Pages

10 September 2009

Bun kacang merah


Bahan-bahan (9 biji):
250gm tepung roti
10gm susu tepung
40gm gula kastor
1 camt yis
1/2 camt garam
40gm mentega atau unsalted butter
120ml air
30gm telur - saiz kecil
1/2 camt bread improver - optional
1/2 camt bread softener - optional

inti kacang merah secukupnya
sedikit olive oil - untuk sapuan atas roti

cara:
  • masukkan semua bahan ke dalam BM dan tekankan untuk setting dough
  • tunggu sehingga siap lebih kurang 1 1/2 jam bergantung pada jenis BM masing2
  • selepas itu keluarkan doh dan letakkan di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  • tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  • bahagikan doh kepada 9 bahagian dengan setiap satu seberat 50gm
  • kemudian bentukkan menjadi bulat dan rehatkan selama 10 min
  • ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tapak tangan
  • isikan inti kacang merah dan tutupkan semula menjadi bulat
  • lakukan sehingga habis dan susunkan di dalam loyang yang telah digriskan terlebih dahulu
  • biarkan doh naik sekali lagi selama 45 min
  • pada yang berada di negara 4 musim bolehlah disimpan loyang tadi di dalam oven tanpa perlu 'ON' kan
  • apitkan kiri/kanan atau atas/bawah loyang tadi dengan dua cawan air panas
  • supaya proses penaikan doh menjadi cepat
  • selepas itu bakar pada suhu 180C selama 12-15 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan loyang tadi dan sapukan permukaan roti dengan sedikit olive oil supaya ianya sentiasa kekal lembut

source: mat gebu (cara2 telah diubah sedikit)

3 comments:

MamaFaMi said...

Tersangatlah tidak tahannya melihatkan kemontokan bun mu iteww

noreen said...

salam mamafami ... ala mama buat bun pun montok gak tak yah lotak krim penegang laei ahak ape2 pun selamat hari raya aidil fitri maaf zahir n batin

Anonymous said...

Salam,nk tny klu x gne bM boleh x?pki mixer biase je-nadia-

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin