Pages

30 June 2007

Iced nestlo de coco


Bahan-bahan (2 gelas):
60ml susu segar
30ml sirap gula
2 sudu teh serbuk nescafe
2 susu teh milo
Krim
Ais

cara:
  • masukkan susu ke dlm pengisar dan kisar seketika
  • kemudian masukkan serbuk nescafe, milo dan sirap gula
  • campurkan kiub ais dan kisar lagi
  • kemudian masukkan adunan minuman ke dlm gelas dan letakkan krim diatasnya
  • sedia dihidangkan

source: majalah rasa

Pandan layered cake

Bahan-bahan (Saiz kek (8 x 8 x 3)inci):
bahan untuk kek:
5 biji telur Gred A
160 g gula
125 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
75 g minyak jagung
15 g ovallate
1 camca teh paste pandan
2 camca besar susu segar/cair

bahan untuk kastard:

1050 g santan - boleh campurkan dengan susu atau air dan boleh dikurangkan
225 g gula
10 g serbuk jelly
1 camca teh paste pandan
100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
Secubit garam

cara:
  • UNTUK KEK: Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan
  • pukul hingga kembang dan gebu
  • perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
  • masukkan juga susu
  • gaul rata
  • masukkan minyak jagung dan gaul rata
  • tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas
  • sapukan juga permukaan kertas dgn mentega
  • bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit
  • bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan
  • kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci
  • kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping
  • UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas
  • masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan whisk, kacau hingga pekat dan berkilat
  • mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek
  • UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci
  • tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan
  • lapiskan dgn sekeping kek
  • tekan sedikit
  • tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek
  • ratakan biar memenuhi bhg yg kosong
  • lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek
  • isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard
  • kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam
  • keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering
  • bahagian yg ber kastard tu di atas dan kek dibawah
  • ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek

note: gunakan tin utk membakar kek tadi, cuci tapi tak payah guna sabun, cuma buang kerak2 yg tertinggal, lepas tu keringkan, kerana saki baki mentega yg kita guna utk mengris tin tu masih ada dan ini memudahkan kek yg telah dilapis dgn kastard utk dikeluarkan

source: mat gebu

Strawberry cheese tart


29 June 2007

Pasta goreng

Bahan-bahan (5-6 org):
50 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan isi kupang
1 cawan hirisan cendawan butang
10 - 15 ekor udang besar, dibersihkan
4 batang putik jagung, dihiris menyerong
2 batang sosej, dihiris nipis

Bahan2 kisar:
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

Bahan2 sos disatukan:
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

cara:
  • panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan
  • tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi
  • masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak
  • tambah sedikit minyak jika kurang
  • masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta
  • kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air
  • bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra
  • rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki
  • angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka

source: mat gebu

28 June 2007

Pau resepi I



resepi dari Yani

Bahan-bahan (8 biji):
300g tepung gandum
6g baking powder
2g garam
162g air suam
6g dry yeast
30g gula halus
18g lemak sayur

cara:
- masukkan tepung, baking powder dan juga garam. kacau biar serata
- campurkan air, dry yeast dan gula dalam bekas lain. kacau biar gula larut
- masukkan no.2 ke dalam no.1. Uli sehingga hampir licin
- masukkan pula lemak sayur. Uli sehingga licin. Buat bentu bulat
- penaikkan sehingga 2 kali ganda atau 40C selama 30 minit bagi sesiapa di negara sejuk
- utk uji naik ke tidak..Taburkan sedikit tepung di atas doh. Tekan dengan jari. Kalau tinggal lubang, maknanya doh dah naik
- tekan-tekan untuk keluarkan angin. Bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit
- ambik sebiji doh, canaikan dan letaklah inti ditengahnya. Tutup rapat-rapat
- Bila dah siap isi inti, biarkan dalam 5 minit. Bila dah nampak naik sikit, bolehlah kukus
- kukus dengan api kuat selama 15~20 minit.. Masa tengah kukus jangan buka penutup kukusan
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin