Pages

7 September 2009

Nasi goreng sambal

Bahan-bahan:
4 pinggan nasi
2 biji ubi kentang - dipotong dadu
10 ekor udang - dipotong kecil
1 cawan sayur campur
3 biji telur
garam dan perasa secukup rasa

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
6 biji cili merah
4 biji cili padi
2cm belacan
segenggam ikan bilis

cara:
  • kisar semua bahan2 kisar kecuali ikan bilis sehingga halus
  • kemudian barulah di masukkan ikan bilis dan kisar sekejap sahaja jangan halus sangat
  • mula2 goreng telur secara scramble, angkat dan ketepikan
  • selepas itu goreng pula ubi kentang dan udang
  • angkat dan ketepikan
  • panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar sehingga garing dan naik bau
  • masukkan garam dan bahan perasa secukupnya
  • kemudian masukkan sayur campur dan kacau sebati
  • masukkan pula semua bahan2 gorengan tadi dan gaul rata
  • akhir sekali masukkan nasi dan gaulkan semua bahan sehingga sebati
  • angkat dan hidangkan dengan bawang goreng

source: D

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin