Pages

30 May 2010

Chocolate cupcakes & peanut butter icing

Bahan-bahan (22 biji bergantung pada size):
160gm unsalted butter - pada suhu bilik
1/2 camt garam
1 1/2 camt soda bikarbonat
90gm serbuk koko
150gm gula pasir
110gm light brown sugar
2 biji telur
2 camt esen vanila
250ml buttermilk
2 camb air coffee (brewed coffee)
250gm tepung gandum
125ml sour cream

chopped salted peanuts - untuk taburan atas icing

bahan2 icing:
110gm gula aising - ayakkan
100gm creamy peanut butter
70gm unsalted butter
1/4 camt esen vanila
1/4 camt garam
80ml heavy/double cream

cara:
  • susunkan muffin cases ke dalam muffin pan dan ketepikan
  • ayakkan tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan ketepikan
  • satukan buttermilk, sour cream, air coffee, kacaukan sebati dan ketepikan
  • pukul mentega, gula pasir dan brown sugar sehingga gebu dan ringan
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan esen vanila dan pukul lagi
  • setelah itu masukkan campuran buttermilk berselang-seli dengan campuran tepung (buttermilk-tepung-buttermilk-tepung-buttermilk-tepung) sambil dipukul sehingga sebati
  • scoopkan adunan ke dalam muffin cases dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 min atau sehingga masak
  • untuk membuat icing: pukul gula aising, peanut butter, butter, esen vanila dan garam sehingga creamy dengan kelajuan perlahan
  • kemudian masukkan heavy cream dan pukul lagi dengan kelajuan laju sehingga smooth dan pekat
  • sapukan ke atas permukaan cupcakes dan taburkan chopped peanuts
  • hidangkan

source: ina garten

29 May 2010

Rendang daging kicap

Bahan-bahan:
1kg daging
1/4 sudu besar kicap pekat
1/4 sudu besar gula melaka

bahan2 kisar:
3 sudu besar rempah kurma
10 helai cili kering
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 sudu besar black raisins/1/2 cawan prunes

cara:
  • daging dipotong secara kiub besar dan rebuskan sehingga lembut
  • ketepikan stok
  • panaskan 3 sudu besar minyak
  • masukkan bahan2 kisar dan tumiskan selama 15 min
  • masukkan stok daging jika perlu
  • kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi, kicap dan gula melaka
  • masak sehingga kuah pekat
  • boleh masukkan stok daging jika hendakkan kuah yang lebih
  • setelah masak bolehlah dipadamkan api
  • hidangkan dengan nasi putih, nasi beriani dan sebagainya

source: k.ida, 1001

Ikan dalam taman


Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
1/4 cawan tepung serbaguna
minyak untuk menggoreng

bahan2 sos:
1/4 cawan bawang putih - hiris
1/4 cawan bawang merah - hiris
3 helai daun limau purut - hiris
2 sudu besar daun ketumbar - dihiris
3 batang serai - dihiris
3 - 5 biji cili padi - dihiris
3 sudu besar sos ikan
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu besar gula pasir
3 sudu besar pes cili sangai

pes cili sangai:
1 cawan udang kering
2 cawan bawang putih - dihiris
2 cawan bawang merah - dihiris
1 cawan cili kering - dipotong kecil
1/4 cawan air asam jawa pekat
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan minyak sayuran

cara:
  • bersihkan ikan dan keringkan
  • gaulkan ikan dengan tepung dan goreng sehingga masak dan garing
  • angkat dan toskan
  • ketepikan
  • cara membuat pes cili sangai: goreng bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga kekuningan/keemasan
  • angkat dan ketepikan
  • tumbuk/kisar bahan2 yang digoreng tadi bersama dengan udang kering
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk/kisar sehingga wangi
  • masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa
  • masaklah dengan api sederhana sehingga pes menjadi pekat
  • dah siap bolehlah digunakan dalam apa2 masakan dan selebihnya disimpan di dalam fridge
  • untuk membuat sos: masukkan semua bahan dan gaulkan sebati
  • curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi
  • siap untuk dihidangkan dengan nasi putih dan lauk pauk yang lain

source: k.nor, secubit garam

18 May 2010

Kerabu ayam

Bahan-bahan:
4 - 5 potongan ayam - ambil bahagian isi sahaja
1 labu bawang besar - dihiris bulat
3 biji buah tomato - buang empulur dan hiriskan atau potong dadu besar
10 biji cili padi - hiris (terpulang pada kepedasan masing2)
5 helai daun limau purut - dihiris
1/2 biji timun - buang empulur dan potong panjang macam batang mancis
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cuka/air limau nipis/air asam jawa
garam dan gula secukup rasa

cara:
  • potong isi ayam kecil2 dan rebus
  • kemudian toskan
  • gaulkan isi ayam dengan semua bahan yang lain
  • perasakan dengan garam, gula, sos cili dan cuka
  • gaulkan sebati
  • siap untuk dihidangkan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja

source: aziemas, myr

15 May 2010

Blueberry finger bun


Bahan-bahan (22 biji):
380gm tepung roti
3 sudu besar susu tepung
80gm gula kastor
3 sudu kecil yis
1 biji telur
100ml air
100gm water roux
30gm butter
30gm shortening

bahan2 topping:
blueberry filling - dikisar halus
atau kastard

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga 1 1/2 jam
  • selepas siap keluarkan dari BM dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi untuk mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 22 bahagian dengan setiap satu seberat 55/60gm
  • bentukkan setiap satu menjadi bulat yang kecil dan rehatkan selama 15 min
  • ambil satu doh tadi dan canaikan menjadi bentuk rectangular lebih kurang 4 atau 5 ini panjang
  • kemudian gulungkan doh tadi seperti swiss roll dan susunkan ke dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • lakukan sehingga habis
  • selepas itu biarkan ianya naik dua kali ganda lebih kurang 45 min atau 1 jam
  • kemudian spraykan dengan sedikit air di atas permukaan doh2 tadi supaya ianya tidak terlalu kering ketika proses membakar
  • picitkan bluberry filling/kastard ke atasnya dan bakar pada suhu 180C selama 15-25 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan sapukan dengan sedikit olive oil atau butter supaya permukaan roti sentiasa lembut

source: k.nor, secubit garam

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin