Pages

11 August 2009

Kerepek ubi kentang

Bahan-bahan:
2kg ubi kentang
minyak untuk menggoreng

Bahan2 sos:
2-3 camb pes cili - kalau nak pedas boleh tambah
2 cawan (450gm) gula pasir
1 ulas bawang putih - ditumbuk halus
1 camb asam jawa - dibancuh dengan 1 cawan air
garam secukup rasa

cara:
  • kupas ubi kentang dan hiris nipis terus ke dalam minyak panas. pastikan minyak yang banyak
  • goreng sehingga keperangan
  • angkat dan toskan minyaknya
  • sementara itu panaskan sedikit minyak
  • tumiskan bawang putih sehingga naik bau
  • masukkan pes cili, gula dan air asam jawa
  • jerang semua bahan sos sehingga mendidih dan pekat serta hampir kering
  • kemudian barulah dimasukkan ubi kentang goreng tadi dan kacau tanpa henti sehingga bersalut elok
  • angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

note: sukatan gula agak banyak supaya kerepek kekal rangup walaup disimpan lama. boleh jugak dikurangkan sedikit gula jika tidak mahu manis atau tambah cili pes

source: puan norzailina nordin

10 August 2009

Nasi serai

Bahan-bahan:
4 cawan basmathi
4 cawan air atau secukupnya
2 helai daun pandan - disimpulkan

Bahan2 tumis:
1 sudu makan rempah kurma - dibancuhkan dengan sedikit air
2 labu bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - dihiris
3 sudu makan butter/marjerin
sedikit empat sekawan - kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
5 batang serai - dititik
bawang goreng
garam secukup rasa

cara:
  • panaskan butter/marjerin di dalam periuk
  • tumiskan bawang dan halia sehingga naik bau
  • masukkan empat sekawan, rempah kurma, serai dan garam secukup rasa
  • kacau sehingga sebati dan naik bau
  • setelah itu masukkan beras dan air
  • kacau sehingga beras sedikit kembang
  • tuangkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa
  • taburkan bawang goreng apabila hendak menghidang
  • nasi ini sesuai dimakan dengan sebarang lauk
source: k.muza

Ayam penyek

Bahan-bahan:
6 keping chicken leg atau 1 1/2 kg peha ayam
2-3 liter air
3 batang serai - ambil bahagian putih sahaja dan dititik
3 cm lengkuas - dititik
6 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu makan ketumbar biji - ditumbuk kasar
1/2 sudu makan jintan halus (jintan putih) - ditumbuk kasar
1 ibu jari halia - dititik
4 helai daun salam - optional pada yang susah dapat
4 sudu besar gula merah
2 sudu makan rata garam atau secukup rasa

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali ayam
  • gaulkan rata dan rasakan garamnya
  • setelah itu barulah dimasukkan ayam dan pastikan airnya cukup menutupi ayam
  • masak di atas api yang sederhana
  • biarkan ayam 3/4 masak lebih kurang 20 min
  • matikan api dan toskan ayam tadi dan biarkan sejuk
  • sementara itu tapiskan air rebusan ayam tadi
  • air yang jernih diketepikan untuk membuat sup jika suka
  • rempah ketumbar dan jintan halus diambil dan dilumurkan pada ayam tadi
  • perapkan ayam tadi dengan sedikit air rebusan seelok2nya semalaman atau beberapa jam
  • selepas itu bolehlah digoreng ayam tadi sehingga garing dan keperangan
  • bolehlah dihidangkan dengan nasi ayam atau nasi lemak dan sebagainya
note: pastikan ayam digoreng garing untuk memastikan kesedapannya

source: puan asmah laili

8 August 2009

Kek lapis pandan choc-berry

Bahan-bahan:
500gm mentega
150gm gula pasir
1 camb ovalette
10 biji telur
1 tin (397gm) susu pekat (condensed milk)
260gm tepung hongkong - kalau tak ada boleh guna tepung gandum
100gm horlicks
2 camb serbuk koko - dibancuh dengan 2-3 camb air panas
1 camb chocolate emulco
1 camt pewarna cokelat - kalau tak letak pun tak apa sebab choc emulco dah gelap
50gm jem strawberry - boleh juga ditukar kepada perasa lain
1 camt pewarna merah
50gm kaya
1/2 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh guna pandan paste + 1 camt pewarna hijau

cara:
  • griskan loyang 10" x 7" dan ketepikan
  • pukul mentega, gula dan ovalette sehingga gebu dan kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul rata
  • kemudian masukkan susu dan pukul lagi dengan kelajuan sederhana
  • masukkan pula tepung dan horlicks sambil dipukul lagi pada kelajuan yang rendah sehingga sebati
  • selepas itu bolehlah dibahagikan adunan kepada 4 bahagian/mangkuk
  • biarkan satu mangkuk tanpa warna
  • satu mangkuk di campur dengan bancuhan serbuk koko dan chocolate emulco
  • kacaukan sehingga sebati
  • satu mangkuk lagi dicampurkan dengan jem strawberry dan pewarna merah
  • kacaukan sehingga sebati
  • mangkuk yang akhir di masukkan kaya dan pandan emulco
  • kacaukan sehingga sebati
  • bakar dengan menggunakan api grill dengan lapisan plain dahulu selama 6 min atau keperangan
  • keluarkan loyang dan tekan2kan kek tadi dengan menggunakan belakang sudu supaya mengeluarkan lebihan angin (lakukan proses ini untuk setiap lapisan yang telah dibakar)
  • kemudian barulah dimasukkan adunan untuk lapisan kedua letakkan lapisan chocolate dan bakar lagi
  • lapisan ketiga letakkan lapisan merah dan akhir sekali lapisan hijau
  • untuk memastikan kek tidak cepat basi selepas lapisan akhir dibakar bolehlah ditukarkan kepada suhu biasa 180C dan bakarkan selama lebih kurang 10 min
  • setelah masak keluarkan dari oven dan biarkan betul2 sejuk barulah dikeluarkan dari tin
  • potong dan hidangkan

note: 16 lapisan kesemuanya dengan 4 lapisan untuk setiap warna dengan meletakkan 2 1/2 senduk untuk setiap lapisan - ini bergantung pada jenis senduk yang digunakan (di dalam gambar saya hanya buat separuh adunan sahaja)

source: bro rozzan (diubah sedikit)

Lontong atau kuah lodeh resepi II

Bahan-bahan:
Nasi impit secukupnya - dipotong kiub
sambal/kuah kacang/rendang/serunding
Telur rebus

Bahan2 sayuran:
1/2 biji kobis - dipotong kecil
5 batang kacang panjang - dipotong kecil
1 biji karot - dipotong kecil
tahu goreng - digoreng dan dipotong dadu
tempe - digoreng dan dipotong dadu
sengkuang - dipotong kecil (kalau di UK boleh guna white turnip)
cili merah - dihiris
bawang besar - dimayang
suhun dan fucuk - direndam supaya lembut

Bahan2 kisar:
5 biji cili merah
3 biji cili padi
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

Bahan2 lain:
5 cawan santan - dari 1 biji kelapa
250gm udang basah
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bahan2 kisar sehingga wangi
  • masukkan udang, santan dan sayuran yang keras (karot, kobis, kacang panjang)
  • biarkan sehingga lembut
  • selepas itu barulah di masukkan sayuran yang lain (sengkuang, tahu goreng, tempe goreng, cili merah, bawang merah, suhun dan fucuk) dan garam secukup rasa
  • pastikan kuahnya sentiasa di kacau supaya tidak pecah minyak
  • angkat dan hidangkan dengan nasi impit, telur rebus, sambal/kuah kacang/rendang/serunding

source: k.hanieliza

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin