Pages

3 May 2010

Nasi aswan

Bahan-bahan:
500gm beras basmathi - cuci bersih dan rendamkan selama 10-15 min dan toskan
air secukupnya - 1 cawan beras = 1 cawan air
1 helai daun pandan - disimpulkan
1/2 kg ayam - dibuangkan segala lemak dan potongkan 5 keping
3 labu bawang besar - didadukan
4 ulas bawang putih - dicincang
5cm halia - hiris
5 biji buah tomato - didadukan
1 sudu besar tomato puree
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
3cm kulit kayu manis
1 camt pepper powder
1/2 cawan olive oil
1/2 cawan daun pudina & daun ketumbar - dicincang kasar
garam secukup rasa

bahan2 taburan atas nasi:
1/2 cawan roasted cashew nuts
1/2 cawan roasted sliced almonds
bawang goreng secukupnya

cara:
  • panaskan olive oil di dalam periuk
  • tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan kacaukan selama 1-2 min
  • jangan biarkan terlalu keperangan kerana rasanya akan menjadi pahit
  • masukkan bawang besar, bawang putih, halia, buah tomato dan kacaukan sehingga sebati
  • biarkan selama 5-10 min dan kacaukan sekali sekala
  • masukkan ayam, tomato puree, garam, pepper dan kedua2 daun
  • kacaukan sehingga sebati dan sehingga ayam 3/4 masak
  • apabila kuah sudah hampir pekat keluarkan 3-4 sudu kuah untuk memasak nasi
  • biarkan ayam masak lagi sehingga masak (boleh tambahkan air jika terlalu pekat)
  • ayam boleh jugak dikeluarkan dan dibakar di dalam oven dan jangan dibuang kuahnya
  • di dalam periuk yang lain masukkan air dan daun pandan
  • biarkan sehingga hampir2 mendidih
  • kemudian masukkan kuah yang telah dikeluarkan tadi dan garam secukup rasa
  • biarkan sehingga mendidih dan barulah dimasukkan beras
  • kacaukan rata dan bolehlah dialihkan ke dalam rice cooker
  • masaklah nasi seperti menanak nasi biasa
  • setelah masak bolehlah digembur2kan sekejap supaya sebati
  • taburkan bahan2 taburan dan hidangkan dengan ayam tadi, dalca dan salad

source: puan asmah laili

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin