Pages

Showing posts with label Cookies. Show all posts
Showing posts with label Cookies. Show all posts

17 September 2009

Viennese fingers

Bahan-bahan:
225gm mentega
60gm gula aising
1 camt esen vanila
1 biji telur - pukul sedikit
300gm tepung gandum
1/2 camt baking powder

100gm cooking chocolate - cairkan secara double boiler
kacang - apa2 jenis yang disukai dan cincang (dalam gambar saya guna pistachio)

cara:
  • ayak tepung gandum dengan baking powder dan ketepikan
  • pukul mentega dan gula aising sehingga gebu dan kembang
  • masukkan esen vanila dan telur sambil dipukul lagi
  • selepas itu masukkan campuran tepung dan kacau sehingga sebati menjadi doh yang lembut
  • masukkan adunan ke dalam piping bag dengan muncung berbentuk nozzle
  • pipekan ke atas baking tray yang telah digris terlebih dahulu menjadi bentuk fingers seperti dalam gambar
  • lakukan sehingga habis
  • bakar pada suhu 180C selama 15-20 min atau sehingga masak dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • kemudian celupkan ke dalam cokelat yang telah dicairkan terlebih dahulu dan taburkan dengan kacang
  • biarkan cokelat keras barulah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: k.rossya

15 September 2009

Biskut marble shortbread

Bahan-bahan:
225gm mentega
75gm gula kastor
250gm tepung gandum
2 camb tepung beras
1/4 camt garam

Bahan2 hiasan:
180gm cokelat masakan
1 camb lemak sayuran
90gm cokelat putih - hiris halus

cara:
  • lengserkan loyang saiz 7"x 11" dengan marjerin cair dan ketepikan
  • ayakkan kedua2 tepung dan ketepikan
  • pukul mentega dan gula sehingga kembang
  • masukkan tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut
  • ratakan ke dalam loyang
  • kemudian cucukkan atasnya dengan garfu
  • bakar pada suhu 160C selama 40 min atau sehingga masak
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di dalam tin
  • sementara itu masak cokelat masakan dan lemak sayuran secara double boiler sehingga cair
  • cairkan jugak cokelat putih secara double boiler
  • selepas itu tuangkan cokelat masakan tadi ke atas shortbread
  • kemudian titiskan cokelat putih ke atasnya dan lorekkan dengan lidi koktel supaya menjadi corak marble
  • bila cokelat dah keras bolehlah dipotong empat segi dan simpan di dalam bekas kedap udara
  • alaskan dengan kertas minyak supaya corak kekal elok

source: puan norzailina nordin

22 June 2009

Chocolate macaroons


Bahan-bahan (30 keping bergantung pada saiz):
110gm gula aising
65gm serbuk badam (ground almond)
13gm serbuk koko
60gm putih telur - dalam 2 biji
20gm gula kastor
secubit cream of tartar

filling (boleh dipelbagaikan ikut kegemaran masing2):
120gm cream cheese
1 camb jus lemon
2 camb gula aising
1 camb whipping cream
parutan kulit lemon dari 1 biji lemon

cara:
  • ayakkan gula aising, serbuk badam dan serbuk koko
  • ketepikan
  • pukul putih telur dengan cream of tartar sehingga berbuih
  • masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga gebu dan kembang (apabila diangkat dengan spatula adunan tidak mudah jatuh)
  • kaupbalikkan adunan tepung sedikit demi sedikit sebanyak 4 kali sehingga sebati
  • masukkan adunan ke dalam piping bag
  • dengan menggunakan 5mm nozzle pipekan adunan ke atas dulang pembakar yang telah digris atau dilapik dengan non-stick paper sebesar 2.5cm (lihat gambar)
  • lakukan sehingga habis
  • setelah itu hentakkan dulang pembakar tadi untuk mengeluarkan angin
  • ketepikan selama 1 jam supaya adunan mengeras
  • kemudian bakar pada suhu 150C selama 15 min atau sehingga keras
  • biarkan sejuk sebelum di angkat dari dulang dan diisikan dengan filling
  • untuk membuat filling: ayakkan dulu gula aising
  • kemudian satukan semua bahan dan pukul sehingga sekadar sebati
  • simpan di dalam fridge lebih kurang 1 jam sebelum digunakan

notes & tips: guna pisau yang tajam untuk kikiskan dari dulang pembakar atau non-stick paper dan hati2 kerana ianya mudah rapuh. sebaik2nya lapikkan dulang pembakar dengan non-stick paper/parchment paper supaya senang untuk diangkat. remove macaroons from the parchment paper - they should be removed as soon as they come from the oven. you will need to create moisture under the cookies. carefully loosen the parchment paper , lifting the paper, pour a little hot water under the paper. The water may bubble and steam. allow the macaroons to remain on the parchment for about 20 seconds, then peel the macaroons off the paper and place them on a cooling rack

source: vogue magazine

29 January 2009

Chocolate chip cookies resepi III

Bahan-bahan (20 keping bergantung pada size):
1/2 cawan (100gm) gula pasir (granulated sugar)
1/2 cawan (120gm) gula perang (light brown sugar)
115 gm unsalted butter - sejuk (keluarkan bila nak digunakan) dipotong kiub 1cm
1 biji telur
1 camt esen vanila
1/2 camt soda bikarbonat
1 1/4 cawan (175gm) tepung gandum
1/4 camt garam
1 1/2 cawan (200gm) chocolate chips
1 cawan (130gm) kacang walnuts atau pecans - bakar di dalam oven dan cincang

cara:
  • griskan 3 baking tray atau susunkan parchment paper
  • ketepikan
  • ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan garam
  • ketepikan
  • panaskan oven pada suhu 150C
  • pukul gula pasir, gula perang dan unsalted butter sehingga sebati (pukul dengan menggunakan kelajuan minimum dan apabila butter sudah agak lembut barulah dinaikkan kelajuan mixer)
  • masukkan telur dan esen vanila sambil dipukul lagi
  • kemudian masukkan tepung sambil dipukul sehingga sebati
  • akhir sekali kaupbalikkan chocolate chips dan kacang walnut ke dalam adunan sehingga sebati
  • ambil adunan sebesar 2 camb (5cm) dan susunkan ke atas baking tray
  • lakukan sehingga habis adunan dan bakar selama 18-20 min dan keperangan
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • setelah itu bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara

source: the great book of chocolate

25 January 2009

Chocolate hazelnut biscotti




Bahan-bahan (60 keping bergantung pada ketebalan):
1 cawan kacang hazelnut
2 1/2 cawan (280gm) tepung gandum
1/2 cawan (115gm) serbuk koko
1 camb espresso powder
secubit garam
1/2 camt soda bikarbonat
1/4 camt baking powder
4 biji telur
1 1/3 cawan (300gm) gula pasir

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C
  • taburkan kacang hazelnut ke atas baking tray dan bakar di dalam oven selama 10 min atau sehingga keperangan
  • Note: jika menggunakan kacang hazelnut yang belum dikopek kulitnya pastikan dibakar sehingga kulitnya tercabut dan kopekkan kulitnya
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk adunan. ketepikan
  • pukulkan telur sedikit dengan menggunakan whisker dan ketepikan 2 camb untuk sapuan atas doh
  • pukul telur dan gula sehingga sebati
  • kaupbalikkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sehingga sebati dan menjadi doh (uli dengan tangan)
  • kemudian keluarkan doh tadi dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung (pastikan tangan ditaburkan dengan sedikit tepung kerana adunan lembut)
  • setelah itu ulikan sedikit doh tadi dan bahagikan kepada dua
  • kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar
  • ambil satu doh dan leperkan sedikit
  • canaikan setebal sebesar 6 inch square
  • taburkan separuh dari kacang hazelnut ke atas doh tadi dan gulungkan setebal 2 inch (gulung seperti swiss roll)
  • angkat dan letakkan ke atas baking tray yang telah di letakkan dengan kertas minyak (parchment paper) atau digriskan terlebih dahulu
  • ulangi dengan doh yang kedua sehingga habis proses dari step 12 ke step 15
  • sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min ke 20 min (bergantung pada oven masing2)
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 5 min (jangan biarkan terlalu lama nanti susah untuk dipotong dan pastikan pisau yang digunakan tajam)
  • potong secara menyerong setebal 1 1/2 inch dan susunkan semula ke dalam baking tray dan bakar selama 20 min atau sehingga rangup
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara

note: pada yang memakai gigi palsu hati2 apabila memakan biscotti nie sebab biskut nie bukan macam biskut biasa ianya sedikit keras

source: new york times

19 January 2009

Homemade oreos

Bahan-bahan (25-30 biji):
1 1/4 cawan (156gm) tepung gandum
1/2 cawan unsweetened cocoa powder
1 camt soda bikarbonat
1/4 camt baking powder
1/4 camt garam
1 - 1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan + 2 camb (141gm) unsalted butter - pada suhu bilik
1 biji telur

Bahan2 untuk filling:
1/4 cawan (56gm) unsalted butter - pada suhu bilik
1/4 cawan (51gm) vegetable shortening
2 cawan (240gm) gula aising - diayak
2 camt esen vanila

cara:
  • griskan baking tray dan ketepikan
  • ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, garam dan baking powder
  • masukkan gula dan bahan2 ayak tadi ke dalam ke dalam food processor atau mixing bowl
  • kisar atau putarkan sehingga sebati
  • kemudian masukkan butter dan telur sambil dikisar/putar lagi sehingga menjadi doh
  • ambil satu camt adunan dan letakkan ke atas baking tray
  • lakukan sehingga habis
  • kemudian leperkan setiap satu adunan tadi dan bakar pada suhu 190C selama 9 min
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • untuk filling: pukul mentega dan shortening pada kelajuan minimum
  • masukkan gula aising dan esen vanila sambil dipukul lagi pada kelajuan maksima sehingga gebu dan ringan (apabila diterbalikkan mixing bowl adunan tidak jatuh) selama 2-3 min
  • setelah itu masukkan ke dalam piping bag dan pipekan ke atas satu keping oreos dan letakkan sekeping lagi di atas filing tadi lalu ditekankan dengan perlahan
  • lakukan sehingga habis
  • bolehlah dihidangkan atau disimpan di dalam bekas kedap udara

source: retro desserts

16 June 2008

Granny Boyd’s Biscuits

Bahan-bahan (25-30 biji bergantung pada size):
300gm tepung naik sendiri
30gm serbuk koko
250gm unsalted butter - pada suhu bilik
125gm gula kastor

cara:
  • panaskan oven pada suhu 170C
  • pukul mentega dan gula sehingga gebu dan kembang
  • campurkan tepung yang telah diayak bersama dengan serbuk koko ke dalam adunan mentega dan gaulkan sebati
  • kemudian buatkan bulat kecil2 dan aturkan ke atas baking tray
  • tekankan dengan belakang garpu seperti di dalam gambar
  • bakar selama 5 min pada suhu 170C dan selepas itu turunkan suhu pada 150C, bakar lagi selama 10-15 min
  • sejukkan di atas wire rack dan simpan di dalam bekas kedap udara

19 February 2008

Chocolate chip cookies resepi II


Bahan-bahan (4 dozen - 3" round cookies):
226gm mentega tanpa garam - pada suhu bilik
150gm granulated sugar
160gm gula perang
2 biji telur
1 1/2 camt esen vanila
315gm tepung
1 camt soda bikarbonat
1/2 camt garam
270gm chocolate chips
100gm walnuts/hazelnut/pecans - cincang (optional)

cara:
  • panaskan oven pada suhu 190C dan letakkan parchment paper di atas baking tray
  • ketepikan
  • pukul mentega dengan electric mixer dan masukkan pula gula dan gula perang sambil dipukul lagi sehingga menjadi kembang
  • masukkan telur satu persatu sambil dipukul sebati
  • kemudian masukkan pula esen vanila dan pukul lagi hingga sebati
  • setelah itu drop about 2 tablespoons of dough atas parchment papers dan bakar selama 12-14 min atau sehingga keperangan

26 November 2007

Triple choc cookies

Bahan-bahan (20biji):
125 gm mentega
2 camt esen vanila
3/4 cawan gula perang
1 biji telur
3/4 cawan tepung
1/2 cawan tepung naik sendiri
2 camb serbuk koko
125gm milk choc chips
125gm dark/plain choc chips

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C dan sediakan baking tray yg telah diletakkan non-stick baking paper
  • satukan mentega, esen vanila dan gula perang di dlm mixing bowl dan pukul sehingga sebati dengan electric beaters. setelah itu masukkan telur dan pukul lagi
  • ayakkan kedua2 tepung bersama2 dengan serbuk koko dan campurkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan tadi sambil diselang-selikan dengan choc chips. kacau adunan supaya sebati
  • sudukan adunan ke dlm baking tray dan jarakkan 6cm di antara satu sama lain
  • bakar selama 12-15min atau sehingga masak
  • biarkan cookies di dlm baking tray selama 5 min sebelum dipindahkan ke atas wire rack
  • setelah sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan selama 2 minggu

30 September 2007

Choc chip & walnut cookies

Bahan-bahan:
250gm butter
1 camt esen vanilla
125gm gula kaster
125gm gula perang
1 biji telur
320gm tepung gandum
1 camt soda bikarbonat
200gm choc chips
100gm walnuts - chopped

cara:
  • satukan butter, esen vanilla, gula kaster, gula perang dan telur dlm mixing bowl dan pukul dengan electric mixer sehingga gebu selama 5 min
  • masukkan tepung dan soda bikarbonat yg telah diayak bersama ke dalam adunan. kacau hingga sebati sambil dimasukkan chopped walnuts dan choc chips
  • sudukan 1 camb ke atas baking tray dan bakar pada suhu 180C selama 15 min atau hingga keperangan

3 September 2007

Chocolate chip cookies resepi I

Bahan-bahan:
1 cawan butter
1 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur
2 camb susu segar
1/3 cawan serbuk koko
1 3/4 cawan tepung
1/4 camt soda bikarbonat
1 cawan badam bakar dan dicincang
1 cawan coklat chip - jenis kurang manis jika ada

cara:
  • pukul butter hingga kembang, masukkan kedua2 jenis gula, putar hingga gebu
  • bubuh telur dan susu, kacau lagi
  • bila sebati, campurkan koko, tepung dan soda yg sudah diayak bersama
  • akhir sekali, masukkan badam dan coklat chip
  • gunakan 2 sudu kecil utk meletakkan sedikit adunan ke atas tin pembakar
  • bakar pada suhu 175C selama 13-15 min
Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin