Pages

11 September 2009

Nasi dan ayam turki


Bahan-bahan:
Bahan2 A:

1kg basmathi - dicuci dan rendam 10 min
1kg ayam/daging - dipotong kecil
air mengikut paras beras
200gm tomato puree
1 cawan yogurt perasa mangga atau biasa
3 batang karot - dipotong dadu
1 tin kacang peas - untuk taburan
1/2 cawan daun ketumbar - untuk taburan
1/2 cawan daun pudina - untuk taburan
garam dan gula secukupnya
1 cawan minyak canola/masak - untuk menumis

Bahan2 B:
5 kuntum bunga cengkih
2cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Bahan2 C - dikisar:
2 labu bawang besar
3 biji buah tomato
4 ulas bawang putih

Bahan2 D - digaul rata dan bancuh dengan sedikit air:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk lada putih/sulah

Bahan2 hiasan:
bawang goreng secukupnya
buah gajus - belah 2 dan digoreng
kismis
daun ketumbar

cara:
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 B sehingga naik bau
  • kemudian masukkan bahan2 C dan gaul rata
  • masak sehingga pekat
  • masukkan ayam, bahan2 D, yogurt, tomato puree, karot dan masak sehingga ayam dan karot menjadi empuk
  • perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • tuangkan air mengikut paras beras dan biarkan sehingga mendidih
  • kemudian tutupkan api
  • masukkan beras ke dalam rice cooker
  • tuangkan kuah ayam yang baru mendidih serta sedikit garam
  • sukatan kuah harus sama dengan jumlah sukatan beras atau agak2
  • masak seperti biasa
  • apabila nasi hampir kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, kacang peas, kismis dan gajus
  • biar sehingga nasi masak
  • gaulkan
  • hidangkan dengan ayam yang telah dimasak tadi bersama2 lauk pauk yang lain

source: puan asmah laili (ubah sedikit)

2 comments:

armouris said...

info tentang khasiat kismis kat sini - Rahsia Kismis

noreen said...

thanks

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin