Pages

20 August 2007

Cendol resepi I


Bahan-bahan untuk membuat air cendol:
Bahan-bahan:
Cendol
santan dicampurkan sedikit garam

Bahan air gula:
300g gula melaka - dicincang
100g gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan - disimpul

cara:

  • untuk membuat air gula, jerang semua bahan hingga gula larut
  • biar sejuk
  • cara menghidangnya: letak cendol di dalam gelas
  • tambah kiub ais
  • tuangkan santan bercampur garam dan air gula
  • sedia dihidangkan
Bahan-bahan (4-5 orang):
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan air pandan
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil air kapur
  • sedikit pewarna hijau (option)

cara:

  • masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga kental dan berkilat
  • kacau selalu supaya tidak hangit
  • sediakan bekas yang berisi air sejuk
  • masukkan cendol ke dalam acuan muruku atau pada sapa2 yg tak ada boleh ler gunakan sudip seperti ini dan tekan ke dalam air sejuk
  • simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais

source: siti mariam, myr

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin