Pages

Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

22 August 2010

Cendol resepi III

Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1/4 sudu kecil kapur + air = air kapur pekat
10-12 helai daun pandan - kalau stok tak banyak bolehlah dicampurkan dengan sedikit paste pandan dan pewarna hijau
3 cawan air
secubit garam

cara:


  • kisar daun pandan dengan 2 cawan air sehingga halus
  • kemudian tapiskan dan ambil jusnya
  • ketepikan
  • satukan kesemua tepung, air kapur, garam, 1 cawan air ke dalam mangkuk dan tuangkan jus air pandan sedikit demi sedikit sambil dikacau sehingga sebati dan tidak berbentil-bentil
  • tapiskan adunan ke dalam periuk tahan panas (non-stick pan)
  • masaklah dengan api sederhana panas sehingga berkilat/likat dan tidak melekat di periuk
  • pastikan adunan dikacau selalu supaya ianya sekata masaknya
  • setelah siap padamkan api
  • sediakan mangkuk besar berisi dengan ais dan air sejuk
  • masukkan adunan ke dalam acuan muruku dan tekankan terus ke dalam air tadi
  • lakukan sehingga habis
  • biarkan ianya menjadi betul-betul keras di dalam air tersebut
  • jika hendak disimpan di dalam fridge pastikan cendol tadi di simpan bersama air

note: apabila adunan sudah masak/siap cepat-cepat masukkan ke dalam acuan dan tekankan terus ke dalam air sejuk. jangan biarkan adunan menjadi sejuk kerana jika ditekankan ke dalam acuan adunan tadi akan menjadi lembik dan terburai ke dalam air dan tidak menjadi keras

source: jurnal resepibdaria (cara telah diubahkan sedikit)

2 February 2010

Chocolate sexy banana

Bahan-bahan (3-4 orang):
3-4 biji pisang yang manis
3-4 sudu besar susu pekat manis (condensed milk)
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar chocolate chips
4 cawan ketulan ais

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam pengisar minuman
  • kisar sehingga ketulan ais hancur
  • tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan

source: cikmanis, myr

18 May 2009

Air susu longan

Bahan-bahan (1 orang):
60ml air longan
5 biji isi longan
30ml susu segar
beberapa ketul ais

cara:
  • masukkan jus longan dan isi longan ke dalam gelas
  • tuangkan susu segar
  • kacau sehingga sebati
  • masukkan ketulan ais dan bolehlah diminum

source: majalah saji

22 June 2008

Hot chocolate

Bahan-bahan (serve 4-6):
1/4 cawan serbuk koko kurang manis
1/3 cawan gula pasir
1/3 cawan air panas
3 cawan susu segar
1 cawan whipping cream atau 1 cawan susu segar
secubit garam
1/2 camt esen vanila
marshmallows - optional
parutan chocolate - optional

cara:
  • masukkan serbuk koko dan gula di dalam mangkuk tahan panas
  • kacau rata
  • setelah itu masukkan pula air panas dan kacau dengan menggunakan hand whisker dengan api yang perlahan
  • kemudian masukkan susu, whipping cream, garam dan kacau sehingga sebati dengan api sederhana panas
  • kacau sehingga wap keluar tetapi jangan sampai mendidih
  • tutupkan api dan masukkan esen vanila
  • kacau rata
  • untuk mendapatkan frothy pukul hot chocolate dengan mixer selama 1 min
  • tuangkan ke dalam mug dan masukkan marshmallows dan parutan chocolate kalau suka
  • hidangkan panas

1 June 2008

Strawberry milkshake

Bahan-bahan (3 gelas besar):
1 cawan fresh strawberries
2 camb gula pasir
1 1/2 cawan susu segar yang sejuk
1 pint ice-cream perasa vanila atau strawberry
2 camb strawberry syrup - optional
1 - 2 biji pisang - optional

cara:
  • masukkan strawberry yang telah dicuci, dibuangkan tangkai dan ditoskan ke dalam blender bersama2 dengan gula, susu dan ice-cream
  • blend semua bahan sehingga hancur dan creamy
  • tuangkan ke dalam gelas dan hidangkan
  • jika suka bolehlah dituangkan sedikit strawberry syrup
  • untuk mendapatkan milkshake yang pekat dan tastier bolehlah dimasukkan 1-2 biji pisang dan blendkan dengan bahan2 yang lain (cara no. 1)

note: rasanya lebih sedap dari beli kat McD

source: diana dessert

27 February 2008

Teh tarik



Bahan-bahan:
serbuk teh wangi

susu pekat (condensed milk)
susu segar (fresh milk)
air panas mendidih
sedikit garam
penapis teh - seperti di dalam gambar


cara:
  • rendamkan sudu di dalam air panas bercampur dengan sedikit garam
  • masukkan serbuk teh di dalam bekas tapis teh dan rendamkan dengan air panas mendidih dalam lebih kurang 5 min untuk mendapakan kepekatan teh
  • boleh juga di masakkan teh tadi dengan dicampurkan dengan air dan biarkan ianya mengelegak dan tapiskan tehnya
  • sementara itu di dalam bekas air tuangkan sedikit susu segar dan campurkan dengan susu pekat
  • ini bergantung pada kemanisan atau kurang manisnya teh yang dikehendaki
  • tuangkan sedikit air panas mendidih dan kacaukan supaya susu larut bersama2 dengan air
  • setelah itu campurkan rendaman teh tadi ke dalam bekas air yang bercampur dengan susu dan kacaukan dengan menggunakan sudu yang telah direndamkan tadi
  • bolehlah di tuangkan ke dalam cawan sambil ditarik untuk mendapatkan buih

25 December 2007

The best hot chocolate

Bahan-bahan (2 org):
1 pint susu segar
2 camb the best hot chocolate powder - boleh jugak digantikan dengan cappuccino
mashmallows secukupnya

cara:
  • tuangkan susu ke dalam mangkuk tahan panas
  • kacau susu sehingga naik wap jangan sampai mendidih
  • sementara itu masukkan chocolate powder ke dalam mugs dan tuangkan susu panas tadi ke dalamnya
  • kacau sehingga chocolate powder tadi larut dan sebati
  • setelah itu masukkan beberapa mashmallows ke dalam mugs tadi
  • apabila ke semua bahan telah sebati tuangkan ke dalam jug atau tupperware yang ada penutup dan goncangkan selama 1 min
  • setelah itu bolehlah dituangkan ke dalam mugs dan taburkan sedikit chocolate powder ke atasnya
  • hidangkan panas-panas

22 September 2007

Cendol resepi II

Bahan-bahan:
60gm tepung kacang hijau
1 sudu kecil pandan paste
300ml air

cara:
lihat disini

Bahan2 sampingan:
Pulut - dimasak dengan santan yg telah dicampurkan dengan garam hingga masak
Kacang merah - direbus hingga lembut tapi kalau beli yg dlm tin tak payah rebus
Air gula merah
Santan - dicampurkan dengan sedikit garam
















source: lydia

28 August 2007

Len chee kang panas

Bahan-bahan:
40g gula melaka
50g gula kastor
40g biji teratai (lotus seed) - direndam dlm air
10 keping longan kering - dibilas
10 keping bunga lili kering - direndam dlm air
1 camb biji selasih - kalau ada lagi meriah
1 camb biji sagu - dibasuh & ditoskan
2 camb biji barli - dibasuh & ditoskan
kacang goreng atau almond
fungus putih - rendam hingga kembang dan potong kecil2
laici
600 - 700ml air
1 camt esen ros

cara:
  • masak gula melaka, gula kaster dan air hingga gula larut
  • masukkan biji teratai, longan kering, bunga lili kering, biji selasih, sagu dan barli
  • biar mendidih hingga biji teratai dan bunga lili lembut
  • masukkan kacang, laici dan fungus putih
  • masukkan esen ros dan kacau sebati
  • biar campuran sejuk sebelum dihidangkan dengan bahan lain jika suka

note: boleh juga di letakkan telur burung puyuh ikut selera masing-masing

source: puan norzailina nordin

27 August 2007

Air soya

Bahan-bahan (1 family besar kot):
1 kg kacang soya
















8-10 liter air
beberapa helai daun pandan
hirisan halia - jika suka

cara:

  • bersihkan dan rendam kacang soya selama semalaman















  • buangkan kulitnya dan toskan














  • kisar menggunakan air tadi, sedikit demi sedikit. tapiskan hampas kacang dengan kain maslin
  • bubuh ke dlm periuk yg cukup besar, masukkan daun pandan dan hirisan halia. kacau selalu hingga mendidih
  • jangan dibiarkan kerana ia mudah hangit. campurkan dengan air gula sebelum disajikan samada sejuk atau panas
note: untuk tahan lama
  • masak hingga betul2 mendidih. api jgn terlalu kuat
  • sejukkan air soya pada suhu bilik tanpa sebarang perasa dan simpan didlm fridge
  • pastikan air soya tidak disentuh dengan tangan atau benda asing sebelum disimpan

source: puan norzailina nordin

20 August 2007

Cendol resepi I


Bahan-bahan untuk membuat air cendol:
Bahan-bahan:
Cendol
santan dicampurkan sedikit garam

Bahan air gula:
300g gula melaka - dicincang
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpul

cara:

  • untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut
  • biar sejuk
  • cara menghidangnya: letak cendol di dalam gelas
  • tambah kiub ais
  • tuangkan santan bercampur garam dan air gula
  • sedia dihidangkan
Bahan-bahan (4-5 orang):
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  • kacau selalu supaya tidak hangit
  • sediakan bekas yang berisi air sejuk
  • masukkan cendol ke dalam acuan muruku atau pada sapa2 yg tak ada boleh ler gunakan sudip seperti ini dan tekan ke dalam air sejuk
  • simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais

source: siti mariam, myr

30 June 2007

Iced nestlo de coco


Bahan-bahan (2 gelas):
60ml susu segar
30ml sirap gula
2 sudu teh serbuk nescafe
2 susu teh milo
Krim
Ais

cara:
  • masukkan susu ke dlm pengisar dan kisar seketika
  • kemudian masukkan serbuk nescafe, milo dan sirap gula
  • campurkan kiub ais dan kisar lagi
  • kemudian masukkan adunan minuman ke dlm gelas dan letakkan krim diatasnya
  • sedia dihidangkan

source: majalah rasa

1 June 2007

Root beer float


Bahan-bahan:
1 tin air rootbeer
Ais
Ice cream - any flavour

cara:
  • tuangkan air rootbeer ke dalam gelas
  • masukkan beberapa scoop ice cream
  • letakkan beberapa ketul ais

source: nona haryati, myr

18 May 2007

Watermelon juice


Bahan-bahan:
Tembikai
Air gula
Ais

cara:

  • tembikai di potong kulit dan potong kecil2 dan diletakkan dlm blender
  • tuangkan sedikit air gula dan beberapa ketul ais
  • blend kesemua bahan dan tuangkan ke dalam gelas
  • sedia dihidangkan

12 May 2007

Ice cream mousse


Bahan-bahan:
90ml susu segar
3 sudu makan ice cream strawberry
Ais

cara:
  • campurkan susu dan ice cream ke dalam blender
  • kemudian campurkan ais dan blend sehingga lembut dan sebati
  • masukkan ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin