Pages

4 August 2008

Pandan butter cake

Bahan-bahan:
225gm tepung kek
1 camt baking powder
1/2 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
85gm unsalted butter - dipotong kiub
180gm gula pasir
2 biji telur - dipukul sedikit
1 cawan (240ml) non-fat unsweetened yogurt
30ml jus pandan
1/4 camt esen pandan
setitik pewarna hijau

cara:

1. griskan loaf pan atau bundt pan dengan butter dan taburkan dengan tepung. ratakan keseluruhannya supaya kek tidak melekat. ketepikan
2. ayakkan tepung bersama2 dengan baking powder, soda bikarbonat dan garam. ketepikan
3. satukan yogurt, jus pandan dan esen pandan. kacau sebati dan ketepikan
4. pukulkan mentega sehingga gebu dan kembang. masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. selepas itu masukkan pula telur sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga sebati
5. dengan kelajuan perlahan, masukkan 1/3 dari campuran tepung ke dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi. kemudian masukkan 1/2 campuran yogurt ke dalam adunan sambil dipukul lagi. lakukan sehingga habis (tepung-yogurt-tepung-yogurt-tepung)
6. kacau adunan dengan menggunakan spatula dan tuangkan ke dalam tin kek tadi
7. hentakkan sedikit tin kek supaya mengeluarkan angin dan bakar pada suhu 180C selama 35-45 min atau sehingga masak
8. setelah masak keluarkan tin kek dari oven dan biarkan sejuk selama 5 min. kemudian barulah dikeluarkan dari tin dan sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan

note: kalau tak mau menggunakan jus pandan dan esen pandan bolehlah digantikan dengan pandan emulco

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin