Pages

16 January 2009

Pizza dough

Bahan-bahan (2 large pizza):
3.75 cawan (525gm) tepung gandum
2 camb instant yeast
1 camt garam
1 camb madu
1-2 camb olive oil
1 1/2 cawan air

cara:
  1. masukkan kesemua bahan ke dalam bread machine dan tekankan setting dough. tunggu sehingga siap. setelah itu terus ke step 8
  2. jika tiada bread machine larutkan yeast dengan air dan biarkan selama 3 min. ketepikan
  3. satukan tepung dengan garam ke dalam mangkuk adunan. kacau rata
  4. kemudian buatkan lubang di tengah2 dan tuang yeast, air, madu dan olive oil. kacaukan sebati
  5. setelah itu ulikan sehingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan. uli lebih kurang 15 min
  6. bahagikan doh kepada dua bahagian dan bentukkan menjadi bulat
  7. masukkan ke dalam mangkuk adunan dan tutupkan dengan tuala. biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 1 - 1 1/2 jam
  8. selepas itu keluarkan doh tadi dan letakkan ke atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan tepung
  9. tumbuk2kan doh tadi supaya mengeluarkan angin
  10. kemudian bentukkan semula menjadi doh dan biarkan ianya rehat selama 10 min
  11. ambil satu doh dan canaikan menjadi bulat
  12. letakkan ke dalam pizza pan dan cucuk2kan dengan garpu
  13. sapukan dengan sos pizza dan topping
  14. bakar pada suhu 200C selama 20 min atau sehingga masak

1 comments:

Anonymous said...

huhuhu..sedapnya...

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin