Pages

21 August 2007

Talam keladi resepi I

Bahan-bahan (satu loyang size 22sm)
Bahan lapisan bawah:
300gm keladi - dikiub kecil & dikukus separuh empuk














110gm tepung beras
90gm gula pasir
600ml santan - dari 1 biji kelapa
1 sudu teh garam

Bahan lapisan atas:
200gm gula merah
150gm tepung gandum
50gm tepung beras
40gm gula pasir
25gm tepun gjagung
700ml santan - dari 1 biji kelapa
500ml air
1 sudu makan air kapur pekat
1 sudu teh garam

cara:
  • lapisan bawah: satukan tepung beras, gula, santan dan garam. kacau atas api perlahan hingga naik wap. angkat dan campurkan dengan keladi
  • tuang ke dalam loyang berukuran 22sm yg sudah dilengser minyak. kukus selama 12-15 min atau sehingga lapisan itu masak
  • lapisan atas: jerang gula merah, gula pasir dan air hingga mendidih. tapiskan dan biar sejuk
  • kemudian ayak semua jenis tepung dan garam ke dalam mangkuk. tuangkan air gula merah, santan dan air kapur. kacau hingga sebati
  • bila lapisan bawah masak, tuangkan 1/4 adunan lapisan atas dan kukus selama 10-15 min
  • tuangkan lagi 1/4 adunan lapisan atas dan kukus semula. ulang hingga habis semua adunan
  • untuk lapisan akhir, kukus selama 25 min supaya masaknya sempurna


note: saya tak ikut resepi asal sbb terus je tuangkan semua lapisan atas sbb keje maleh nak nunggu ahak ahaak lepas tu nak jadi creative saya urai2kan lapisan atas kasi cam bercorak sikit. yo lah asyik2 nak licin je cam pakai krim penegang sekali sekala nak gak ubah pattern

3 comments:

MyPeriukBelanga said...

eden tau kenapa ekau urai2kan dia sbb tanak nmpk kedut cam eden punyo kan? ahak ahakdara tumpang lalu ya pak!

noreen said...

tipah tertipu ahak ahak bukanlah k.nis mmg reen saja je buat cam gitu sbb bosan nengok topping tu cam kapal terbang landing

noreen said...
This comment has been removed by the author.
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin