Pages

29 December 2008

Rendang padang

Bahan-bahan:
500 gm daging batang pinang - potong kecil2
beberapa helai daun limau purut
1 helai daun kunyit
4 sudu makan gula melaka
3 cm lengkuas - ditumbuk kasar
2 batang serai - dititik
garam secukup rasa
700 gm kelapa parut + 3 cawan air diperah ambil santannya
kerisik

Bahan2 kisar:
13 batang cili padi - kalau nak pedas boleh lebihkan
4 batang cili merah
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm halia

cara:
  1. masukkan kesemua bahan kecuali kerisik, gula & garam di dalam kuali
  2. masak dengan api yang sederhana
  3. gaul dari masa ke semasa sehingga mendidih
  4. apabila agak kering, barulah dimasukkan kerisik, gula dan garam
  5. kacau sehingga rata
  6. hidangkan dengan nasi putih

source: k.nis

3 comments:

Anonymous said...

wah!!! pagi2 dah lapar tengok rendang noreen ni. Rajin tul masak yek. Sepinggan tu cukup ke untuk u berdua? Kalau dpt makan dengan pulut mesti best kan...hmmmm

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

kurang lama tu tumis rendangnya! kena tumis lama2 skit sampai betol2 kering & itam blegam baru letak kerisik.
k.nis dah beli kan reen yis, kotak bosar punya, hah amek ko 10 taon pakai tak abes :) ammak!

noreen said...

rendang tu dah itam logam ler cume lighting is very bright tu yg leh nampak ahak same gak cam samy belu kalau lotak kat tompek torang baru le leh nampak ampuunnnn pak samy

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin