Pages

2 January 2009

Ikan bilis buns


Bahan-bahan (16 biji):
400gm tepung roti
100gm tepung kek
90gm gula kastor
10gm tepung susu
1 camt bread improver
5gm garam
11gm instant yeast
1 biji telur
220gm air sejuk
70gm marjerin/butter/unsalted butter

sambal ikan bilis atau ikut selera masing2
sedikit olive oil untuk sapuan atas roti

cara:
  1. masukkan semua bahan ke dalam breadmaker dan tekankan untuk setting dough
  2. biarkan sehingga siap dalam 1 1/2 jam
  3. keluarkan dan letakkan doh di atas papan pencanai yang telah ditaburkan dengan sedikit tepung
  4. tumbuk2kan doh supaya mengeluarkan angin
  5. kemudian potongkan doh seberat 60gm setiap satu dan bentukkan menjadi bola
  6. lakukan sehingga habis dan biarkan doh rehat selama 10 min
  7. kemudian ambil satu doh kecil tadi dan leperkan di atas tangan
  8. isikan dengan inti sambal ikan bilis dan tutupkan semula menjadi bola
  9. lakukan sehingga habis dan letakkan doh tadi ke dalam baking tray
  10. pastikan setiap doh dijarakkan supaya ianya tidak akan bercantum apabila proses penaikan doh semula dan apabila semasa dibakar
  11. biarkan doh tadi naik sekali lagi selama 45 min
  12. pada yang tinggal di negara 4 musim letakkan baking tray yang berisi roti ke dalam oven. letakkan dua cawan air panas di dalam oven dan tutupkan pintu oven. tidak perlu di ON kan oven tadi
  13. setelah itu bakar pada suhu 190C selama 10-12 min atau sehingga masak dan keperangan
  14. apabila sudah masak bolehlah dikeluarkan dari oven dan sapukan permukaan roti dengan olive oil supaya ianya sentiasa lembut

note: saya suka membuat roti menggunakan unsalted butter kerana doh akan menjadi lebih lembut walaupun tidak menggunakan bread improver dan texture roti lebih cantik

source: aunty yochana (telah diubahsuaikan sedikit)

0 comments:

Related Posts with Thumbnails
Blog Widget by LinkWithin