Pages

15 September 2009

Biskut marble shortbread

Bahan-bahan:
225gm mentega
75gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 camb tepung beras
1/4 camt garam

Bahan2 hiasan:
180gm cokelat masakan
1 camb lemak sayuran
90gm cokelat putih - hiris halus

cara:
  • lengserkan loyang saiz 7"x 11" dengan marjerin cair dan ketepikan
  • ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
  • pukul mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
  • ratakan ke dalam loyang
  • kemudian cucukkan atasnya dengan garfu
  • bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di dalam tin
  • sementara itu masak cokelat masakan dan lemak sayuran secara double boiler sehingga cair
  • cairkan jugak cokelat putih secara double boiler
  • selepas itu tuangkan cokelat masakan tadi ke atas shortbread
  • kemudian titiskan cokelat putih ke atasnya dan lorekkan dengan lidi koktel supaya menjadi corak marble
  • bila cokelat dah keras bolehlah dipotong empat segi dan simpan di dalam bekas kedap udara
  • alaskan dengan kertas minyak supaya corak kekal elok

source: puan norzailina nordin

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin