentega

cara:
  • masukkan semua bahan2 untuk doh ke dalam bread maker dan tekankan untuk setting doh
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
  • setelah itu keluarkan doh tadi dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • kemudian bentukkan semula doh tadi menjadi bulat besar dan rehatkan selama 10 min
  • bahagikan doh kepada 12 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • bentukkan setiap doh menjadi bulat kecil dan susunkan ke atas loyang yang telah digriskan dengan mentega
  • setelah siap bolehlah dibiarkan doh naik sekali lagi selama 45 min atau 1 jam
  • jika berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi ke dalam oven tanpa perlu ON kan
  • apitkan kiri kanan/atas loyang tadi dengan dua cawan air panas untuk mempercepatkan proses penaikkan doh
  • sementara menunggu doh naik bolehlah dibuat custard cream: bancuh tepung, gula dan garam dengan menuangkan susu sedikit demi sedikit
  • teruskan membancuh supaya tidak berketul
  • masukkan telur dan kacaukan sebati
  • masak di atas api sederhana panas sehingga likat
  • pastikan adunan sentiasa dikacau supaya tidak berketul
  • apabila sudah likat angkat dari api dan masukkan mentega
  • kacau rata dan sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam piping bag
  • apabila doh sudah naik bolehlah disapukan dengan telur dan pipekan dengan custard cream
  • bakar pada suhu 180C selama 20 min atau sehingga masak dan keperangan

source: onigiri, myr (tukar potato kepada sweet potato)

21 July 2009

Maple syrup chiffon cake


Bahan-bahan:
3 biji telur kuning
35gm minyak jagung
1/4 camt garam
65gm maple syrup
30gm susu segar
90gm tepung kek
1/8 camt baking powder

3 biji putih telur
35gm gula kastor
1/4 camt cream of tartar

cara:
  • ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder dan garam
  • ketepikan
  • kemudian dengan menggunakan hand whisker pukul kuning telur dengan maple syrup sehingga sebati
  • masukkan pula minyak dan susu dan pukul lagi sehingga sebati
  • kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau rata
  • ketepikan
  • di dalam mangkuk adunan yang lain pukul putih telur bersama2 dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul lagi sehingga gebu dan kembang (pastikan apabila adunan di angkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh kerana proses ini penting untuk mendapatkan chiffon kek yang lembut dan ringan)
  • kemudian kaupbalikkan 1/4 adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi sehingga sebati
  • lakukan sehingga habis sebanyak 3 peringkat
  • setelah itu bolehlah tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 18cm (tidak perlu digris) dan hentakkan sedikit supaya keluarkan lebihan angin
  • bakar pada suhu 175C selama 35-40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang
    potong dan hidangkan sebagai minuman petang

note: petua untuk mendapatkan chiffon kek yang cantik jangan digris atau dilapik tin kek. cukup sekadar dilap dengan kain bersih. dasar dan dinding acuan yang tidak bergris akan membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik. chiffon kek yang cantik akan menghasilkan kek yang gebu dan berongga

source: happy flour

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin