Bahan2 untuk paste:
200gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih - diketuk
6 sudu besar sos tiram
3 sudu kecil kicap pekat
3 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil petis
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula pasir
2 sudu besar pati ikan bilis/pati udang
Bahan2 untuk mengoreng mee:
300gm kuew teow
1 sudu besar cili kisar - kalau nak pedas boleh tambah
kerang secukupnya - boleh digantikan dengan mussell kalau susah untuk mendapatkan kerang
daun kucai dan taugeh secukupnya
2 biji telur
cara:
- untuk membuat paste: rebus udang dengan 250ml sehingga masak
- toskan udang dan ketepikan
- ketepikan air rebusan tadi untuk dibuat paste
- satukan semua bahan2 yang lain dengan air rebusan udang tadi
- renihkan sehingga menjadi kuah yang pekat
- matikan api dan biarkan sejuk
- boleh juga disimpan di dalam fridge
- untuk menggoreng: panaskan minyak dan tumiskan cili kisar sehingga garing
- kemudian masukkan 4 sudu besar paste udang dan kacaukan rata
- masukkan udang dan kerang
- kacau lagi supaya sebati
- kalau nakkan berkuah bolehlah di masukkan 1/2 cawan air
- bila kuah mendidih barulah dimasukkan kuew teow, daun kucah, taugeh dan kacaukan rata
- akhir sekali pecahkan telur dan kacaukan rata
- proses memasak kuew teow cukup sekadar 3-4 min sahaja dengan menggunakan api yang besar. tidak perlu letakkan garam sebab paste udang sudah cukup kemasinannya
- angkat dan hidangkan
note: cara memasak seperti di gerai yang menggunakan paste
source: che iza, myr
0 comments:
Post a Comment