Pages

29 September 2009

Chicken pizza

Bahan-bahan (1 keping saiz 30cm)
Bahan2 doh:
120gm tepung gandum
120gm tepung roti
1 camb olive oil
1/4 camt garam
1 camt yis
150-160ml air suam

sedikit olive oil - untuk sapuan atas permukaan doh

bahan2 untuk topping:
sos pizza/pasta secukupnya
200gm chicken breast - direbus/digoreng
1/2 biji cili benggala (capsicum) hijau - dipotong memanjang
5 biji buah zaiton - dipotong bulat
100gm cheese mozarella
sedikit parutan cheese parmesan

bahan2 herb seasoning:
secubit herba thyme
secubit herba rosemary
secubit italian seasoning
secubit herba parsley atau flakes

cara:
  • masukkan semua bahan2 doh ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam (bergantung pada jenis BM masing2)
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan rehatkan selama 10 min
  • selepas itu bolehlah dicanaikan doh menjadi bulat besar di antara 28-30cm
  • letakkan di atas pizza pan yang telah digriskan terlebih dahulu
  • cucuk2kan permukaan doh tadi dengan garfu
  • kemudian sapukan permukaan doh dengan olive oil
  • bakar pada suhu 180C selama 10min
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • selepas itu bolehlah disapukan dengan sos pizza/pasta dipermukaan doh
  • taburkan dengan cheese mozarella, ayam, capsicum, buah zaitun dan bahan2 herb seasoning
  • akhir sekali taburkan lagi cheese mozarella dan parutan cheese parmesan
  • bakar lagi sekali pada suhu 200C selama 10-15 min atau sehingga masak dan garing (bergantung pada selera masing2)
  • hidangkan panas2

note: topping boleh dipelbagaikan ikut selera masing2. kalau pergi makan di domino pizza jangan lupe order garlic sauce then boleh simpan kat umah makan ngan homemade pizza

source: amy beh

2 comments:

Anonymous said...

Wow.. sedapnye! meriah dgn cheese tue :)

noreen said...

mmg suke extra cheese lepas tu kebetulan ada garlic sauce beli kat domino pizza cicah ngan chicken pizza nie snow turun pun tatak nampak ahak

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin