Pages

17 August 2009

Pegedil ayam

Bahan-bahan:
300gm ubi kentang
150gm minced chicken
1 batang karot - dipotong dadu kecil
1 tangkai cili merah - ditumbuk halus (optional)
1 labu bawang merah - dipotong dadu atau tumbuk
garam secukupnya
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh bawang goreng
sedikit daun ketumbar - dihiris halus

1 biji telur - dipukul sedikit

cara:
  • ubi kentang di kupas kulit dan dipotong secara wedges atau 8
  • goreng selama 5 min atau sehingga keperangan
  • angkat dan toskan
  • kemudian lenyekkan ubi kentang tadi dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau
  • masukkan minced chicken dan karot
  • kacau rata dan biarkan sehingga masak
  • angkat dan toskan
  • campurkan minced chicken tadi dengan ubi kentang yang telah dilenyek bersama2 dengan bahan2 lain
  • gaulkan sehingga sebati
  • kemudian ambil sedikit adunan dan bentukkan menjadi bulat
  • lakukan sehingga habis
  • panaskan kuali dengan minyak yang banyak
  • celupkan satu pegedil ke dalam telur dan goreng sehingga keperangan
  • lakukan sehingga habis dan toskan ke atas kitchen towel supaya menyerapkan minyak
  • hidangkan dengan soto atau nasi

source: k.rossya

Kek lapis dewi pandan

Bahan-bahan:
Bahan2 A:
250gm tepung gandum atau tepung hongkong
250gm gula kastor
200 susu cair/sejat
50gm santan serbuk/segera
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette

Bahan2 B:
300gm mentega
1 camt pandan emulco - kalau tak ada boleh gunakan sedikit pandan esen atau pandan paste
sedikit pewarna hijau
kelapa parut kering (dessicated coconut) - optional

cara:
  • griskan loyang empat segi saize 8" x 8" dan ketepikan
  • pukul bahan2 A sehingga gebu dan kembang
  • ketepikan
  • kemudian pukul mentega sehingga kembang dan ringan (apabila diangkat dengan spatula ianya tidak mudah jatuh)
  • masukkan ke dalam bahan2 A tadi dan kacau sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada dua bahagian
  • satu bahagian dibiarkan kepada warna asal
  • satu bahagian lagi di campurkan dengan pandan emulco dan kacaukan rata
  • panaskan oven pada suhu gril
  • gunakan satu senduk lauk atau kira2 5-6 sudu besar untuk setiap lapisan dan bakar selama 5-7 min atau sehingga keperangan
  • selepas setiap lapisan dibakar pastikan ianya ditekan dengan menggunakan sudu supaya mengeluarkan angin
  • selepas itu sendukkan pula adunan warna hijau dan taburkan sedikit dessicated coconut dan bakar lagi
  • lakukan sehingga habis kedua2 adunan dibakar
  • akhir sekali tukarkan oven kepada suhu biasa 180C dan bakar lagi selama 5 min tujuannya supaya kek lapis tidak cepat basi
  • keluarkan dari oven dan biarkan kek betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang

note: jangan bubuh terlalu banyak dessicated coconut kerana ini akan membuat kek menjadi kering sedikit dan kurang lembab (moist). penggunaan dessicated coconut ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek

source: bro rozzan

15 August 2009

Kuih lopes resepi III

Bahan-bahan (50 biji):
1 kg beras pulut
air secukupnya untuk merebus
40-50gm abuchang - ditumbuk kasar2
daun pisang secukupnya
tali secukupnya

1 biji kelapa parut putih - kalau tinggal di negara yang susah dapat kelapa parut fresh bolehlah digunakan dessicated coconut, letakkan sedikit air dan letakkan dalam microwave sekejap
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan - optional

Bahan2 air gula:
500gm gula melaka
4 sudu besar gula pasir
500ml air
3 helai daun pandan

cara:
  • cuci beras pulut dengan bersih
  • kemudian direndam dengan abuchang selama 2 jam
  • toskan
  • layurkan daun pisang dan potong ikut berapa besar kuih lopes yang dikehendaki
  • ambil sekeping daun pisang and lipatkan seperti melipat samosa
  • bubuhkan 2 sudu makan beras pulut ke dalamnya dan padatkan isinya
  • bungkus dengan rapi dan lakukan sehingga habis
  • setelah itu ambil dalam 3-5 biji dan ikat ketat dengan tali
  • lakukan sehingga habis
  • rebus selama 2 jam atau sehingga masak
  • sementara itu kukuskan kelapa parut dengan sehelai daun pandan
  • sejukkan dan gaulkan dengan garam
  • masak semua bahan air gula sehingga larut
  • angkat dan tapiskan. biarkan sejuk
  • cara menghidang: gaulkan kuih lopes dengan kelapa parut dan tuangkan air gula
  • hidangkan sebagai minuman pagi atau petang

source: bro rozzan

Ayam masak padang

Bahan-bahan:
1 ekor (1 1/2 kg) ayam - dipotong kecil
3 cawan santan pekat dari 1 biji kelapa atau 400ml santan dalam kotak dicampur dengan 200ml air
1 cawan air
4 biji bawang merah - dihiris
8 helai daun limau purut
jus limau kasturi dari 1-2 biji - kalau tak ada boleh gantikan dengan jus limau nipis tetapi jangan perah jus nya terlalu banyak cukup sekadar untuk mendapatkan kuah masam2 manis
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan2 kisar:
2 1/2 sudu besar ketumbar biji
8 biji cili merah
8 tangkai cili kering - direndam dengan air panas sekejap supaya lembut
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
1 inci lengkuas
1 batang serai
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih

cara:
  • panaskan minyak di dalam periuk
  • tumiskan bawang hiris sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 kisar dan daun limau purut
  • masak sehingga rempahnya garing
  • setelah itu masukkan 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak
  • masukkan lagi 1/2 cawan air dan biarkan sehingga terbit minyak sekali lagi
  • selepas itu masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih
  • akhir sekali barulah dimasukkan ayam, jus limau, garam dan gula secukup rasa
  • kacaukan sebati dan biarkan ayam sehingga empuk dan masak
  • bolehlah diangkat dan hidangkan dengan nasi putih

source: bro rozzan

13 August 2009

Kuih lepat ubi resepi II

Bahan-bahan:
600gm ubi kayu parut
120gm kelapa parut putih
2 sudu besar santan pekat
1/2 sudu teh garam
daun pisang secukupnya

Bahan2 air gula:
100gm gula melaka
220ml air
100gm gula pasir

cara:
  • masak semua bahan air gula sehingga gula larut
  • angkat dan biarkan sejuk
  • letakkan ubi parut ke dalam kain maskulin dan perahkan kanjinya ke dalam mangkuk
  • biarkan sekejap
  • selepas itu campurkan ubi parut dengan kanjinya tadi dan gaulkan dengan air gula, santan, kelapa parut dan garam sehingga sebati
  • ambil sekeping daun pisang yang telah dipotong kecil
  • letakkan 2-3 sudu makan adunan ubi parut tadi dan lipatkan kiri dan kanan
  • lakukan sehingga habis dan kukuskan selama 30 min atau sehingga masak

source: bro rozzan

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin