1kg beras basmathi
air ikut padat beras dan lebihkan 100ml
bahan2 kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10 ulas bawang putih
3 labu bawang besar - dihiris
500g lobak merah/karot - diparut kasar
3 ikat daun ketumbar - ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
daun ketumbar
minyak atau mentega untuk menumis
cara:
- beras dicuci bersih dan ditoskan
- kemudian gaulkan dengan lobak merah dan tos hingga kering
- panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu
- masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
- kacau sehingga naik bau
- masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi
- tumis sehingga garing
- masukkan air dan garam secukup rasa
- apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak
- boleh juga dialihkan ke dalam rice cooker dan masak seperti nasi biasa
- setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng
- tutup periuk rapat-rapat
- setelah beberapa minit, kacau dan biarkan masak sepenuhnya
- hidangkan dengan lauk-pauk yang lain
source: k.rossya
2 comments:
Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat Noreen sekeluarga.
Mama dah pernah cuba resepi Kak Rossya ni. Memang sedap kan?
selamat hari raya mamafami - thanks kerana sudi singgah blog noreen yg tak seberapa nie - noreen mmg suke cuba resepi2 k.rossya nie mmg sedap2 semuanya
Post a Comment