Pages

25 January 2009

Chocolate hazelnut biscotti




Bahan-bahan (60 keping bergantung pada ketebalan):
1 cawan kacang hazelnut
2 1/2 cawan (280gm) tepung gandum
1/2 cawan (115gm) serbuk koko
1 camb espresso powder
secubit garam
1/2 camt soda bikarbonat
1/4 camt baking powder
4 biji telur
1 1/3 cawan (300gm) gula pasir

cara:
  • panaskan oven pada suhu 180C
  • taburkan kacang hazelnut ke atas baking tray dan bakar di dalam oven selama 10 min atau sehingga keperangan
  • Note: jika menggunakan kacang hazelnut yang belum dikopek kulitnya pastikan dibakar sehingga kulitnya tercabut dan kopekkan kulitnya
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • ayakkan tepung gandum, serbuk koko, garam, soda bikarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk adunan. ketepikan
  • pukulkan telur sedikit dengan menggunakan whisker dan ketepikan 2 camb untuk sapuan atas doh
  • pukul telur dan gula sehingga sebati
  • kaupbalikkan campuran tepung tadi ke dalam adunan sehingga sebati dan menjadi doh (uli dengan tangan)
  • kemudian keluarkan doh tadi dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah di taburkan dengan sedikit tepung (pastikan tangan ditaburkan dengan sedikit tepung kerana adunan lembut)
  • setelah itu ulikan sedikit doh tadi dan bahagikan kepada dua
  • kemudian bentukkan menjadi bulat yang besar
  • ambil satu doh dan leperkan sedikit
  • canaikan setebal sebesar 6 inch square
  • taburkan separuh dari kacang hazelnut ke atas doh tadi dan gulungkan setebal 2 inch (gulung seperti swiss roll)
  • angkat dan letakkan ke atas baking tray yang telah di letakkan dengan kertas minyak (parchment paper) atau digriskan terlebih dahulu
  • ulangi dengan doh yang kedua sehingga habis proses dari step 12 ke step 15
  • sapukan dengan telur dan bakar pada suhu 180C selama 15 min ke 20 min (bergantung pada oven masing2)
  • kemudian keluarkan dari oven dan biarkan sejuk selama 5 min (jangan biarkan terlalu lama nanti susah untuk dipotong dan pastikan pisau yang digunakan tajam)
  • potong secara menyerong setebal 1 1/2 inch dan susunkan semula ke dalam baking tray dan bakar selama 20 min atau sehingga rangup
  • keluarkan dari oven dan biarkan sejuk
  • bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara

note: pada yang memakai gigi palsu hati2 apabila memakan biscotti nie sebab biskut nie bukan macam biskut biasa ianya sedikit keras

source: new york times

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin