Pages

20 September 2009

Kek lapis holiday inn



Bahan-bahan:
Bahan2 A:
14 biji kuning telur
6 biji putih telur
200gm tepung Hong Kong atau tepung gandum
250gm gula kastor
1 sudu makan ovalette

Bahan2 B:
300gm mentega
4 sudu besar susu pekat manis
75gm susu tepung
200gm jem nenas

pewarna makanan hijau, kuning dan merah

cara:
  • pukul bahan2 A sehingga kembang dan gebu lebih kurang 8-10 min
  • ketepikan
  • kemudian pukul pula bahan2 B sehingga sebati lebih kurang 5 min
  • campurkan bahan2 B ke dalam bahan2 A dan kacaukan sehingga sebati
  • bahagikan adunan kepada 4 bahagian/mangkuk
  • warnakan setiap satu adunan dengan warna hijau, kuning, merah dan biarkan satu pada warna asal
  • kacaukan setiap adunan dengan setiap pewarna sehingga sebati
  • griskan loyang berukuran 8 x 8 inci
  • panaskan oven dengan suhu 180-190C dengan atas api & bawah
  • lapiskan dengan warna hijau sebagai lapisan pertama diikuti dengan kuning, merah dan asal dengan setiap lapisan dibubuh 4 sudu makan adunan
  • bakar selama 6-7 min atau sehingga masak dan keperangan
  • setelah masak keluarkan dari oven dan tekankan dengan penekan kek atau belakang sudu supaya mengeluarkan lebihan angin
  • kemudian tukarkan suhu oven kepada 200C pada grill mode (api atas sahaja)
  • bubuh lagi 4 sudu makan lapisan seterusnya dan bakar selama 5-6 min atau sehingga masak
  • lakukan sehingga habis semua adunan digunakan
  • pastikan kesemuanya berjumlah 16 lapisan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk barulah dikeluarkan dari loyang
  • potong dan hidangkan

source: bro rozzan

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin