Pages

31 January 2009

Sugar Puffs



Bahan-bahan (18 biji):
65gm tepung gandum
50gm mentega
150ml air
secubit garam
2 biji telur - dipukul sedikit

pearl sugar secukupnya (macam dalam gambar di atas) - untuk topping
1 biji telur kuning + 1 camt susu segar - dipukul rata untuk sapuan

cara:
  1. griskan baking tray dan ketepikan
  2. ayakkan tepung bersama2 dengan garam. ketepikan
  3. jerangkan mentega dan air sambil dikacau sehingga mentega cair
  4. kuatkan api dan biarkan mendidih selama 1 min
  5. padamkan api dan masukkan tepung ke dalam periuk. kacau pantas
  6. bila adunan sebati dan tidak melekat pada periuk, ketepikan hingga suam
  7. masukkan telur dan kacaukan sebati
  8. isikan adunan ke dalam piping bag dan picitkan adunan ke atas baking tray
  9. kemudian sapukan dengan campuran kuning telur dan susu dan taburkan dengan pearl sugar (jika susah nak jumpa pearl sugar boleh juga digantikan dengan choc chip)
  10. bakar pada suhu 220-200C selama 20-25 min atau sehingga keperangan
  11. sesuai dihidangkan sebagai minuman petang

2 comments:

Sophie said...

Hai Noreen...blog awak bestlah..Boleh saya tahu mana nak dapatkan pearl sugar tu? Thanks..

Sophie said...

ooops...excited sangat...tak browse habis..I tak sedar yang you are in UK and I'm in Sg. Thanks anyway Noreen...love your blog :)

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin