Pages

15 January 2009

Ayam maharani

Bahan-bahan:
1 ekor ayam - dipotong kecil, cuci dan toskan hingga kering
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
garam secukupnya

Bahan2 kisar A:
5 labu bawang besar
10 biji lada hijau
5 biji lada merah
1 biji tomato
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes halia & pes bawang putih
1 sudu makan rempah kari daging/ayam
1 sudu makan rempah beriani

Bahan2 kisar B:
1/4 cawan yogurt
1/4 cawan santan
1 cawan air
10 biji gajus

Bahan2 C:
2 helai daun bay
5cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1/2 cawan daun pudina - dihiris
1/2 cawan daun ketumbar - dihiris
1 genggam bawang goreng

garam & gula secukup rasa
minyak

cara:
  1. ayam digaul bersama serbuk kunyit, serbuk lada hitam dan garam
  2. selepas itu digoreng setengah masak. angkat dan ketepikan
  3. panaskan minyak dan tumiskan daun bay, kulit kayu manis dan buah pelaga hingga wangi
  4. masukkan bahan2 kisar A dan tumis hingga hampir garing
  5. tuangkan campuran bahan2 kisar B dan bubuh garam & gula secukup rasa
  6. kacau rata dan biarkan mendidih
  7. tambah air jika terlalu kering
  8. masukkan ayam, gaul rata dan masak dengan api perlahan hingga ayam empok dan naik minyak
  9. padamkan api dan taburkan daun pudina, daun ketumbar dan bawang goreng (ramas sebelum ditabur)
  10. jangan digaul. kacau rata sebelum dihidangkan

note: lebih sedap jika dimasak malam sebelumnya kerana rempahnya akan jadi lebih sebati

source: suria

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin