Pages

25 August 2007

Sotong goreng tepung

Bahan-bahan (1 family tak kire ler besar, sederhana atau kecil yg penting makan sefamily):
500g sotong - mesti ler dicuci kasi bersih2
300g tepung gandum
3 camb tepung jagung
2 biji telur putih - dipukul kental (meringue)
230-250ml air
garam secukupnya
minyak utk menggoreng

cara:
  • kukus sotong yg sudah dipotong hingga separuh masak (keluar airnya) tujuannya supaya bila kita menggoreng sotong minyak tidak meletup
  • lap kering dengan kitchen towel
  • ayak tepung gandum dan tepung jagung ke dalam mangkuk
  • tuangkan air dan garam, kacau sebati
  • kaupbalikkan putih telur rata-rata
  • panaskan minyak, celup sotong ke dalam adunan tadi kemudian goreng hingga keemasan (minyak hendaklah banyak supaya sotong tidak lekat di dasar kuali iaitu deep frying)
note: sotong boleh jugak digantikan dengan udang atau filet ikan. kalau gunakan udang dan ikan tidak perlu dikukus dahulu cuma bersihkan dan dilap kering2 dengan kitchen towel. ada paham murid2 kalau tak reti gak gi ler masuk balik ke sekolah tadika ahak ahak that's the way ahak ahak lagu peberet k.nis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin