Pages

9 September 2009

Coconut crunchy cookies

Bahan-bahan:
300gm tepung gandum
50gm tepung kentang (potato flour)
60gm tepung sagu atau tepung ubi pada yang susah untuk dapatkan tepung sagu
50gm tepung jagung
80gm serbuk hazelnut - kalau susah nak dapat yang serbuk boleh kisarkan kacang hazelnut sehingga halus
40gm kelapa kering (dessicated coconut)
200gm mentega
100gm shortening/crisco
140gm gula kastor

Hiasan:
2 biji kuning telur + 3 sudu besar susu segar + sedikit pewarna kuning - kacau sebati
hirisan badam

cara:
  • pukul mentega, shortening/criso dan gula sehingga kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • masukkan semua bahan2 yang lain dan gaul rata sehingga menjadi doh
  • lapikkan freezer bag di atas papan pencanai dan letakkan sedikit adunan tadi dan lapikkan lagi freezer bag di atasnya
  • canaikan adunan setebal 1cm dan kemudian angkat freezer bag yang di lapik di atas adunan tadi
  • canaikan lagi dengan menggunakan penggelek bergigi (gunakan penggelek untuk membuat tart gulung) secara bersilang atau ikut suka masing2
  • terapkan dengan acuan dan susunkan di atas baking tray yang telah dilapik dengan non-stick paper atau griskan
  • sapukan dengan campuran kuning telur tadi dan taburkan dengan hirisan badam di atasnya
  • bakar pada suhu 160C selama 20 min atau sehingga masak

source: babybatriesya

8 September 2009

Penang char kuew teow

Bahan-bahan (2 orang):
Bahan2 untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih - diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil petis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar pati ikan bilis/pati udang

Bahan2 untuk mengoreng mee:
300gm kuew teow
1 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas boleh tambah
kerang secukupnya - boleh digantikan dengan mussell kalau susah untuk mendapatkan kerang
daun kucai dan taugeh secukupnya
2 biji telur

cara:
  • untuk membuat paste: rebus udang dengan 250ml sehingga masak
  • toskan udang dan ketepikan
  • ketepikan air rebusan tadi untuk dibuat paste
  • satukan semua bahan2 yang lain dengan air rebusan udang tadi
  • renihkan sehingga menjadi kuah yang pekat
  • matikan api dan biarkan sejuk
  • boleh juga disimpan di dalam fridge
  • untuk menggoreng: panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sehingga garing
  • kemudian masukkan 4 sudu besar paste udang dan kacaukan rata
  • masukkan udang dan kerang
  • kacau lagi supaya sebati
  • kalau nakkan berkuah bolehlah di masukkan 1/2 cawan air
  • bila kuah mendidih barulah dimasukkan kuew teow, daun kucah, taugeh dan kacaukan rata
  • akhir sekali pecahkan telur dan kacaukan rata
  • proses memasak kuew teow cukup sekadar 3-4 min sahaja dengan menggunakan api yang besar. tidak perlu letakkan garam sebab paste udang sudah cukup kemasinannya
  • angkat dan hidangkan

note: cara memasak seperti di gerai yang menggunakan paste

source: che iza, myr

7 September 2009

Nasi goreng sambal

Bahan-bahan:
4 pinggan nasi
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
10 ekor udang - dipotong kecil
1 cawan sayur campur
3 biji telur
garam dan perasa secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2cm belacan
segenggam ikan bilis

cara:
  • kisar semua bahan2 kisar kecuali ikan bilis sehingga halus
  • kemudian barulah di masukkan ikan bilis dan kisar sekejap sahaja jangan halus sangat
  • mula2 goreng telur secara scramble, angkat dan ketepikan
  • selepas itu goreng pula ubi kentang dan udang
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau
  • masukkan garam dan bahan perasa secukupnya
  • kemudian masukkan sayur campur dan kacau sebati
  • masukkan pula semua bahan2 gorengan tadi dan gaul rata
  • akhir sekali masukkan nasi dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan bawang goreng

source: D

6 September 2009

Mee udang resepi II

Bahan-bahan:
1kg mee kuning
300gm udang
4 sudu besar cili kisar
1 sudu besar petis
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
keledek/ubi kentant - direbus dan dilenyek halus untuk memekatkan kuah (optional)
taugeh secukupnya
sawi secukupnya
daun bawang dan bawang goreng secukupnya
garam dan gula secukup rasa

Bahan2 kisar:
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
1 inci halia

cara:
  • rebus udang sehingga masak
  • tapiskan udang dan asingkan
  • air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk membuat kuah
  • panaskan minyak
  • tumiskan cili kisar sehingga garing
  • masukkan bahan2 kisar dan tumis lagi sehingga garing
  • kemudian masukkan air rebusan udang tadi dan renihkan sehingga mendidih
  • masukkan pula sos tomato, sos cili dan petis
  • kacaukan rata dan renihkan lagi kuah
  • letakkan keledek/ubi kentang yang telah dilenyek tadi untuk memekatkan kuah
  • akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa
  • renihkan kuah dengan api yang kecil kerana semakin lama direnih semakin sedap kuahnya
  • cara menghidang: celurkan mee, sawi dan taugeh dan kemudian letakkan ke dalam mangkuk
  • letakkan udang ke atasnya dan tuangkan kuah
  • taburkan daun bawang dan bawang goreng
  • hidangkan panas2

note: senang dan sedap

source: che iza, myr

5 September 2009

Kuih rengas/kasturi

Bahan-bahan:
300gm kacang hijau - rendam 4 jam
150gm gula pasir
150gm kelapa parut putih
50gm tepung gandum
garam secukup rasa

Bahan2 batter:
120gm tepung beras
60gm tepung gandum
1 biji telur
secubit kapur + 1 camt air - larutkan
garam secukup rasa
120ml air

cara:

  • kacang hijau yang telah direndam tadi direbus sehingga empuk
  • bila semua airnya hampir kering masukkan bahan2 yang lain
  • kacau sehingga sebati
  • kemudian ambil sedikit dan bentukkan menjadi bulat dan tekankan menjadi leper
  • untuk bahan2 batter satukan semua bahan dan agak2 kecairan yang dikehendaki
  • ambil satu kuih dan celupkan ke dalam batter tadi dan goreng sehingga keemasan
  • angkat dan hidangkan

source: puan norzailina nordin

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin