Pages

31 July 2008

Ayam masak rendang berlada

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong sederhana besar
500ml santan
4 helai daun limau purut - dihiris halus
2 helai daun kunyit - dihiris halus atau disimpulkan
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
20 tangkai lada kering
10 ulas bawang kecil
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
4 batang serai

cara:

1. panaskan minyak, kemudian tumiskan bahan2 kisar sehingga garing
2. masukkan ayam, santan dan garam secukup rasa
3. gaul ayam dengan bahan tumisan tadi sehingga sebati. biarkan ianya mendidih sehingga ayamnya betul2 masak
4. akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut. gaulkan rata
5. taburkan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama2 dengan nasi putih

Raisins buns

Bahan-bahan (10 biji):
250gm tepung roti
5gm (1 1/2 camt) instant yeast
50gm gula pasir
3gm garam
35gm kuning telur (2 biji)
8gm tepung susu
25gm unsalted butter
137gm air
112gm raisins

olive oil - untuk sapuan atas roti
gula pasir - untuk taburan atas roti

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali raisins ke dalam bread machine dan tekankan untuk setting dough. biarkan selama 10 min barulah dimasukkan raisins dan tunggu sehingga siap
2. keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin. bentukkan doh menjadi bulat dan rehatkan selama 15 min (proses ini memang penting untuk setiap roti supaya senang untuk dicanaikan)
3. setelah itu bahagikan2 doh kepada 60gm setiap satu dan bentukkan semula menjadi bola
4. susunkan ke atas baking tray dan potongkan seperti gambar dibawah
5. kemudian biarkan ianya naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam (pada yang tinggal di negara 4 musim bolehlah di letakkan di dalam oven tanpa on kan dan letakkan dua gelas air panas. tutupkan pintu oven dan biarkan ianya naik dalam 45min ke 1 jam)
6. taburkan gula pasir ke atas setiap buns dan bakar bakar pada suhu 200C (bergantung pada oven masing2) selama 5 min. kemudian turunkan suhu oven pada 190C selama 10 min atau sehingga keperangan
7. keluarkan dan sapukan permukaan bun dengan olive oil (olive oil digunakan supaya permukaan roti sentiasa lembut untuk beberapa hari)

29 July 2008

Lasagne resepi I

Bahan-bahan (3-4 org):
Lasagne sheets - penggunaan ikut size caserole dish yang akan digunakan
Parutan mozarella cheese secukupnya
Parutan cheddar cheese secukupnya

Bahan2 inti daging/ayam:
450gm daging/ayam kisar
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 camb cili kisar
2 helai bay leaf - fresh atau dried sekadar untuk mendapatkan bau
1 camt serbuk lada hitam
1 tin crushed tomato
1 camb rempah kari daging
2 camb tomato puree
1 tin cendawan butang atau fresh - dihiris nipis
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
3 ulas bawang putih
1cm halia

Bahan2 utk white sauce:
600ml susu segar
3 camb tepung gandum
1/2 camt serbuk lada hitam
secubit garam

cara:

1. panaskan air mendidih, campurkan 1 camt minyak dan celurkan kepingan lasagne sehingga lembut (atau ikut peraturan pada packaging cara2 untuk merebus). angkat dan susunkan sekeping2 di atas baking tray yang telah digriskan terlebih dahulu supaya lasagne tidak melekat. jangan ditindihkan diantara satu sama lain kerana ianya akan melekat
2. inti: panaskan kuali, tumiskan bahan2 tumbuk, tomato puree dan cili kisar sehingga wangi. masukkan pula rempah kari, bawang besar, bay leaf dan gaulkan sebati
3. setelah itu masukkan pula daging cincang dan kacau sehingga daging berubah warna. kemudian masukkan crushed tomato, cendawan butang dan serbuk lada hitam. masak sehingga mendidih
4. masukkan garam dan gula secukup rasa. masak sehingga daging empuk dan kuahnya sedikit kering. dah masak angkat dan ketepikan
5. white sauce: masukkan susu, serbuk lada hitam, garam dan tepung ke dalam mangkuk tahan panas dan kacaukan dengan menggunakan whisk dengan api perlahan sehingga kuah menjadi pekat
6. cara2 penyediaan lasagne: griskan dahulu caserole dish supaya selepas masak senang untuk dikeluarkan. letakkan beberapa sudu inti daging ke dalam caserole dish dan ratakan. kemudian tutupkan dengan sekeping lasagna sheet dan taburkan parutan cheddar cheese. tuangkan white sauce di atasnya dan letakkan sekeping lagi lasagna sheet. ulangi proses ini sehingga beberapa lapis dan akhir sekali letakkan inti daging dan taburkan dengan parutan mozarella cheese
7. bakar pada suhu 175C selama 30-35 min

source: mat gebu

27 July 2008

Green chicken curry

Bahan-bahan:
2 camb minyak masak
2 camb green curry paste
3 cawan santan
4 helai daun limau purut - dihiris
2 biji cili merah - dihiris
1 1/2 camb sos ikan
2 camt gula
500gm ayam
1 biji terung - dipotong bulat
2 camb basil leaves

cara:

1. panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan curry paste sehingga wangi dalam satu minit
2. kemudian masukkan santan, limau purut, cili, sos ikan dan gula. kacau sebati
3. biarkan sehingga mendidih barulah dimasukkan ayam dan terung
4. biarkan sehingga ayam empuk
5. akhir sekali taburkan basil leaves dan gaul rata
6. hidangkan dengan nasi putih

26 July 2008

How to Buy and Store Chicken

Look for plump birds with smooth, unblemished skin, in secure packaging. When buying birds that are not packaged, buy them from a clean and reputable shop. Do not accept a bird that has changed color or has an unpleasant odor.

It should look slightly pink rather than grey, and it should be slightly warm if it has just been slaughtered. Chicken is highly perishable. Always check the ‘sell-by’ date on the package label.

When buying chicken don’t plan to go anywhere after that – go home directly and refrigerated the chicken immediately. Never leave it in your car for more than 1 hour except in an ice chest.

Chicken is difficult to keep fresh in a home refrigerator, so if you do not plan to cook it within two days of purchase it is wise to freeze it. Promptly discard raw chicken if there is even a hint of an odor.

Rubbing plain (all purpose) flour or lime juice on chicken that has begun to spoil will never make it safe to eat. After handling raw chicken, be sure to wash your hands, countertops, cutting board and knives in hot, soapy water.

25 July 2008

Cinnamon raisins bread


Bahan-bahan (1 loaf):
250gm tepung roti
3gm (1 camt) instant yeast
25gm gula pasir
4gm garam
5gm tepung susu
25gm telur size kecil
13gm shortening
168gm air
100gm raisins/mixed fruits

Bahan2 digaul sebati:
4gm serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)
20gm gula pasir

olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:

1. masukkan semua bahan2 ke dalam bread machine kecuali raisins/mixed fruits dan tekankan setting untuk doh. selepas 10 mins barulah dimasukkan 10 min dan biarkan lagi 10 min
2. taburkan tepung atas papan canai dan keluarkan doh dari bread machine. taburkan tepung ke atas tangan dan canaikan doh (gambar A) dan lipatkan dua (gambar B& C). lipatkan sekali lagi (gambar D&E)
3. kemudian letakkan ke dalam mixing bowl yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 45min ke 1 jam
4. keluarkan dan tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin. bentukkan menjadi bulat (gambar A&B) dan biarkan doh rehat selama 15 min
5. canaikan doh seperti gambar A dan taburkan cinnamon powder yang telah digaul sebati dengan gula (gambar B)
6. setelah itu gulungkan doh seperti swiss roll dan letakkan ke dalam loaf pan yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi selama 45min ke 1 jam
7. bakar pada suhu 190C selama 25 min
8. setelah masak keluarkan dari loaf pan. untuk pastikan roti masak ketuk2kan bahagian bawah roti. kalau ada bunyi bermakna roti sudah masak
9. sapukan olive oil ke atas permukaan roti supaya permukaan roti sentiasa lembut
10. biarkan sejuk barulah dipotong dan simpan di dalam bekas kedap udara

Masalah baking

Masalah yang sering dihadapi:

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu diingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi.

Jangan sekali menggunakan cawan kopi atau cawan tetapi gunalah cawan sukatan metrik dan janganlah menggunakan camca teh atau camca makan di rumah tetapi gunalah camca sukatan.

Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengah-tengahnya.

Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

Kek terlalu lembab dan leper:
- terlampau banyak cecair
- bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya
- lemak dan gula tidak dipukul secukupnya
- adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus

Kek merekah di atas:
- ketuhar terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah-tengah ketuhar
- kekurangan cecair
- acuan tin terlalu kecil

Kek yang mendap di tengahnya:
- ukuran acuan tin tidak betul
- sukatan bahan tidak tepat
- ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat
- pintu ketuhar dibuka terlalu awal

23 July 2008

Hot dog rolls


Bahan-bahan (8 biji):
160gm tepung roti
40gm wheat flour
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
26gm gula pasir
3gm garam
6gm tepung susu
20gm telur
20gm mentega
106gm air

8 biji sosej
breadcrumb
olive oil - untuk sapuan
telur - dipukul sedikit

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting untuk doh. tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam
2. bila dah siap keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin
3. setelah itu bahagikan doh kepada 8 biji (50gm setiap satu) dan bentukkan bulat. rehatkan doh selama 15 min
4. kemudian ambil satu doh dan canaikan (gambar A & B) menjadi bentuk sosej sepanjang 40cm
5. lilitkan doh pada sosej (gambar C, D, E & F) dan lakukan sehingga habis
6. sapukan telur keseluruhan sosej yang telah dilit dengan doh (gambar G) dan gelekkan ke atas breadcrumb (gambar H & I)
7. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan doh naik dua kali ganda selama 45 min - 1 jam
8. bakar pada suhu 180-190C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
9. keluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil jika suka supaya roti sentiasa lembut

20 July 2008

Mee udang tomato


Bahan-bahan (3 orang):
300gm mee kuning - dicuci dan celur selama 30 saat
2 biji tauhu - digoreng dan dihiris
taugeh - dicelur sekejap
bawang goreng
hirisan daun sup/daun bawang
300gm udang sederhana besar
3 biji ubi kentang (250gm) - direbus dan dilecek
1 camb gula perang
1-2 ketul kiub ayam atau 1 liter stok ayam
1 1/2 camb cili kisar
4 biji telur
garam secukup rasa

Bahan2 sos:
3/4 cawan sos tomato
2 camb sos cili
1 camb sos tiram

Bahan2 kisar:
1 biji bawang besar size besar
10 ekor udang - rendamkan sekejap ke dalam air panas dan toskan
3 ulas bawang putih
1 hirisan nipis halia

cara:
  • panaskan minyak, tumis bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan cili kisar dan masak sehingga terbit minyak
  • kemudian masukkan pula bahan2 sos, gaul rata
  • tuangkan air dan masukkan kiub ayam (kalau guna stok tak perlu kiub), kacau rata dan biarkan sehingga mendidih
  • masukkan pula kentang lecek, gula dan garam secukup rasa. kacau dan biarkan mendidih
  • perlahankan api dan pecahkan telur satu persatu sehingga telur masak dan timbul
  • masukkan udang dan biarkan masak sehingga 2-3 min lagi. kepekatan kuah bergantung pada diri sendiri jika nak cair atau pekat
  • cara dihidangkan: isi mee secukupnya, letak taugeh, tauhu goreng dan kuah bersama2 dengan telur
  • sebelum dihidangkan taburkan bawang goreng dan daun bawang
  • makan panas2

source: mat gebu

Banana chiffon cake

Bahan-bahan:
3 biji telur kuning
25gm gula kastor
1/8 camt garam
30ml cooking oil
85gm pisang yang telah dilecek dari 2 biji size sederhana
1/4 camt banana essence (kalau tak ada boleh guna esen vanila)
55gm tepung gandum
1/8 camt soda bikarbonat

3 biji telur putih
1/4 camt cream of tartar
50gm gula kastor

cara:

1. panaskan oven pada suhu 170C. griskan tin kek berukuran 16cm atau 18cm (6 atau 8 inci) dan ketepikan
2. mula2 ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat, ketepikan
3. pukul telur kuning bersama2 dengan gula sehingga sebati. kemudian masukkan pula garam, minyak, banana essence dan pisang. pukul sehingga sebati
4. masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam adunan dan gaulkan dengan spatula sehingga rata
5. di dalam mangkuk yang lain pukul telur putih bersama2 dengan cream of tartar sehingga sebati. masukkan pula gula sedikit demi sedikit sebanyak 3 kali sambil dipukul sehingga gebu dan kembang
6. kaupbalikkan adunan putih telur ke dalam adunan pisang tadi sambil di kacau sehingga sebati
7. kemudian tuangkan adunan ke dalam tin dan hentakkan sedikit sebelum dibakar selama 25 - 30 min atau sehingga masak
8. keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sebelum dipotong

19 July 2008

Buns with assorted fillings




Bahan-bahan:
240gm tepung roti
30gm tepung kek
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
40gm gula pasir
1/8 camt garam
30gm unsalted butter
170gm dari 1 biji telur + susu segar/air

sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti supaya permukaan roti sentiasa lembut

filling:
inti kacang merah
inti black sesame
inti daging
inti kastard

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 ke dalam bread machine dan tekan setting untuk doh. tunggu sehingg siap
2. selepas itu keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin
3. bahagikan doh kepada 35gm setiap satu (nie utk berat kalau guna muffin pan) dan 60gm setiap satu (kalau bentukkan seperti gambar di bawah). bentukkan semula doh menjadi bola dan rehatkan selama 15 min
4. kemudian masukkan inti dan letakkan di dalam muffin pan yang telah disusun dengan muffin cases. biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
5. atau pun setelah diisi dengan inti bentukkan semula menjadi bulat dan ikutkan step-by-step seperti gambar dibawah. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min. kemudian spraykan dengan air atau sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit dan taburkan dengan almond flakes ataupun bijan
6. bakar pada suhu 190C selama 15 - 20 min atau sehingga masak dan keperangan. keluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil

15 July 2008

Ayam masak palembang

Bahan-bahan (5 orang):
600gm ayam - dipotong kecil
1 biji bawang besar - dihiris bulat
2 sudu makan asam jawa di campurkan dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan jusnya
1/4 cawan susu rendah lemak
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 tumbuk atau kisar:
8 biji cili merah
2 ketul sebesar ibu jari kunyit hidup
8 biji bawang merah

Bahan2 dihiris halus:
2 batang serai
3 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut

cara:

1. ayam dicuci bersih dan ditoskan
2. gaulkan ayam bersama2 dengan bahan2 kisar dan bahan2 hiris, kemudian perap selama 15 min
3. masukkan bawang besar, jus asam jawa, susu, garam dan gula secukup rasa ke dalam ayam yang telah diperap tadi. gaul sehingga sebati
4. masukkan campuran ke dalam kertas aluminium. balut kemas dan bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 30-45 min atau sehingga ayam benar2 masak
5. hidangkan semasa panas bersama2 dengan nasi putih

14 July 2008

Ayam lemak minang

Bahan-bahan (5 orang):
800gm (1/2 ekor) ayam - dibuang kulit dan lemak
1 biji buah tomato - dibelah 5
6 helai daun limau purut - diracik halus
2 helai daun kunyit - diracik halus
1 batang serai - dititik
2 cawan (500ml) susu rendah lemak (skimmed milk)
2 sudu makan minyak
garam secukup rasa

Bahan2 kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2cm halia
2.5cm kunyit hidup
15 biji cili padi - boleh ditambahkan kalau mau pedas
10 helai cili kering - dipotong dan direndam dengan air panas

cara:

1. panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar sehingga garing
2. masukkan serai
3. kemudian masukkan pula ayam, daun limau purut dan daun kunyit. gaul rata
4. setelah itu masukkan susu dan tutupkan periuk. biarkan ayam masak dan empuk
5. kacau sekali sekala
6. akhir sekali masukkan garam dan buah tomato. kacau sehingga sebati

note: masakan sihat tanpa menggunakan santan

Claypot chicken rice

Bahan-bahan (2 orang):
Bahan2 A:
1 cawan beras - dibersih dan toskan
1 cawan air - bergantung pada jenis beras

Bahan2 B:
2 keping ayam - dipotong kecil2 ikut suka
2 camb kicap cair
1 camb kicap pekat
1 camt minyak bijan
1 camb gula
1/2 camt garam
secubit lada sulah/white pepper
2 camb jus halia
1 camb tepung jagung

Bahan2 C:
chinese mushrooms - direndam supaya lembut atau ape2 jenis mushrooms except button

Bahan2 D:
3 camb kicap cair atau lebih - ikut pada kemasinan masing2
1 camb kicap pekat
2 camb minyak bawang - minyak digoreng bersama2 dengan seulas bawang putih + bawang merah
1/2 camt minyak bijan
1/4 cawan spring onion - hiris bulat

cara:

1. gaulkan kesemua bahan2 B dan perap selama 1 jam
2. kemudian masukkan mushroom ke dalam bahan2 A tadi dan perap lagi selama 10 min
3. masak dengan menggunakan rice cooker - masak nasi seperti biasa dan biarkan ianya hampir2 nak mendidih barulah dimasukkan bahan2 perapan tadi. tunggu sehingga masak nasi dan ayam masak
4. kemudian satukan bahan2 D dan gaulkan bersama2 dengan nasi dan taburkan spring onion ke atasnya. hidangkan

note: cara masak claypot chicken rice tanpa menggunakan claypot, senang dan sedap. boleh juga di masukkan ikan masin yang telah digoreng sekejap terlebih dahulu dan masukkan ke dalam step 4 bersama2 dengan bahan perapan

13 July 2008

Milk loaf


Bahan-bahan (1 loaf):

143gm susu segar
35gm telur - 1/2 biji
25gm gula kastor
5gm (1 camt) garam
250gm tepung roti
4gm (1 1/4 camt) instant yeast
38gm unsalted butter

1 camb olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:

1. masukkan kesemua bahan2 kecuali butter ke dalam bread machine dan tekan setting untuk dough. selepas 10 min barulah dimasukkan mentega dan tunggu sehingga siap
2. keluarkan dan tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan angin
3. kemudian bahagian doh kepada 3 bahagian (lebih kurang 3x165gm setiap satu)
4. buatkan bentuk bulat dan rehatkan 15 min
5. ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk bulat (gambar A)
6. lipatkan (gambar B) dan canaikan lagi supaya memanjang (gambar C)
7. setelah itu barulah digulung seperti swiss roll (gambar D dan E) dan lakukan sehingga sehingga habis
8. susunkan ke dalam loaf pan yang telah digris (gambar F) dan biarkan doh naik dua kali ganda. tutup dengan cling wrap
9. bakar pada suhu 180-190C selama 30-35 min atau sehingga masak dan keperangan
10.keluarkan dari oven dan sapukan dengan olive oil supaya permukaan roti sentiasa menjadi lembut tidak keras
note: highly recommended

Cream bread


Bahan-bahan (6 biji):
200gm tepung roti
30gm gula pasir
1/4 camt garam
1/2 biji telur - 18gm
1/4 camt instant/dry yeast
100gm fresh cream
40gm susu segar
20gm mentega

almond flakes - for deco
1/2 biji telur - untuk sapuan atas roti

cara:

1. kalau guna bread machine - masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega dan tekan setting dough. selepas 10 min barulah dimasukkan mentega dan tunggu siap
2. kalau guna mixer - masukkan kesemua bahan2 kecuali mentega dan pukul dalam 10-15 min. kemudian barulah dimasukkan mentega dan pukul lagi sehingga doh menjadi sebati dan elastik
3. selepas itu keluarkan dan bentukkan bulat. letak ke dalam mixing bowl yang telah digris dan tutup dengan cling wrap. biarkan doh naik dua kali ganda
4. nie utk kedua2 kaedah (machine & mixer) - keluarkan doh dan letakkan ke atas papan canai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 6x60gm setiap satu
5. kemudian bentukkan semula doh menjadi bola dan biarkan ianya rehat selama 15 min
6. ambil satu doh dan canaikan menjadi bentuk sosej sepanjang 50cm dan bentukkan menjadi bunga. buat sehingga habis. boleh bentukkan ikut suka
7. susunkan ke atas baking tray yang telah digris dan biarkan ianya naik sekali lagi

8. setelah itu bolehlah disapukan dengan telur dan taburkan dengan almond flakes

9. bakar pada suhu 175-190C selama 18 min atau sehingga masak dan keperangan

10 July 2008

Steamed soft banana cake


Bahan-bahan:
Bahan2 A:
200gm pisang yang telah dilecek - dalam 2 biji
1/8 camt esen vanila
1 camt soda bikarbonat
secubit garam

Bahan2 B:
3 biji telur saiz kecil
100gm gula perang
100gm tepung pau/tepung hong kong/tepung superfine
1 camt baking powder
65gm minyak jagung

lapisan atas:
2 biji telur
60gm gula pasir
25gm air
65gm tepung pau/tepung hong kong/tepung superfine

cara:

1. campurkan kesemua bahan2 A ke dalam mixing bowl dan gaul rata. ketepikan
2. pukul telur dan gula dengan whisk sehingga kembang dan masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak. gaulkan sebati
3. kemudian masukkan pula pisang dan minyak. gaul rata
4. tuangkan adunan ke dalam tin kek yang telah digris ataupun tuangkan ke dalam muffin cases yang telah disusun di dalam muffin pan. kukus selama 15 - 20 min atau sehingga masak
5. untuk lapisan atas - pukul telur dan gula dengan whisk sehingga kembang, masukkan air dan tepung. gaul sebati
6. tuangkan ke atas lapisan bawah yang telah dikukus tadi dan kukus selama 15 min lagi atau sehingga masak
7. biarkan sejuk dulu barulah dipotong dan hidangkan

source: aunty yochana

Kari ayam madras

Bahan-bahan (5 orang):
600gm ayam - tanpa kulit dan lemak
3 sudu makan minyak sayuran
4 helai daun kari
2 biji saiz sederhana ubi kentang - dipotong 4
2 biji saiz sederhana buah tomato - dipotong dadu besar
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
1/4 cawan susu rendah lemak
4 cawan air panas
garam secukup rasa

Bahan2 tumbuk:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5cm halia

serbuk rempah:
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu makan serbuk cili
3 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih

cara:

1. panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan2 tumbuk dan daun kari sehingga wangi
2. masukkan serbuk rempah, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis dan kacau rata. tambah 1 cawan air panas
3. bila kuah mendidih, masukkan ayam dan ubi kentang. kacau rata dan tambah 3 cawan lagi air panas
4. tutup periuk dan masak selama 30 min atau sehingga ayam jadi empuk
5. bila kuah menjadi pekat, masukkan buah tomato dan masak lagi 5 min
6. tuangkan susu dan renih tanpa ditutup periuk selama 5 min
7. padamkan api dan perasakan dengan garam
8. hidangkan bersama2 dengan nasi putih atau makan dengan roti

9 July 2008

Stuffed crust pizza



Bahan-bahan (2 1/2" pizza):
3 1/4 cawan tepung roti (high protein flour)
1 camt garam
1 cawan air
1 1/2 camt instant yeast
4 camb extra virgin olive oil

topping:
500gm mozarella cheese - separuh diparut dan separuh dipotong panjang macam lidi
1 cawan tomato pasta sauce
green capsicum - dihiris memanjang
buah tomato - dihiris bulat
button mushroom - dihiris
chicken breast - dipotong kiub dan digoreng sekejap
sausage - dihiris dan digoreng sekejap
2 camb extra virgin olive oil
garam dan pepper

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan dough setting
2. setelah siap keluarkan dan tumbuk2kan
3. canaikan menjadi bentuk pizza (step 1) dan letakkan ke atas pizza pan yang telah digris


4. susunkan mozarella cheese yang dipotong memanjang di tepi doh dan kelimkan (step 2 & 3)



5. cucuk2kan doh dengan garfu dan spreadkan 1 camb olive oil ke atasnya (step 4)


6. selepas itu spread 4 camb tomato pasta sauce dan susunkan segala topping. kemudian sprinkle salt and pepper ke atas doh (step 5)


7. bakar pizza dengan suhu 190C selama 15 min. kemudian keluarkan dari oven dan taburkan mozarella cheese ke atasnya dan bakar lagi selama 12 min atau sehingga masak

Red bean spiral pau

Bahan-bahan (5 gulung):
Bahan2 A:
500gm tepung pau
100gm gula pasir
1/4 camt garam

Bahan2 B:
250ml air suam
1 packet (11gm) dry/instant yeast
1 camt gula pasir

50gm shortening - dicairkan dan biarkan pada suhu bilik

Inti:
kacang merah direndam dan direbus dengan 1 camb minyak dan 1/2 cawan gula pasir sehingga empuk
kertas untuk lapik pau - disapu dengan sedikit mentega

cara:

1. campurkan bahan2 B sehingga sebati dan biarkan sehingga berbuih
2. kemudian campurkan bahan2 A dan masukkan bahan2 B, uli sehingga sebati dan tidak melekat di dalam mixing bowl
3. selepas itu masukkan pula shortening yang telah dicairkan tadi dan uli sehingga tidak melekat di tangan. jangan risau jika doh pada mulanya nampak berminyak
4. bentukkan doh menjadi bulat dan letakkan di dalam mixing bowl yang telah digris. tutup dengan cling wrap dan biarkan doh naik dua kali ganda dalam 45 min ke 1 jam (seperti gambar A)
5. kalau nak tau doh dah naik taburkan sedikit tepung atas doh dan tekan dengan jari. jika ada kesan dalam maksudnya doh sudah naik
6. keluarkan dari mixing bowl dan letakkan atas pencanai. tumbuk2kan doh dan uli lagi doh
7. potong doh 5 x 180gm (setiap satu). lapikkan atas pencanai dengan plastik dan letakkan satu potongan doh dan lapikkan satu lagi plastik di atas doh. canaikan menjadi bentuk rectangle sebesar 6"x8" (seperti gambar B)
8. kemudian sapukan 3 camb inti kacang merah dan ratakan tapi jangan keseluruhan doh (seperti gambar C)
9. tanggalkan plastik yang atas dan gulungkan doh seperti swiss roll atau sushi (seperti gambar D)
10. gulungkan sedikit kedua2 hujung doh (seperti gambar E) dan letakkan doh ke atas kertas yang telah digris dengan mentega (seperti gambar F)
11. biarkan doh rehat selama 30 min sebelum dikukus dengan api yang tinggi selama 10 min
12. setelah pau masak biarkan ianya betul2 sejuk barulah dipotong dan hidangkan

7 July 2008

Thai style crispy chicken with mango salad

Bahan-bahan:
600gm boneless chicken leg atau chicken breast
1 camt chopped/paste bawang putih
1 camt minced/paste halia
1 camb sos tiram
1 biji telur
tapioca starch - untuk salutan ayam
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
2 camb minyak
1/2 camt bawang putih
1 biji bawang besar - size kecil
1 camb serai - dicincang atau diketuk
2 camb jus limau nipis
8 camb thai sweet chilli sauce

Bahan2 salad mangga:
1 biji mangga hijau - diparut memanjang
1 biji bawang besar size kecil - dihiris bulat
1 biji cili padi - dihiris nipis, boleh ditambah jika mau rasa pedas
sedikit daum ketumbar - dihiris halus

cara:

1. perapkan ayam dengan bawang putih, halia dan sos tiram sekurang2nya 2 jam atau seelok2nya semalaman
2. pecahkan telur dan pukul sedikit. gaulkan dengan ayam dan taburkan dengan tapioca starch supaya ayam bersalut. biarkan selama 15 min sebelum digoreng hingga garing. ketepikan
3. untuk membuat sos, panaskan minyak di dalam kuali. tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. kemudian masukkan pula serai, jus limau nipis dan thai sweet chilli sauce. kacau sebati
4. untuk salad mangga, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati
5. cara dihias. ayam yang telah digoreng tadi dipotong kecil ikut suka dan tuangkan sos. taburkan salad mangga ke atasnya dan hidangkan panas2 bersama dengan nasi putih

6 July 2008

Cream de parisienne


Bahan-bahan (8 biji):
250gm tepung roti
3.5gm (1 1/8 camt) instant yeast
50gm gula kastor
2.5gm (1/2 camt) garam
7.5gm tepung susu
25gm unsalted butter
25gm (1/2 biji) telur
130ml air

1/2 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas roti
almond flakes - untuk taburan atas roti

filling (ikut suka):
inti kastard
inti kacang merah
tuna
sardin
mixed fruits
raisins

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekan setting dough. tunggu sehingga siap dalam 1 jam 30 min
2. kemudian keluarkan doh dari BM dan tumbuk2kan untuk mengeluarkan angin
3. potong doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan bulat. biarkan doh rehat selama 25 min
4. kemudian canaikan setiap satu doh (seperti di dalam gambar A) 10cm x 14cm
5. letakkan inti ke atas doh dan potong (seperti di dalam gambar B) dan gulungkan (seperti di dalam gambar C & D)
6. buat sehingga habis dan susunkan ke atas baking tray yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi lebih kurang 45 - 1 jam
7. sapukan telur ke atas roti dan taburkan dengan almond flakes
8. bakar pada suhu 190 - 200C selama 15-20 min atau sehingga keperangan


Blueberry buns

Bahan-bahan (11 biji):
300gm tepung roti
45gm gula pasir
1 camb bread improver
1 camt bread softener
20gm tepung susu
100gm susu segar
8gm (2 1/2 camt) instant yeast
100gm blueberry pie filling
1/2 camt garam
1 biji telur
50gm mentega atau marjerin

1 biji telur - dipukul sedikit untuk sapuan atas bun
blueberry filling - untuk dipipekan ke atas bun

cara:

1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan doh setting. biarkan sehingga siap
2. kalau menggunakan mixer masukkan kesemua bahan kecuali mentega dan pukul selama 5 min. kemudian masukkan mentega dan pukul lagi selama 10 min. biarkan adunan menjadi sebati dan elastik
3. kemudian bentukkan doh menjadi bulat dan masukkan ke dalam mixing bowl yang telah digriskan terlebih dahulu. tutupkan dan biarkan doh naik dua kali ganda
4. setelah siap (kaedah bread machine dan mixer) keluarkan doh dan tumbuk2kan supaya mengeluarkan angin
5. potong dan timbangkan doh seberat 60gm. bentukkan semula menjadi bola dan susun ke atas baking tray yang telah digris. biarkan doh naik sekali lagi
6. griskan doh dengan telur yang telah di pukul sedikit dan bakar selama 190C selama 12-15 min atau sehingga masak
7. keluarkan dari oven dan pipekan blueberry filling ke atas bun

note: jika tidak mahu makan dengan segera jangan dipipekan blueberry filling ke atas bun

5 July 2008

Stocking your refrigerator

Fridge Tip #1: Check out expiration dates

The most important thing to remember when stocking a refrigerator is to check the "sell by" dates on ALL perishable items. But it is up to you to check the date.

Fridge Tip #2: Storing eggs & dairy products

The three basics in just about everyone's refrigerator are:

Eggs: Open the carton and check to make sure none of your eggs are broken. It is best to keep eggs stored in their original carton.

Milk: You get to choose between whole milk, 2%, or 1%. The numbers indicate fat content.

Butter: Butter should be kept covered or wrapped, as it does absorb odors.

Fridge Tip #3: Storing other fridge and freezer foods

Some additional (optional) refrigerator staple foods, if you like them, are:

Yogurt
Cottage cheese
Sliced cheese
Parmesan Cheese

Vegetables: A beginning cook can take advantage of the availability of frozen vegetables, many of which are fantastic. Vegetables are often taken at their most ripe and flavorful and fast frozen to preserve taste and color. It is really handy to keep some of your favorites in the freezer. For example, broccolli can be zapped in the microwave in less then five minutes. How can you go wrong?

Fruits: There are quite a few frozen fruits, like peaches, mango, blueberries and strawberries, available at the grocery store. Fast-frozen fruits work really well in smoothies. Toss some frozen blueberries, and strawberries in a blender with some yogurt or milk and you've got yourself a great snack or breakfast!

Bread: Keep a loaf of bread/bagels/English muffins in the freezer. Be sure to use it within about 4-6 weeks. You can put a slice of frozen bread directly into the toaster. It will only take a few extra seconds to toast when it's frozen.

Many foods from the cupboard, once opened, need to be put in the refrigerator. This applies to mayonnaise, mustard, ketchup, relish, and pickles. These sorts of condiments will last several months in the refrigerator.

Hormel, a food products company, has a fantastic shelf-life food chart with just about every food in existence listed. It is worth going there to check out how long food will keep in the refrigerator!

Fridge Tip #4: Know your cold and warm spots

The inside of your refrigerator does not have the same temperature everywhere. There is usually a separate bin for fruits and vegetables. These bins are generally not as cold as the main part of the refrigerator.

Neither is the storage space on the door. It is really convenient, though, to store things that are used often on the door.

Do remember foods in both the refrigerator and the freezer are (ultimately) perishable and need to be properly wrapped to make them last. When storing leftovers, they should get wrapped in plastic wrap or tin foil. Most leftovers should be eaten within two days or tossed. No point in taking chances!

Blueberry sauce/filling

Bahan-bahan (3 cawan/720ml):
3/4 - 1 cawan (150-200gm) gula pasir
1/2 camb (8gm) tepung jagung
1/8 camt serbuk kulit kayu manis - optional
1/8 camt garam
2/3 cawan (160ml) air
454gm atau 3 cawan fresh/frozen blueberries
1/8 camt esen vanila - optional
parutan lemon - dari 1 biji
1-2 camt jus lemon

cara:
  • masukkan gula, tepung jagung, serbuk kulit kayu manis, garam dan air ke dalam mangkuk tahan panas
  • kemudian kacau sehingga semuanya sebati
  • setelah itu masukkan blueberries dan kacau sehingga sauce menjadi pekat dengan api yang sederhana panas
  • kalau hendaklah sauce yang cair bolehlah ditambahkan sedikit air
  • boleh ditambahkan gula ikut kemanisan masing2
  • akhir sekali masukkan esen vanila, jus lemon dan parutan lemon
  • kacau sebati
  • tutupkan api oven dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam fridge

Steam banana cake


Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases):
2 biji telur
100gm gula pasir
2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
150gm tepung naik sendiri
1/8 camt soda bikarbonat
75gm minyak - perasa ikut suka eg. vegetable, canola, olive

cara:

1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin